Bab 15

119 3 0
                                    

- 4 tahun kemudian -

- Irfan's POV -

Aku merebahkan badanku di atas sofa. Remote televisyen dicapai dan aku terus menukar siaran televisyen kepada rancangan sukan. Petang-petang macam ni, ada siaran perlawanan badmintonlah! China lawan Jepun pulak tu. Nak tengoklah.

Sedang asyik aku menonton perlawanan mereka yang semakin lama semakin sengit itu, Puan Natrah, iaitu Mamaku datang menghampiri. Mama mengambil tempat di sebelahku.

" Irfan, Mama nak mintak tolong sikit, boleh? ", ujar Mamaku. Minta tolong lagi? Isk! Bukannya aku mahu menolak, cuma aku mahu menyaksikan perlawanan badminton ni sampai habis aje!

" Tolong apa, Mama? ", ujarku dalam nada yang agak malas. Mama tersenyum memandangku.

" Mama tau Irfan nak tengok tv kan? Alaa.. tak payah tengok pun takpe. Bukan Malaysia pun yang main. Tolong Mama eh? ", ujar Mama lagi. Hmm. Banyaklah alasan Mama. Nak tak nak, aku kena tolong juga.

" Yalah. Yalah. Mama nak suruh tolong apa? Siram bunga lagi? ", ujarku acuh tak acuh sambil menayangkan muka selamba. Mama tertawa kecil mendengar kata-kataku.

" Taklah. Mama nak suruh Irfan pergi pasar beli barang dapur sikit. Nah, ambik senarai ni.", ujar Mama lalu menghulurkan kertas kecil yang terdapat senarai barang-barang yang perlu kubeli. Aku hanya menyambut huluran Mama.

" Ughh.. kenapa Mama tak suruh Mak Som jer beli? ", soalku lagi kepada Mama. Kini, aku mula mengungkit pasal Mak Som, orang gaji dalam rumahku. Banyak betul dalih. Mama hanya menggeleng-geleng.

" Mak Som cuti hari ni cik abang oii! ", ujar Mamaku lagi. Eh, lupa pulak! Hari ni hari Sabtu. Orang gaji pun perlu cuti, kan? Aku meneliti satu persatu barang-barang yang perlu dibeli. Terbeliak mataku melihatnya!

" Mama? Mama nak buat kenduri ke apa? Banyak gila barang dapur kena beli! ", ujarku dalam nada yang terkejut.

Eh, yang aku tahu, aku, Mama dan Papa aje yang duduk dalam rumah ni. Tapi nak beli barang macam angkut manusia satu lori. Uishh! Stok untuk berapa lama ni? Aku memandang Mama dalam keadaan blur.

Mama hanya tersenyum penuh makna.

★☆★☆★☆★☆★☆★☆

- Dhia's POV -

" Dhia, cepatlah! "

Mama sudah terpekik-pekik memanggil namaku. Kali ke berapa pun aku tak tahu. Segera aku menyarungkan sepasang kasut berwarna hitam berbelang biru pada kaki kecilku.

Aku bingkas bangun dari lantai pada muka pintu rumah sebelum masuk ke perut kereta di bahagian pemandu. Sempat lagi aku membetulkan selendangku yang sedikit senget.

" Sorry Mama, Dhia lambat sikit. TERtidur.", ujarku sambil menayangkan muka memohon simpati. Sengaja kutekankan perkataan 'Ter-' ketika menyebutnya. 'Ter-' maksudnya tidak sengaja, ya?

Mama hanya menjelingku sekilas. Alololoo. Merajuk pulak orang tua tersayang ni. Ehehe. Aku mula bermain-main dengan jariku pada bahu Mama tanda memohon maaf. Eh, sekejap! Mohon maaf atau menggoda? Ah, lantaklah. Wakaka.

" Ish, anak Mama ni. Yalah, yalah! Dah, cepat gerak! Takut tak sempat nak masak makanan istimewa untuk Abang Aliff kamu tu.", ujar Mama sambil tersenyum. Fuhh! Senang sangat nak pujuk Mama.

Yup. Hari ini Abang Aliff akan pulang ke rumah bersama-sama kakak iparku merangkap sebagai isteri Abang Aliff. Namanya Julia. Aku hanya menggelarnya 'Kak Jue'. Mereka baru sahaja melangsungkan pernikahan tiga bulan yang lalu selepas 5 bulan menjalinkan ikatan pertunangan. Kak Jue seorang yang cantik dan baik. Juga penyayang. Kak Jue sentiasa meluangkan masa bersamaku apabila pulang ke rumah. Oh, ya! Mereka menetap di Johor kerana Abang Aliff telah mendapat tawaran bekerja di sana berdasarkan kelulusannya. Hari-hari, sentiasa aku menunggu kepulangan mereka. Kehadiran Kak Jue telah memberikan aku kasih sayang yang baru daripada seorang insan bergelar kakak.

Hadir KembaliWhere stories live. Discover now