It doesn't end yet. Si Maya tu dok missed call banyak kali. Sumpah mengganggu dan trigger 'psiko' aku. Kalau aku boleh debik dia sekali pun jadilah. Punya geram aku dekat minah tu. Dah cerai kan? Nak apa lagi entah. Hantar gambar cium baru tau. Berasap hidung dengan telinga aku fikir. Memang lah tak dengar pun ring tone Fayyad, tapi aku dok jeling-jeling iPhone X dia. Naik juling mata dok jeling. Fireworks dah nak start dah ni. Please lah minah ni jangan spoil moid aku any further. Dah lama aku berangan nak layan fireworks dengan suami. 6 tahun dah ni berangan. Tengok sambil aku bersandar dekat bahu suami. Ha kan romantik tu. Selama ni bujang, tengoklah sorang-sorang, takde siapa pun nak layan tangkap cintun ke apa.
Kitorang duduk dekat tepi dek, tunggu fireworks mula. Aku peluk lengan Fayyad sambil lentokkan kepala dekat bahu dia. Setakat ni memang Fayyad takde pun tengok handphone dia even dari awal Maya kacau tu. Fireworks pun mula. Tak sampai 5 minit, Fayyad tiba-tiba berdiri. Bila aku dongak, nak tengoklah kan kenapa pulak tiba-tiba berdiri. Berhayun jugak aku tadi sebab yelah kan aku tengah bersandar dekat bahu dia tadi, tak semena je bangun ish. Fayyad jalan jauh sikit tinggalkan aku untuk jawab call. Aku mulalah rasa sesuatu. Selama ni Fayyad okay je jawab call sebelah aku? Ni dah kenapa pulak kena pergi jauh?
Aku jujurnya terasa hati dan aku tau tu mesti Maya. Borak pasal apa tu sampai kena pergi jauh? Hati aku mula rasa tak sedap. Kalau Maya ajak kahwin balik macam mana? Macam mana kalau Fayyad keliru lagi macam dulu? Balik dekat Maya dan tinggal je aku. Aku sendiri jadi sangsi betul ke Fayyad sayang aku, atau sebanyak mana sayang Fayyad dekat aku kalau betul dia sayang aku? Aku tak yakin dengan diri sendiri. Tak yakin yang dia akan pilih untuk terus bersama aku berbanding teruskan hidup dengan Maya. Fayyad dah buktikan pun dulu bila dia pilih Maya, dan bukannya aku.
Aku mula mengatur rancangan dalam kepala. Sebelum Fayyad tinggalkan aku, lagi baik kalau aku yang tinggalkan Fayyad dulu. Aku taknak pisang berbuah dua kali. Sekali pun dah cukup perit, inikan kali kedua? Tak, aku tak sanggup. Aku terlampau sayangkan Fayyad. Aku rela beralah kalau Maya tu lah kebahagiaan dia.
Fayyad datang balik ke tempat tadi dan dari muka dia, memang nampak macam takde apa pun yang jadi so aku pun pilih jalan yang sama. Aku buat-buat tak tau. Takpe, few last days with him. Aku akan layan sehabis baik tanggungjawab aku sebagai seorang isteri. Mungkin bahagia bukan milik aku. Mungkin Fayyad memang milik Maya seorang. Tak pernah jadi milik aku pun. Entahlah, Fayyad je yang tau apa dia rasa.