3

1.9K 38 0
                                    


Takde pun outdoor photoshoot ke apa sebab yelah permintaan aku sendiri nak buat simple je. So lepas akad nikah tadi, ada majlis makan-makan sikit. Aku beramah dengan kawan aku, dan aku kenalkan lah Fayyad dekat kawan-kawan aku. Fayyad pun tak ajak ramai kawan dia. Dia cuma ajak sorang kawan baik dia yang memang dah lama berkawan dengan dia sejak zaman universiti. Pukul 2 petang, semua pun selesai. Aku termangu kejap. Fikir patut masuk bilik ke duduk je dekat ruang tamu. Penyudahnya, aku decide untuk masuk bilik. Nak cuci mekap dan mandi. Aku tinggalkan Fayyad dan masuk bilik. Siap je aku pakai baju, Fayyad pun masuk bilik. Aku tengok dia, dia tengok aku. 

"Hm you ada towel tak?", aku bertanya pada Fayyad. Rasa macam tak nampak pulak Fayyad bawak beg baju. Fayyad sekadar mengangguk. Aku baring atas tilam sambil scroll Twitter. Sedar tak sedar, aku tertidur. 

Fayyad yang baru siap mandi, datang menghampiri Nisrina yang sedang tidur. Fayyad tersenyum melihat Nisrina. "Main handphone pun boleh tertidur", Fayyad bermonolog dalam hati. Fayyad cium pipi Nisrina. Sejak mereka sah bergelar suami isteri beberapa jam yang lalu, Fayyad terus jatuh cinta dan sayang pada Nisrina. Dia bersyukur maknya pilih Nisrina. 

Aku terjaga dari tidur. Lega bila tak nampak Fayyad. Lamanya aku tidur. Dah pukul 5 petang dah. Aku cuci muka untuk hilangkan sisa mengantuk dari muka. Aku turun ke bawah menuju ke ruang tamu. Fayyad tengah berborak dengan abah. Tak semena hati aku rasa bahagia. "Fayyad", aku panggil lembut nama Fayyad. Fayyad datang padaku seraya mendengar namanya dipanggil. "Malam ni kita balik rumah you boleh tak?", aku bertanya. Walaupun aku taktau rumah dia dekat mana, dia tinggal dekat rumah siapa, aku tanya jugak soalan macam tu sebab aku kekok nak kena layan dia baik-baik depan mama abah. Niat aku nak balik awal memang mama abah dah tau dulu dan diorang pun faham.

"Boleh. Kejap I kemas barang I. You dah kemas barang you?"

Aku jawab, "Belum. Jomlah". Kami sama-sama naik ke bilik untuk mengemas baju dan barang keperluan yang patut. Sampai di bilik, aku tanya lagi soalan lain, "You okay tak kalau I tidur bilik lain daripada you?". Fayyad angkat kening sebelah. "Taknak tidur dengan I?", terdengar nada hampa Fayyad. "Kalau boleh taknak, tapi kalau you nak, I ikut youlah. I kena dengar cakap you.", aku ni mulut cakap lain, dalam hati lain. Dalam hati sebenarnya nak sangat sebilik tapi yelah nak acah jual mahal dulu. "I nak you tidur dengan I", Fayyad jawab dengan tenang. Okay, Nisrina. Good luck resisting. 


LambatWhere stories live. Discover now