"Hey El? Kau dengar tak apa aku cakap tadi?" Bebel Farisya.
"Ha? Boleh kau ulang balik tak?" El menayang senyumnya. " Haish! Nasib kau ni bos aku, kalau tak dah lama aku sepak kau balik Malaysia" El tersentap mendengar nama negara yang menjadi tempat lahirnya itu.
Farisya yang melihat perubahan El terus mengusap belakangnya untuk memberi semangat.
"Kau rindu diorang?" El mengangguk perlahan.
Siapa saja tidak rindu pada kawan-kawan, keluarga dan kekasih hati. Hm balik lah El. Kau duduk Australia pun menyemak je, baik kau balik Malaysia balik 😂
***
"Tengku" Para pekerja El menunduk hormat sebaik sahaja El memasuki pejabatnya.
"Farisya, hari ni aku ada meeting tak?" Farisya membelek buku catatannya kemudian menggeleng.
Raden's Company makin berkembang dek usaha El. Di Australia saja, El mempunyai tiga anak syarikat. Syarikat yang terpenting, mestilah di Malaysia. Raden's Company telah ditubuhkan di situ atas permintaan ayah El sendiri.
"El, aku ada benda nak cakap ni" Farisya memanggil El sambil membelek telefonnya.
"Ha apa?"
"Kau kena balik Malaysia"
"What? Why?"
"Disebabkan Raden's Company sudah mempunyai tiga anak syarikat, diorang nak kau hadir dalam event diorang nanti. Kau salah seorang business woman yang paling berjaya antara top 3. So, diorang nak kau buat press conference bersama-sama syarikat yang lain. Dan Raden's Company telah terpilih. Kau akan berjumpa dengan your siblings and your friends. So I hope, you are strong enough to face it. Let bygone, be bygone. Perkara yang lepas takyah ungkit lagi. Kau faham kan maksud aku?" Terang Farisya panjang lebar.
El hanya mengangguk lemah. Dia sudah mengagak perkara seperti ini bakal berlaku.
***
KLIA 2
"Welcome back sweet heart" Ash memeluk El lama.
"Hoi, kau ni tak tahu malu ke? Dah la peluk orang suka hati je. Depan orang pulak tu. Hish" Bebel El bersama muncung itiknya.
"Haa, muncung lagi. Bolehla aku sangkut baju banyak²" El mendengus geram. Siap kau Ash.
"Tengku Ash Lee!!!" Jerit El sekuat hatinya. Hatinya bertambah sakit apabila Ash galak mentertawakannya.
"Weh, aku lapar la. Jom makan nak? Kita gi makan dekat... Hm dekat mana eh? Dip n dip, Mcd, Kfc???" Cadang Ash
"Mamak jelah" Jawab El. Ash hanya mengangguk. Mamak jadi pilihan. Nak ke taknak lepak mamak. Nak ke taknak lepak mamak. K maaf, aku melalut.
Semasa El dan Ash tengah makan, El ternampak Ian dan kawan-kawannya serta adik beradiknya. Pantas dia berbisik kepada Ash.
"Ash, tu diorang... Kau lindung lah aku. Aku belum bersedia nak jumpe diorang" Ujar El. Ash hanya mengangguk.
"Eh tu bukan Ash ke? Sape sebelah dia tu?" Tanya Nish kuat.
El hanya menepuk dahinya. Aduh, masalah. Terkantoi pulak.
"Ash!!!" Diorang memanggil Ash. Terkejut bukan kepalang dibuatnya. Kus semangat. Aduh, alasan apa aku nak reka ni. Hish!
"Er HAHAHA ye er haa apa?" Aduhai Ash ni pehal la masa-masa mencemaskan ni kau nak gagap.
"Sape sebelah kau tu? Asal dia pakai hoodie? Tengah panas pun sanggup pakai baju tebal? Bau perfume ni macam aku kenal. El, its that you?" Soal Adrian curiga. El tersentak. Aku mintak maaf, aku belum bersedia nak jumpa korang.
Mereka bertujuh hanya memerhati budak perempuan sebelah Ash tu.
Ash hanya diam membisu. El mencuit paha Ash menandakan dia ingin pergi. Ash yang sudah mengerti, segera bangun diikuti El.
"Eh kau nak pegi mana? Kau tak jawab lagi soalan aku" Desak Adrian.
Mereka segera berlalu pergi. Soalan Adrian tidak berjawab. Mereka bingung. Sebaik sahaja El ingin melangkah, Adrian menangkap pergelangan tangannya. El terkejut, tapi dia hanya kaku.
"El, aku kenal kau El. Aku tahu segalanya pasal kau. Kau tak boleh tipu aku. Aku masih kenal kau walaupun kita tak berjumpa dekat 3 tahun. Aku rindukan kau" Ujar Adrian menahan sebak.
El masih kaku di situ. Fina, Nish, Lysa, Ammar, Harraz dan Luthfi masih dalam keadaan terkejut kerana Adrian dapat mengenali El.
Perlahan-lahan hoodie yang dipakai oleh El, Adrian tanggalkan. Betapa gembiranya Adrian, apabila perempuan tu adalah El. Kekasih hatinya.
Fina, Nish dan Lysa berlari ke arah El lalu memeluknya erat. El membalas pelukan mereka.
"I'm truly sorry dear. Miss your old sister? You guys getting fat... Are you pregnant little sis? I'm sorry I can't attend your wedding..." El menahan sebak di dada.
"Tak. Bukan salah kau. Kitorang rindu sangat dekat kau. Kau dah tukar nombor eh? Sebenarnya, kitorang tak kahwin lagi. Like we said before, selagi kau tak kahwin kitorang takkan kahwin" Ujar Nish.
FLASHBACK
"Aku takkan kahwin kalau El tak kahwin" Ujar Nish.
"Yes me too" Lysa mengangkat tangannya.
"Aku pun" Fina juga tidak ketinggalan.
Terpaksalah tiga prince charming menunggu. Redha jelah.
"Haih" Kendur sahaja suara Luthfi.
"Takpelah, aku redha. Lagipun El kakak korang" Ammar pulak bersuara.
"Hm betul tu. Apa pun keputusan korang kitorang terima" Ujar Harraz.
Adrian hanya diam membisu. Fikirannya melayang entah ke mana. El sudah meninggalkannya. Hidupnya sunyi tanpa El.
END FLASHBACK
"Korang tunggu aku?" Mereka mengangguk sambil tersenyum.
"Korang sepatutnya dah kahwin. Umur pun dah 25. Ian? Aku mintak maaf k?" Adrian memeluk El lalu berbisik...
'I love you El. Tak kesah berapa lama pun masa yang kau nak. Aku sanggup tunggu. My only one Tengku Raden Elmyra'
Enjoy!
YOU ARE READING
Raden & Hendry Heirs [ H ]
FanfictionRaden's Company dan Hendry's Corp adalah sebuah syarikat yang terkenal seluruh Asia. Raden's Company diurus oleh Tengku Adam Alexandra iaitu papa kepada Tengku Raden Elmyra. Tengku Adam terpaksa menguruskan syarikatnya di luar negara manakala Raden...