Bab 11

129 3 0
                                    

- Dhia's POV -

Malam kian larut. Bintang bertaburan di sana sini memantulkan cahaya. Bulan sentiasa dengan aktivitinya, memuntahkan sinaran menerangi gelap malam.

Aku merebahkan diri ke katil. Bantalku pelukku didakap dengan erat. Mataku cuba terpejam. Sungguh selesa apabila berbaring di atas katil empuk ini.

Terasa teruja menantikan hari esok. Hari yang mungkin paling bahagia buatku. Hari istimewa untukku. Aku tersenyum. Membayangkan hadiah yang bakal kuterima esok. Membayangkan kelazatan kek coklat air tangan Mama. Tak sabarnya!

Bertenang, Dhia. Pejamkan mata dan tidur untuk menunggu hari esok. Pagi yang bakal menjelma pasti indah buatmu, Dhia.

Aku memejamkan mata. Senyuman tidak lekang di bibirku walau tiada siapa yang melihat.

Akhirnya .. aku terlelap.

★☆★☆★☆★☆★☆★☆

Kringg ! Kringg !

Aku cuba membuka mataku. Dalam keadaan mamai, aku menghentikan bunyi loceng penggeraku. Baru pukul 6 pagi. Huarghh! Mengantuknya!

Mataku terbuntang luas. Baru aku teringat hari inilah hari yang paling dinanti-nantikan untukku. Aku tersenyum dan melompat-lompat di atas katil bagaikan anak kecil. Terujanya!

Aku memang pelik. Lain daripada yang lain. Orang lain taklah seteruja aku kalau tibanya hari lahir. Tapi, ditakdirkan aku memang begini. Seorang yang over-excited!

Aku segera turun dari katil dan mengambil tualaku. Hari ini mestilah hari yang sempurna buatku. Yehet! Aku melangkah menuju ke bilik air yang sememangnya tersedia di dalam kamar tidurku.

10 minit kemudian, aku selesai mandi. Aku menunaikan solat subuh. Kemudian, aku memakai baju sekolah dan tudung sekolah yang telah digosok semalam. Aku tersenyum-senyum seorang diri di hadapan cermin.

" Dhia, cepat turun makan! "

" Kejap, Mama! "

Mama sudah melaung memanggilku untuk turun makan. Aku segera membetulkan tudungku yang agak senget. Sempat lagi aku mencubit pipi sendiri sebelum turun ke bawah. Comellah kau, Dhia! *muntah hijau*

Aku menutup pintu bilikku dengan kemas. Ketika hendak menuruni tangga, aku bertembung dengan Abang Aliff yang biliknya terletak bersebelahan dengan bilikku. Aku melemparkan senyuman yang menampakkan barisan gigiku yang putih terhadap Abang Aliff.

" Adik dah kenapa? Dah sewel senyum sorang-sorang pagi-pagi buta? ", soal Abang Aliff yang masih lagi mamai. Dia menolak perlahan kepalaku dan berlalu ke bilik air.

Hilang terus senyuman pada bibirku. Takkanlah Abang Aliff tak faham senyuman aku yang penuh makna tadi? Ahh, lantaklah! Abang aku memang nyanyuk. Dah tak ingat langsung harini birthday aku.

Wajahku kembali mengukirkan senyuman dan bergegas menuruni tangga apabila Mama mula memanggilku buat kali yang kedua.

'Mama, I know you want to make a surprise for me!'

Tiba sahaja di bawah, aku terus menuju ke meja makan. Hatiku berbunga-bunga. Aku menarik kerusi di meja makan. Makanan yang terhidang di atas meja hanyalah .. roti bakar aje? Senyuman di bibir bertukar menjadi pudar.

" Good morning, Dhia. Sorrylah Mama sediakan roti aje pagi ni. Mama dah lewat nak pergi rumah Auntie Sherin.", ujar Mama sambil menuangkan air teh ke dalam cawanku.

" Tapi Mama, sekarang baru pukul 6:40 pagi. Awalnya Mama nak pergi. Lagipun, Mama nak buat apa pergi rumah Auntie Sherin? ", soalku kepada Mama. Awal sangatlah kalau nak pergi rumah orang waktu-waktu macam ni.

Hadir KembaliWhere stories live. Discover now