Bab 3

181 2 0
                                    

" Dhia, aku balik dulu tau? Ayah aku dah sampai! ", ujar Haisya sebelum melambaikan tangannya padaku.

Aku membalas lambaian Haisya dan menghantar kepergiannya melalui ekor mataku. Okay, Haisya dah balik! Tinggal aku sorang kat sini! Aku mengeluh kasar.

Jam tanganku dilihat. Waktu sudah menunjukkan pukul 2:15 petang. Abang aku lewat lagi! Maklumlah, abang mithali. Terpaksalah aku berpanas di luar ini sambil menunggu kehadiran Abang Ariff.

15 minit berlalu, Abang aku masih belum sampai. Badanku sudah terasa melekit dan panas. Aku sudah tidak tahan lagi. Kalau aku terus berlama di sini, alamatnya mamat Negro dengan aku pun boleh tertukar. Mintak jauh!

Aku mengatur langkah menuju ke sebatang pokok rendang yang agak jauh dari pintu pagar sekolah. Aku berteduh di bawah pokok itu sambil menunggu kehadiran abang tersayang yang entah sampai entah tidak!

Tiba-tiba, datang dua orang pelajar lelaki menghampiriku. Aku dapat cam muka mereka namun aku tidak pasti adakah mereka sebaya denganku. Mungkin mereka belajar dalam kelas bawah.

Mereka tersengih melihatku. Aku mula rasa tidak sedap hati.

' Mamat dua ekor ni apa pulak? Habislah aku! ', omelku di dalam hati.

Perasaan menyesal kembali menerpa di dalam fikiranku. Kenapalah aku pergi berteduh kat pokok ni tadi? Baik aku stay jer kat pintu pagar tu.

" Hai awak! Sorang jer ke? ", tegur pelajar lelaki pertama itu. Meluat aku tengok muka dia. Baju keluar sana sini, rambut kusut masai. Eew! Tak kemas langsung. Lelaki kedua itu hanya memerhati sambil tersenyum sinis.

" Kau dah buang tabiat ke apa? Tak nampak ke aku tengah bercakap dengan Lee Kwang Soo sekarang? ", sindirku kepadanya.

Tak munasabah langsung tanya soalan macam tu kat aku. Atau dia nampak aku dengan 'orang lain'? Ugh. Menyampah k menyampah!

Pelajar lelaki itu ketawa terbahak-bahak apabila mendengar jawapanku. Eh, apa yang lawak sangat? Dahlah ketawa macam pontianak mengilai. Ugh!

Selepas ketawanya reda, pelajar lelaki yang seorang lagi memegang tanganku. Aku sudah mula meremang bulu roma.

Pon ! Pon ! !

Akhirnya, abang aku dah sampai! Ya Allah! Lega selega-leganya! Oh Abang, kaulah Heroku!

Aku segera menepis tangan pelajar lelaki itu dengan kasar lalu berlari anak menuju ke pintu kereta yang dipandu oleh Abang Ariff. Masuk sahaja ke dalam perut kereta, aku mula berasa selamat.

" Abang, cepatlah gerak! Cepat! ", paksaku kepada Abang. Alahai abang aku seorang ni, dahlah datang lambat, slow pulak. Lemah semangat aku!

Aku tidak berani memandang ke arah dua orang pelajar lelaki itu tadi. Yang aku tahu, aku dah meninggalkan kawasan sekolah.

" Maaflah Dhia. Abang tertidur tadi. Sebab tu lewat sikit. Maaf eh? ", ujar Abangku padaku.

Aku hanya mengeluh kasar!

Alaa. Alasan! Mana taknya? Hampir tiap-tiap hari abang aku lewat menjemputku. Takkan tidur je memanjang? Kelawar jadian ke apa?

Aku mengerling abangku di sebelah. Aii .. meremang bulu roma pulak aku. Aku segera menghalau perasaan itu jauh-jauh agar tidak bermain di mindaku. Aku mula terfikirkan kejadian tadi. Aku berharap agar esok aku tidak akan bertembung dengan dua orang pelajar nakal itu lagi. Fobia tahu?

" Abang, abang nampak tak dua orang budak lelaki dengan Dhia tadi? Sebenarnya, diorang kacau Dhialah abang! Dhia takut! Abanglah ni, ambil Dhia lewat sangat! ", aduku kepada Abang Ariff dan dalam masa yang sama sempat lagi aku menyalahinya.
" Apa? Diorang kacau Dhia? Kenapa tak cakap awal-awal? Bolehlah Abang smackdown diorang! Abang mati-mati ingatkan tu kawan Dhia. Ni semua salah Dhialah, Abang suruh Dhia tunggu kat depan pagar sekolahkan? Kenapa Dhia tunggu kat bawah pokok tu? Kenapa? Kan bahaya? Lain kali Dhia kena dengar cakap Abang! Tengok apa dah jadi tadi? Dhia jugak yang susahkan? Dhia jugak yang takut? Mujur jer Abang sampai tepat-tepat pada masanya, tau? Kalau tak, tak tahulah apa dah jadi kat Dhia sekarang! Dhia? Dhia dengar tak ni? ", bebel abangku.

Arghhh ! Rasa macam nak bagi penampar Jepun jer kat abang aku ni! Menyesal aku mengadu tadi. Tak pasal-pasal kena dengar ceramah free! Gempak gituu! Ugh.

Sampai sahaja di rumah, percaya tak percaya, Abang masih lagi membebel padaku. Betapa indahnya dapat abang macam ni. Boleh masuk Hospital Bahagia kalau terus begini!

Aku tidak menghiraukan bebelan Abang Ariff lantas bersegera menuju ke arah bilikku. Aku menutup pintu dengan kuat.

Tapi malangnya, Abang masih lagi tak berhenti membebel dan suaranya jelas kedengaran walaupun pintu telah tertutup kemas! Aku terlelap dan suara bebelan Abang mula beransur-ansur hilang.

★☆★☆★☆★☆★☆★

Hadir KembaliWhere stories live. Discover now