Bab 5

168 4 0
                                    

- Irfan's POV -

" Hai! ", tegur seorang pelajar lelaki yang sama kelas denganku. Oh baiklah, dia merupakan orang pertama yang menegurku.

" Hai! ", aku membalas tegurannya dan melemparkan senyuman kepadanya. Inilah bakal rakan yang baik!

" Nama saya Aiman.", ujar pelajar lelaki itu. Wow! Nama kawan aku Aiman. Takde kaitan pun.

" Oh. Nama saya Irfan Hardi.", ujarku pula dan sekali lagi menghadiahkan sebuah senyuman kepadanya.

" Err.. kau tak nak rehat ke? ", soal Aiman. Fulamaak! Tadi guna panggilan awak/saya. Sekarang guna aku/kau. Barulah namanya lelaki. Macho, man!

Sebenarnya loceng yang menandakan bermulanya waktu rehat telah lama berbunyi. Mungkin 10 minit yang lepas. Waktu yang diperuntukkan untuk para pelajar keluar rehat adalah selama 30 minit. Kelas baruku telah lama kosong dan hanya aku sahaja sibuk bertapa di dalam kelas ini. Aku sememangnya mahu keluar berehat, tapi ... maklumlah budak baru. Aku masih tidak biasa dengan persekitaran sekolah ini. Kalau aku pergi rehat sendiri, makan seorang diri, nanti tak pasal-pasal orang ingat aku ni pendiam dan bagaikan katak bawah tempurung. Sehinggalah hadirnya Aiman yang aku sendiri pun tak tahu dia datang dari celah mana. Yang aku harap, dia akan ajak aku turun rehat bersamanya.

" Kau nak rehat dengan aku tak? ", soal Aiman. Yes! Soalan nilah yang aku tunggu sedari tadi. Akhirnya, terpacul juga dari mulut mamat ni.

Aku menganggukkan kepalaku lantas mengikutinya untuk turun berehat. Ketika dalam perjalanan ke kantin, Aiman bertanyakan serba sedikit mengenai latar belakangku dan tujuan aku berpindah ke sekolah ini.

Setibanya di kantin, aku dan Aiman terpaksa berbaris dalam barisan yang panjang sebelum berjaya membeli makanan dan minuman. Nasib kami baik pada hari ini kerana berhasil mendapat tempat duduk dalam masa yang singkat.

Ketika aku sedang asyik menikmati makanan, aku baru menyedari ramai pelajar ralit memerhatikanku. Ah, mulalah aku rasa tak selesa. Nak buka mulut pun malu. Ramai pelajar perempuan tersengih melihatku. Ada juga yang menggatal dengan mengenyit mata padaku. Tak tahu malu betullah!

" Man, pahal diorang ni? Asyik tengok aku aje. Macam tak pernah tengok manusia! ", soalku kepada Aiman. Aku cuba menghabiskan sisa makananku yang tinggal sedikit sahaja lagi.

" Alaa. Kau rilek aje. Kaukan budak baru, mestilah semua orang tengah fokus kat kau! Tambah-tambah lagi kau tu dahlah handsome. Mana taknya budak perempuan siap kenyit mata lagi kat kau! Now, keep calm and pretending nothing was happen.", ujar Aiman. Handsome? Dengar sahaja perkataan itu aku sudah mula rasa bangga dan terus membiarkan diriku diperhati. Perasan betullah!

Setelah menghabiskan sisa makananku, aku bangun dan beredar ke tong sampah yang berdekatan untuk membuang plastik makanan. Aku membuka tong sampah tersebut dan menutupnya semula selepas membuang plastik makananku. Tiba-tiba, ada seorang pelajar perempuan menegurku.

" Err.. boleh tak kau tolong buka tong sampah tu? Tangan aku penuh.", ujar gadis itu kepadaku. Aku terkaku melihat dirinya. She looks like a princess! Gadis itu sungguh cantik pada pandangan mataku. Wow! Bahagianya kalau dia jadi milik aku. Eh, ke situ pulak aku pergi! Khayal!

Gadis itu yang menyedari dirinya diperhatikan olehku, mula melambaikan-lambaikan tangannya di hadapan wajahku. Lamunanku mati buat seketika.

" Kau dengar tak? Hello? ", soal gadis itu lagi apabila melihatku bagaikan menyambung lamunan tadi.

" You're so beautiful! ", ujarku sambil terus memerhatikannya. Entah mengapa, aku sendiri tidak tahu bagaimana ayat itu boleh keluar dari mulutku. Aku tersedar dari lamunanku. Malunyaaa! Aku rasa seperti mahu sahaja menyorok di bawah meja kantin itu. Aku taknak keluar! Taknaakkkk! Malu tahap gaban okay!

" Apa kau cakap? Beautiful? ", soal gadis itu. Dia menggelengkan kepalanya dan ketawa kecil. Dia membuka penutup tong sampah di hadapanku dengan sebelah tangannya menggunakan satu jari sahaja memandangkan tangannya penuh dengan plastik makanan. Selepas membuang sampah ke dalam tong dihadapanku, dia berlalu dari situ sebelum sempat ketawa melihatku.

Aku hanya menghantar kepergian gadis itu dengan ekor mataku. Selepas dia hilang dari pandangan, aku kembali ke arah Aiman yang baru sahaja selesai menghabiskan makanannya.

Kami kemudiannya naik ke kelas memandangkan waktu rehat akan tamat 3 minit sahaja lagi. Aku sebenarnya bercadang untuk menyuruh Aiman membawaku berjalan-jalan di sekitar sekolah. Namun, tidak dapat. Aiman berjanji akan membawaku pada esok hari. Tiba-tiba, fikiranku menerawang memikirkan gadis comel tadi.

Aku tersenyum sendiri.

★☆★☆★☆★☆★☆★☆

Hadir KembaliWhere stories live. Discover now