3 bulan kemudian...
"El...Bila kau nak bangun? Aku rindukan kau sangat-sangat. Aku janji kita habis SPM nanti aku akan masuk meminang kau. Aku janji El. Aku sayangkan kau. Aku tak sanggup hilang kau" Tersedu-sedu Adrian menangis.
"Sabarlah Adrian. Kitorang pun rindukan El" Ujar mereka berenam.
Lagi 2 bulan mereka akan menghadapi peperiksaan besar iaitu SPM. Tetapi keadaan El masih sama. Masih tidak sedarkan diri. Badannya kurus kering, mukanya pucat lesu. Selepas El ditikam, doktor mengambil keputusan untuk membedah El. Risikonya sangat tinggi sebab El kehilangan banyak darah. Alhamdulillah El selamat dibedah tetapi El masih koma. El, kau bangunlah cepat. Nanti readers meroyan kau tak bangun.
Aku membuka mataku perlahan-lahan. Cahaya berpusu-pusu masuk ke dalam retinaku. Aku cuba mengingat kembali kejadian yang telah berlaku.
"K..kr..kora..ng?" Panggil El lemah.
"Wei El dah bangun! Panggil doktor cepat"
***
Seminggu selepas El discharged dia berkeras ingin ke sekolah. Dengan berat hati, kami bertujuh mengizinkan dia pergi ke sekolah.
Tiba-tiba...
"El! Aku nak minta maaf dekat kau. Aku banyak sakitkan hati kau. Aku menyesal sebab berkomplot dengan Syakirah untuk musnahkan hidup kau" Teresak-esak Reen menangis meminta maaf. "Kitorang pun nak minta maaf. Kau maafkan kitorang ye?" Ujar Sarah dan Masyi perlahan.
"Ye aku maafkan korang. Lepasni boleh la kita jadi kawan. Kan?" Ujar El ceria.
"Rasanya tak boleh. Kitorang bertiga dah dibuang sekolah sebab kes kau. Kitorang berkomplot dengan Syakirah. Kitorang merayu supaya pengetua tak report polis jadi kitorang terima keputusan pengetua dengan membuang kitorang dari sekolah ni"Jujur Reen. "Ouh okay. Hati-hati sekolah baru. Goodluck!" El tersenyum ceria.
Di Kelas 5 Crystal
"Hai korang! Rindunya aku dekat kelas ni" El memeluk kerusi dan mejanya.
"Kau takyah nak excited sangatlah. Aku tampo kang koma setahun" Terburai gelak mereka bertujuh apabila mendengar omelan Adrian.
"HAHAHA. Kau sanggup ke tengok dia koma setahun? 3 bulan koma, pun kau separuh mati. Puih!" Luthfi memerli Adrian dengan sinis sesinisnya 😂
"Aku tak suka korang caka pasal hal ni lagi. Tambah-tambah pasal hubungan aku dengan Adrian. Aku TAK SUKA aku ulang AKU TAK SUKA" El melepaskan keluhan kecil. Dia sayangkan Adrian tetapi dia masih tidak boleh menerima Adrian sepenuh hati.
Adrian mengeluh kecil. Hatinya hancur bila perempuan yang disayanginya tidak membalas cintanya. Hm cinta bertepuk sebelah tangan ke? "HAHAHA oh sakitnya hatiku! Hatiku dirobek oleh sang puteri idaman" Adrian ketawa buat-buat walhal dalam hatinya dia merasa sangat sedih.
Mereka memandang Adrian sayu. Mereka tahu Adrian sangat sayangkan El, tetapi mereka tidak mahu masuk campur hal mereka. Bak kata pepatah, usaha tangga kejayaan. Dalam hal mereka berdua, Adrian mestilah berusaha keras untuk menambat hati puterinya. Yedok? 😂
***
"Eh kenapa muka baby merah-merah ni?" "Lapar..." "Lapar yer? Nak cendol?"
Ammar dan Nish melakonkan semula watak 'gadis manja' yang viral haritu. Sumpah hodoh weh, tapi Nish memang comel. Putih gebu dan matanya yang bulat memang sesuai dengan watak tadi 😂 So kalau ikut peratus, Nish dapat 97% 😂
"Ish aku gelilah" El membuat muka geli sambil menyedut air kotaknya.
"Motif korang lakonkan watak tu? Ade nampak Lysa happy? Lysa taknak Nish dan Ammar senyum. Apa yang Nish dan Ammar buat ni? Mungkin dari senyuman sebelum ni, mungkinlah Lysa boleh tersenyum tapi Lysa tak senyum bila tengok Nish dan Ammar lakonkan watak manja tuh! Lysa geli tahu tak?!" Acah Lysa meniru watak Mas Idayu sambil tangannya memegang botol air yang dijadikan sebagai mikrofon.
"HAHAHAHA!" Semua yang berada di situ gelak terbahak-bahak apabila Lysa meniru cara Mas Idayu. Tidak ketinggalan, pakcik tukang kebun juga turut gelak. Fina pula tidak tahan sehingga mengeluarkan air mata manakala El memegang perutnya kerana penat ketawa. Harraz, Adrian dan Luthfi bertepuk tampar antara satu sama lain. Nish dan Ammar pula menarik muka masam. Malu + menyampah 😂
"Ish! Sudah-sudah la gelakkan kitorang! Rambut El yang senget tu korang taknak gelak pulak!" Jerit Nish sebal.
Mereka memandang ke arah El yang sedang membetulkan ikatan rambutnya. Gelak banyak sangat kot sampai rambut senget? Mereka hanya menahan senyum sehinggalah... Prut prot prottt!
Harraz terlepas kentut yang ditahan daripada tadi. Pantas mereka mentertawakannya sehingga senak perut.
'Bahagianya rasa dapat gelak ketawa macam ni. Apa jadi kalau aku dah mati, mesti aku tak akan kecapi kebahagiaan ni kan? Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana kau telah memberi peluang kepadaku untuk terus hidup' El mengucap syukur sambil matanya tidak lepas memandang adik beradiknya dan kawan-kawannya.
Enjoy!
YOU ARE READING
Raden & Hendry Heirs [ H ]
FanfictionRaden's Company dan Hendry's Corp adalah sebuah syarikat yang terkenal seluruh Asia. Raden's Company diurus oleh Tengku Adam Alexandra iaitu papa kepada Tengku Raden Elmyra. Tengku Adam terpaksa menguruskan syarikatnya di luar negara manakala Raden...