1

4.9K 58 7
                                    


-Nisrina, 2018-

Bercinta dengan orang yang salah ni memang penat. Okay sebab aku belum kahwin, boleh dikatakan aku belum lagi jumpa orang yang tepat untuk aku. Dan sebabkan tu aku lelah bercinta. 3 kali aku bercinta secara serius, 3 kali jugak aku kecundang. Setiap cerita cinta tu lain jalan ceritanya, klimaks pun lain tapi yang sama cuma satu, iaitu pengakhir cerita. Berakhir dengan tragis. Okay tragis ke? Takdelah melibatkan kematian sesiapa tapi tragis disini bermaksud cerita tu tamat dengan penyudah yang tak best. Kenapa tak best? Sebab adanya orang ketiga. 

Okay apalah kan awal-awal dah cerita pasal cerita cinta eh tapi biarlah memang ni cerita pasal cinta kan? Umur aku dah 30, jadi mestilah aku dah patut berfikir pasal kahwin dengan cinta ni kan? Yelah, banyak kawan aku semua dah kahwin, dah ada anak. Aku? Masih sendiri. Jangankan suami, boyfriend pun tak wujud. Dah hampir 6 tahun aku single. Memang ini jalan yang aku pilih. Bagi aku, lagi baik single dari bercinta dengan orang yang salah. Aku tak laku? Aku rasa tak kot sebab ada je yang datang menagih cinta tapi aku tolak sebab aku sendiri yang tak move on dengan kisah lalu. Terlampau takut untuk memulakan lagi. 

Sebenarnya, aku masih tak boleh lupakan Fayyad. Okay, Fayyad tu ex aku yang last, kitorang clash sebab dia patah balik dengan ex dia dan aku takde pilihan lain selain redha dengan pilihan dia. Aku tau memang takde harapan dah antara aku dengan dia. Dia dah kahwin pun dengan ex dia tu 4 tahun lepas. Lepas dia kahwin, itulah aku last stalk dia sebab aku rasa dah cukuplah tu aku seksa diri aku selama ni tengok diorang happy. Jadi disini aku nak cakap aku taktau apa yang dah jadi dengan life dia. Tapi itu cerita semalam. Cerita harini lain. Kenapa lain? Sebab harini tiba-tiba ada rombongan meminang datang rumah mak aku dekat Johor. 

Ye, rombongan dari pihak Fayyad. Aku pun mula confuse. Melamar sebagai isteri kedua ke apa ni? Wah baiknya isteri dia ya nak izinkan. Tapi tak ye bukan begitu, dengarnya dah bercerai. Dah lama bercerai pun. Perkahwinan diorang tak lama rupanya. Ha nanti aku bagitau kenapa. Sekarang ni nak cerita si Fayyad ni taktau pun mak dia pinangkan aku. Sebabnya Fayyad cuma pesan mak carikanlah mana mana perempuan yang mak rasa sesuai dengan Fayyad. Mak Fayyad kenal aku sebab dulu masa kitorang kawan, Fayyad pernah bawak aku jumpa family dia. Entah kenapa bila Fayyad cakap macam tu, muka aku terus terlintas di fikiran mak Fayyad. Wow mungkin sebab muka aku terpancar aura kebaikan sampai orang tetap ingat walaupun dah bertahun, okay done riak.

So sekarang ni sebenarnya aku tengah dilema jawapan aku patut bagi. Aku dah buat solat istikharah tapi itulah belum lagi dapat jawapan. Oh by the way, Fayyad dengan ex dia bercerai sebab ex dia ada skandal. Sebenarnya sebelum kahwin pun dah berskandal tapi satu hari tu terkantoi jua akhirnya dengan Fayyad. Maka sahlah bercerai talak satu. Setahun je dorang kahwin. Anak pun tak sempat ada. Ha itulah, bina lagi mahligai bahagia atas air mata aku. Okay bukan aku doa yang tak baik untuk diorang eh tapi sebab aku geram kena tinggal.


LambatWhere stories live. Discover now