Bab 13

120 3 0
                                    

Aku menyarungkan sepasang selipar pada kaki kecilku. Aku mara ke hadapan dan mendepakan kedua-dua belah tangan. Udara pagi dihirup berkali-kali. Wah, betul-betul segar dan mendamaikan. Pagi ini sungguh cerah. Matahari masih lagi malu-malu untuk menonjolkan diri sepenuhnya. Mataku dipejam seketika. Tenang dirasakan.

Hari ini adalah hari Ahad. Yup, hari minggu dan cuti! Aku tidak tahu hendak berbuat apa pada hari ini. Kerja sekolah semuanya telah dibereskan. Aku memang suka menyiapkan kerja sekolah awal-awal, tak perlulah bersusah-payah pada akhir waktu. Bak kata pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Eh, pandainya aku!

Aku masih lagi merangka-rangka strategi untuk mengisi masa lapang pada hari ini. Penat aku memerah otak! Tapi satupun tak tahu nak buat apa. Aku tidak mahu menghabiskan masa begitu sahaja di rumah. Just waste my time, right? Hmm ..

Nak pergi ke rumah Haisya? Tak boleh! Haisya perlu menghadiri tuisyen diluar. Ibu bapanya memang prihatin terhadap bidang akademik Haisya. Haisya selalu sibuk tuisyen sana sini. Tapi ini tidak bermakna Mama dan Papaku tidak prihatin, ya? Mama juga pernah menyuakan hasrat untuk menghantarku ke pusat tuisyen, namun aku menolak. Cukuplah hanya belajar di sekolah. Bagi aku, ilmu itu boleh ditimba melalui kesungguhan seseorang. Tak perlu banyak tempat belajar. Sekolahpun sudah cukup memenatkan!

Nak ke rumah Izza? Pun tak boleh, kerana Izza dan keluarganya pulang ke kampung untuk melawat nenek Izza yang sakit tua.

Nak keluar jalan-jalan? Tak nak aku keluar seorang diri. Selalunya aku ditemani Haisya dan Izza. Abang Ariff dan Abang Aliff? Sibuk memanjang. Maklumlah, mahasiswa! Tak lama lagi akupun begitu. Amiin! Mahasiswi. Hehee.

" Adik buat apa kat luar ni? Tak sejuk ke? ", soal Abang Ariff yang ketika itu sedang memakai kasut di muka pintu rumah. Nak keluarlah tu! Aku tersenyum memandang Abang Ariff.

" Saja ambik angin. Tak sejuk punlah. Abang nak pergi mana? ", soalku apabila melihat Abang mula menghidupkan enjin motornya. Uishh, awal betul nak keluar!

" Nak pergi kolejlah.", jawab Abang Ariff dengan selamba.

Aku mengerling jam di pergelangan tanganku. Baru pukul 7 pagi. Selalunya Abang Ariff bertolak ke kolej pada pukul 8. Sarapan pun masih belum disiapkan. Takkan tak mahu breakfast dulu?

" Awalnya Abang nak pergi kolej! Tak nak sarapan dulu ke? ", soalku kepada Abang. Abang menoleh ke arahku sekilas.

" Abang ada hallah. Kena gerak awal. Nanti abang breakfast dengan kawan-kawan Abang jer. Bye Dhia. Abang pergi dulu. Assalamualaikum."

Balas Abang sebelum berlalu pergi dengan motosikalnya. Aku menjawab salam Abang dan melambaikan tangan ke arahnya. Sempat lagi abang mengangkat dua jari peace kepadaku. Aku ketawa kecil.

Setelah Abang Ariff semakin hilang pada pandanganku, aku melangkah masuk ke dalam rumah. Televisyen dibuka dan aku mengambil tempat di sofa. Tom & Jerry? Pagi-pagi pun dah ada kartun? Ish ish ish!

Aku menukar siaran televisyen tersebut. Ada sebuah rancangan memaparkan kisah beberapa orang budak kecil yang sedang bermain di taman. Eh, kejap! Taman? Ahaa! Dah lama aku tak pergi taman. Apa salahnya kalau aku menjejak kaki ke situ hari inikan?

Akhirnya, aku memutuskan untuk pergi ke taman pada petang ini. Aku tersenyum-senyum sendiri.

" Good morning, anak Papa! "

Aku menoleh ke belakang. Kelihatan Papa baru sahaja turun. Siap berpakaian kemas dengan kemeja dan membawa briefcase miliknya. Masa untuk pergi kerja!

" Good morning too, Papa.", balasku sambil tersenyum senang.

" Dhia, tolong Mama hidangkan sarapan atas meja.", panggil Mama dari arah dapur. Aik? Selalunya marah kalau aku tolong. Sekarang Mama baru menyedari betapa bergunanya aku. Hehhe.

Hadir KembaliWhere stories live. Discover now