Pagi yang cerah harus dimulakan dengan aktiviti yang sihat tapi tidak bagi Bad Boys. Mereka masih diulit mimpi sedangkan matahari sudah tegak di atas kepala. 4 Evil awal-awal lagi sudah keluar jogging. Mereka mengamalkan gaya hidup sihat. Seminggu sekali mereka akan jogging di Taman Rimba. Dan 3 kali sebulan mereka akan ke gym untuk menambah stamina mereka. Bad Boys pula hanya ke gym. Walaupun perangai mereka macam tu, mereka tetap maintain. Hm jealous siot!
"Korang! Jom makan aiskrim! Aku belanja" Laung Fina setelah penat berjogging sebanyak 7 pusingan.
El berjalan menuju ke pondok yang berdekatan diikuti Nish dan Lysa. Mereka melabuhkan punggung sambil mata tidak lepas memandang langit. Sesungguhnya diorang rindukan mama dan papa diorang. Tapi apakan daya, parent mereka sibuk menguruskan bisnes di luar negara. Hm redha jelah.
"Nah" Fina menghulurkan 3 batang aiskrim ke arah mereka. Mereka menyambut huluran tersebut dan makan penuh berselera. Setelah selesai makan, mereka bergerak pulang.
***
"Assalammualaikum"
"Haa korang pegi mane? Asal tak cakap?"
"Kitorang ingatkan korang kena culik tahu tak""Korang kenapa pegi tak cakap hah? Kalau ada apa-apa jadi macam mane? Kitorang yang sedih tahu tak"
"Kitorang ni sayangkan korang! Cintakan korang. Janganlah buat kitorang macam ni. Kitorang risau tahu tak" Luah Adrian perlahan.4 Evil terkejut, terpempan, terkesima, terkedu, terkaku haa semua jenis ter lah.
"Kitorang ade tinggalkan notes. Kitorang lekat dekat peti ais. Korang yang tak baca salahkan kitorang pulak!" Omel Nish.
Ammar pergi ke dapur untuk mengambil nota yang dikatakan oleh Nish tadi.
Kitorang pergi jogging kejap - 4 Evil
"Hey! Relax la. Kitorang pegi jogging dekat Taman Rimba depan tu je pun. Takyah la kecoh! Kalau rasa kitorang ni menyusahkan korang, membebankan korang...Fine korang buat hal korang kitorang buat hal kitorang!" El pantas menaiki tangga kemudian merebahkan badannya ke atas katil.
'Kenapa aku rasa sakit bila Adrian luahkan isi hati dia? Adakah aku cintakan dia juga? Atau aku takut kehilangan dia?" Gumam hati kecil El.
"Nish...Fina...Lysa...Kitorang betul-betul sayangkan korang. Kitorang sukakan korang sejak kecik lagi. Sejak pertama kali kita jumpa. So would you be our girlfriend and wife to be for the rest of our life?"
Pantas mereka mengangguk sambil tersenyum. "Yes!"Ujar mereka bertiga. Kemudian pandangan mereka terarah kepada Adrian yang hanya menekur lantai daripada tadi.
"Adrian?" Panggil Nish. "Hm..."
"Kau banyak-banyakkan sabar ye? El memang macam tu. Sejak dia hilang Ez dulu, dia dah tutup pintu hati dia untuk terima mana-mana lelaki sebab dia takut akan kehilangan" Ujar Nish sayu.
Adrian hanya mengangguk perlahan. Dia akan cuba sedaya upaya untuk tawan hati El. Dia akan buat apa sahaja supaya pintu hati El terbuka untuk menerimanya.
***
El turun dengan berpakaian serba hitam. Dia mencapai kunci kereta miliknya kemudian menyarung sneakers adidas hitam miliknya.
"Kau nak pegi mana El?" Adrian yang kebetulan lalu pantas menanya El.
"Keluar. Sebelum maghrib aku balik" Dingin. Sedingin ais. Adrian mengeluh kecil. Dia perlu kuatkan hati.
El memandu keretanya menuju ke Pantai Cendana.
Note - Pantai tu aku reka k. Jangan kecam.
Dia mematikan enjin kereta lalu turun. Dia berjalan ke arah pantai. Dia melabuhkan punggung di tepi pantai kemudian bermain pasir. Dia risau, gelisah dan takut kehilangan Adrian. Dia sayangkan Adrian tapi dia tak sanggup kehilangan Adrian. 'Penyakit'nya sudah meningkat ke tahap 2. Dia tidak berani untuk memberitahu kawan-kawannya tentang 'penyakit' yang dialaminya. Dia risau kawan-kawannya sedih memikirkan tentang kesihatannya. Dia menghidap kanser buah pinggang stage 2. Ya itulah penyakit yang dia cuba rahsiakan dari kawan-kawannya. Dia menyembamkan muka ke lutut lalu memeluk erat lututnya. Perlahan-lahan air matanya turun.
"Macam mane aku nak terus terang dekat diorang yang aku ada kanser? Aku tak sanggup kehilangan diorang. Aku tak sanggup tengok diorang sedih. Aku..." Belum sempat dia menyambung ayatnya ada orang lain mencelah.
"Takde penyakit yang tak boleh sembuh. Kau kena kuat. Kita boleh buat rawatan untuk cegah kanser tu dari terus merebak" Ujar Adrian tenang. Yaa orang yang mencelah percakapannya tadi ialah Adrian. Dia mengikut El senyap-senyap.
"Kau?" El sedikit terkejut lalu bingkas bangun lalu mengelap air matanya. "Ye aku. Aku ikut kau, aku takut apa-apa jadi dekat kau. Kenapa kau rahsiakan penyakit kau daripada kami semua?" Adrian berkata sayu.
El kembali menangis. Tersedu-sedu dia menangis sehingga terhinjut bahunya. Pantas Adrian memeluk El memberi semangat. El membalas pelukan Adrian. Adrian tersenyum sambil menggosok belakang El. Dalam 5 minit mereka berpelukkan, dan tangisan El semakin reda. Dengan cepat, El meleraikan pelukkan Adrian kemudian berlari ke arah keretanya. Tanpa mereka sedari seseorang sedang memerhatikan mereka sambil tangannya memegang erat sebilah pisau.
"Ah! Apa aku dah buat? Kenapa aku rasa tenang bila Adrian peluk aku?" Jerit El tiba-tiba pinggangnya terasa sakit. Dia menyelongkar begnya mencari ubatnya. Tetapi malangnya dia tak bawa ubat tersebut. Berkerut mukanya menahan sakit, tiba-tiba Adrian mengetuk tingkap keretanya. Tanpa berfikir panjang, El membuka pintu kereta lalu rebah. Gelap, dia tak tahu apa yang telah berlaku.
"Padan muka kau! HAHAHA! Rancangan aku nak bunuh kau semakin tinggi. Dengan penyakit kau tuh, aku tak payah kotorkan tangan aku untuk bunuh kau! Tapi, aku kena bunuh kau jugak. Lepas aku bunuh kau, aku bunuh adik beradik kau pulak. Baru sweet kan? HAHAHA! Aku ANAK ANGKAT dalam keluarga kau tapi kasih sayang yang papa dan mama curahkan tak cukup untuk aku! Diorang selalu lebihkan korang! Hergh! Diorang tak adil! Korang tunggu pembalasan dari aku!"
Enjoy!
YOU ARE READING
Raden & Hendry Heirs [ H ]
FanfictionRaden's Company dan Hendry's Corp adalah sebuah syarikat yang terkenal seluruh Asia. Raden's Company diurus oleh Tengku Adam Alexandra iaitu papa kepada Tengku Raden Elmyra. Tengku Adam terpaksa menguruskan syarikatnya di luar negara manakala Raden...