Bab 16

125 4 0
                                    

" Mama, Dhia naik mandi dulu, tau? ", ujarku perlahan sambil memandang ke arah Mama yang ketika itu sibuk memunggah barang yang baru dibeli ke dalam peti sejuk.

Amboi, semangat betul Mama memandangkan menantu pertama dia nak balik! Huahuaa.

Mama menjelingku sekilas dan kemudiannya mengangguk kecil. Yeah! Lampu hijau dah menyala. Bolehlah aku mandi-manda dulu. Penat gila nak mampos, tau tak?

Segera aku mengatur langkah menuju ke tangga. Dalam hatiku bernyanyi-nyanyi, namun ada satu perkara yang tidak dirasakan selesa sedang bermain-main di benak fikiranku. Namun, aku cuba untuk melupakannya.

" Dhia, lepas mandi nanti turun bawah tolong Mama masak, ya? Takut tak sempat.", ujar Mama dalam nada yang agak tinggi dari tingkat bawah. Pada ketika itu, aku sudah berada betul-betul di hadapan pintu bilikku.

Aku mengeluh kecil. Ahh! Malasnya! Namun bila difikirkan ini semua demi menyambut kepulangan Kak Jue dengan Abang Aliff, aku sanggup. Hatiku melonjak-lonjak keriangan. Tak sabar nak tunggu mereka sampai nanti!

" Yalah. Nanti itew turun ya? ", ujarku dalam nada yang gedik dibuat-buat. Biasalah, aku. Selalu bergurau senda dengan Mama. Mama di tingkat bawah hanya menggelengkan kepala sambil merenung ke arahku. Ehehe.

Aku menguak pintu bilikku dengan perlahan-lahan lalu menutupnya kembali. Badanku direbahkan di atas katil empuk milikku. Ngantuk pula rasanya.

Patung Minionku dicapai dan didakap. Aku termenung seketika. Perkara yang bermain-main di benak fikiranku sepanjang perjalanan pulang tadi kembali menghantui. Ahhh! Serabutnya!

Kenapalah dia tu datang balik?

Eh, silap! Silap!

Kenapalah aku boleh terjumpa dia?

Dia kini hadir kembali dalam hidupku. Aku pun tak tahu sama ada dia masih suka aku lagi ke tak? Kenapalah dalam ramai-ramai manusia dia jugalah yang aku jumpa?

Ada jodoh kut?

Mustahil.

Ahh, lantaklah dia! Aku cuma bertembung. Bukan apa-apa pun. Jangan hiraukan dia, Dhia! Lagipun, aku pasti aku tak akan jumpa dengan dia lagi. Aku yakin.

Selepas 3 bulan dia pindah pada 4 tahun yang lalu, aku dah lost contact dengan dia. Akupun tak tahu kenapa. Mungkin dia tukar nombor telefon yang baru. Atau mungkin dia cuba melupakan aku? Hmm ..

Kenapa aku asyik fikir pasal Irfan?

Apa masalah aku ni?

Ahhh! Fikiranku betul-betul berkecamuk. Kepalaku digaru dengan kuat sehingga rambutku menjadi kusut masai. Aku perlu buang jauh-jauh mengenai hal ni. Tak payah fikirkan dia. Buat rimas kepala otak aje.

Tapi aku mengaku, sampai sekarang, aku tak tahu kenapa aku tak suka dengan Irfan. Kenapa aku tak layan Irfan? Pelikkan aku? Aku mengeluh kecil.

Kalau hati aku dah reject, macam nilah balasannya wahai Irfan.

★☆★☆★☆★☆★☆★☆

- Irfan's POV -

Sedikit gel disapukan pada rambutku dan tanganku ligat membentuk-bentuk gaya rambut dengan menjadikannya kelihatan terpacak-pacak di hadapan sebuah cermin.

Setelah berpuas hati dengan gaya rambutku, aku mencapai sebotol minyak wangi Hugo Boss lalu disemburkan pada beberapa bahagian tertentu pada badanku. Wanginya!

Kini, aku telah siap! Wajahku dibelek beberapa kali di hadapan cermin. Sambil itu, aku tersenyum-senyum sendiri.

" Handsome jugak aku rupanya.", ujarku sendirian di hadapan cermin. Aku ketawa kecil. Tidak dinafikan, aku sememangnya cukup popular dalam kalangan pelajar perempuan pada zaman persekolahan dulu. Bila diingatkan kembali, kembang kempis pula hidung mancungku. Hahaha.

Hadir KembaliWhere stories live. Discover now