"Awak pasti taknak saya hantar sampai atas?kaki dah melecet teruk tu" kata Jungkook buat aku mengeleng laju. Buatnya terserempak dengan Yoongi macam mana?
"Takpa.. Saya okey.. Awak balik lah dulu...esokkan kerja.. Drive hati2 eh?" Balasku sambil tersenyum.
"Eung! Awak masuk lah lift dulu" kata Jungkook
"Aniy awak lah drive dulu" balasku.
"Aniy masuklah dulu..."
"Awaklah balik dulu..!
"Awaklah~"
"Awaklah~~"
"Hahahahahahaha!!" Kami ketawa serentak.
"Awak masuk dulu ya kesayangan saya Park Seo Eun" pipi aku dicubit perlahan aku cuma mengekek ketawa lalu mengangguk.
Aku melangkah masuk kearah lift sambil melambai kearahnya bergitu juga dengan Jungkook.
"Haih...dia baru masuk lift aku dah rindu" omel Jungkook sendirian.
"Haih!" Jungkook kusutkan rambutnya sebelum pergi memasuki kereta.
-
"Arkk aiihh menyesal pakai heels sakit kaki aku" aku bukak heels dalam lift tu sebab tak tahan sangat.
Tinggg
Pintu lift terbuka laju aku atur langkah keluar. Sampai ja depan pintu aku campak heels aku depan pintu sebelum geledah bag cari kunci.
Baru nak masukkan kunci kedalam lubang pintu terbuka.
"Baru nak balik?"soal Yoongi pandang aku atas bawah.
"Eh taklah baru nak pergi" aku senyum sambil kedip-kedipkan mata aku.
Bammm!!
"Kcuf!" Carut aku bila Yoongi hempas pintu dekat muka aku. Biadap! Dahlah rumah aku!
Aku sambung bukak pintu lalu capai kasut tinggi aku campak tempat kasut. Aku jeling Yoongi yang tengah tengok tv dengan anjing gila dia tu.
"Holy pi gigit kain dia yang labuh tu menyirap pula aku tengok" kata Yoongi laju Holy bangun
"Yah! Jangan dekat! Aku ketuk pakai heels karang!"ugutku. Yoongi dah ketawa. Anjing punya yoongi.
"Wofff woff!" Holy menyalak. Laju aku lari masuk bilik.
"Cilanat punya yoongi!" aku campak beg kearah katil
"Kyaaaa letihnyaaaa" aku baring atas katil sambil mengeliat.
Aku baru fikir nak terus tidur tapi dengan keadaan berlengas macam ni memang taklah!
Aku tanggalkan baju dress tu dan campak atas katil. Yang tinggal seluar pendek serta singlet. Aku pergi kearah penyidai tuala tp tuala takda😭 aku lupa ada kat luar!
"Ni malas ni" aku amik kain batik sarung dekat badan tuala kecil lap rambut aku tutup bahu.
Ayu bukan?
Aku lupa yang aku sidai tuala dekat balkoni petang tadi. Now aku terpaksa keluar bilik berkemban.
Aku keluarkan kepala lepas buka pintu. Kelibat Yoongi dan Holy takda.. Mungkin dekat dapur.
Laju aku berlari kearah balkoni untuk amik tuala. Aku capai tuala biru pastel aku terus masuk dalam rumah balik.
"Kau pahal berkemban? nak goda aku?" Hampir ja aku nak tergolek tetiba Yoongi tegur .
Bila masa dia kat sini?
"Saya amik tuala jelah!" Balas ku. Baru nak melangkah masuk bilik.
Aku tak tahu nak nangis ke nak gelak bila tengok dapur aku dah bersepah.
"Apa yang-"
"Holy yang buat..." Balas Yoongi selamba.
Eh, aku baru je kemas rumah bersepah balik!
"Mohon kurung anjing awak tu! Saya tak suka rumah saya bersepah!" Kataku tegas sambil pandang Yoongi yang sedap makan ramen sambil tengok TV.
"Aku tak suka kurung anjing aku macam mana kau kurung kucing kau dalam bilik busuk kau tu" balas Yoongi tanpa pandang aku sikit pun.
"Menyampah saya cakap dengan awak!" Aku terus masuk bilik untuk mandi cepat then nak kemas dapur,
Selagi dapur aku tak bersih memang tak aku nak tidur.
-
Aku pandang jam dah pukul 2.25pg aku still tak tidur lagi. Aku mengeluh sebelum keluar bilik untuk kemas dapur.
Si setan savage ni tak tidur lagi.
"Kenapa awak tak tidur lagi?tak kerja ke?"soalku. Tapi yoongi tak menjawab.
"Haih... Susah ada suami pekak."aku mengeluh sebelum tuju dapur.
"Buatkan aku teh panas" pinta Yoongi
"Huh?apa?" Soalku semula bila terkejut tetiba dia bersuara.
"Susah dapat isteri pekak ni.."katanya.
"Saya dengarlah! "Balasku
"Pastikan buat air aku dulu baru kemas"
"Ya-ya" aku terus menuju kearah dapur. Aku pandang dapur yang bersepah dengan periuk tak basuh, paket ramen bersepah,plastik ramenn sana sini. Sudu dekat lantai. Sudip atas kerusi.. Kotak air orange dekat tepi pintu.
HAHAHAHAHANAT punya suami!
Aku masak air sebelum kemas . Aku kutip semua sampah masuk dalam tong sampah eh
"Mana tong sampah?!" Aku duk ronda satu dapur still tak jumpa.
Aku pandang tempat letak kasut.
Yaallah :') Holy tengah selongkar tong sampah sampai kesana.
Bersepah pula tu :')
"Takpa Yoongi... Kau tunggu..."
Aku mengemas segala yang bersepah sambil fikir apa benda aku nak buat untuk kenakan dia..
Selesai kemas Aku amik cawan, serbuk teh dan air panas. Aku buat air teh tanpa gula dan gantikan dengan garam. Biar mati keracunan situ!
Aku bawa air tu kedepan dan bagi Yoongi.
Yoongi capai air tu lalu tiup perlahan sebelum minum. Aku dah lari masuk bilik bila takut dia lempar cawan dekat kepala aku.
"PARK SEOEUN!!!!" Nyaring sahaja jeritan Min Yoongi buat aku ketawa.
Padan muka!
YOU ARE READING
Aku bukan isteri simpanan Min Yoongi
Hayran KurguAku bukan isteri simpanan dia! "Aku akan ceraikan kau lepas sebulan" -Yoongi "Saya taknak cerai dengan awak! "- Seoeun "Jadi aku akan siksa kau sampai kau mintak cerai"-Yoongi "Kita akan tengok,siapa yang siksa siapa"-Seoeun ++