2

2.2K 43 2
                                    


7 hari, 7 malam aku buat solat istikharah demi mendapatkan jawapan sama ada aku patut terima atau tolak dan setelah 7 hari, 7 malam tu, aku akhirnya dapat satu jawapan yang bulat datang dari hati aku sendiri. Aku terima pinangan Fayyad tapi tak semudah tu. Aku bentangkan 1 syarat dekat keluarga aku dan keluarga Fayyad. Aku mintak identiti aku kekal dirahsiakan dari pengetahuan Fayyad sampailah hari pernikahan kitorang yang mana dorang semua dah sepakat akan berlangsung lagi 3 bulan. 

Maka aku lengkapkan diri aku dengan semua persediaan untuk kahwin selama 3 bulan ni. Aku rahsiakan dari kawan baik aku sendiri. Lagi sebulan aku nak menikah baru aku bagitau kawan-kawan aku. Aku cuma jemput 10 orang kawan baik aku untuk hadiri majlis pernikahan aku. Semua aku dah pesan jangan post sebarangan dekat mana-mana platform media sosial. Betapa aku taknak rahsia ni bocor sebelum waktu. Ada sebab aku taknak Fayyad tau. Sebabnya, aku taknak Fayyad request nak jumpa sebelum nikah. Aku tak nak bersemuka dengan dia. Belum ready. 

So, diam tak diam, esok hari pernikahan aku dengan Fayyad. Hati aku berdebar teruk. Berdebar sebab ini kali pertama aku nak bernikah dan kedua, berdebar sebab aku takut nak tengok reaksi Fayyad bila dapat tau akulah bakal isteri dia. Tak lena aku tidur malam tadi fikirkan hal ni. 

Aku duduk bersimpuh, bersebelahan mak Fayyad dan mama. Kawan-kawan baik ku setia di sisi. Aku merenung jari-jari ku yang dah cantik berinai. Hm corak kerawang ni macam comot sikit, sempat aku monolog dalam hati. Semua ni untuk buat aku tak fikir pasal Fayyad. Fayyad ada di depan, langsung tak toleh belakang nak check betul ke bakal isteri yang nak dinikahi. Tak berminat nak tahulah kot. 

"Pengantin lelakinya nama Ian Fayyad Bin Ian Fiyyad, pengantin perempuannya nama Nisrina Aqira Binti Nasrin. Betul ye?" Tok kadi meminta kepastian. Fayyad asalnya tunduk kepala tapi lepas dengar nama pengantin perempuan terus angkat kepala, bingung. Terus dia tengok muka abah. Laju dia toleh belakang. Toleh tengok muka aku. Aku buat muka poker face. Muka Fayyad nampak keliru. Dia toleh depan balik. Selepas beberapa ketika, kami selamat diijabkabulkan. Air mata aku tumpah jua saat aku peluk mama dan abah. 

Fayyad datang menghampiri aku. Aku hulur tanganku untuk disarungkan cincin. Sikit pun aku tak pandang muka Fayyad. Fayyad sarungkan cincin ke jari manisku dan mencium dahiku. Aku tutup mata, hayati detik ini. Bila aku bukak mata, Fayyad senyum. Okaylah, aku senyum sikit sebab nak balas senyuman dia, tak baik sombong tak tentu hala kan. Sebabkan aku tengah period, Fayyad solat sunat sendiri. Maka bermulalah fasa hidup aku sebagai seorang isteri yang sah kepada Ian Fayyad. Apalah jadi lepas ni?


LambatWhere stories live. Discover now