BAB 21

63 2 0
                                    

El memasuki kondo miliknya. Dia merebahkan badannya di atas sofa. Terdengar dengkuran halus yang terhasil. El sudah berada di alam mimpi. Hewhew.

***

"Good morning tengku" Maria menunduk tanda hormat kepada El.

El tidak menoleh ke arahnya pantas berlalu pergi. Sampai di hadapan lif, El menekan punat lif yang berangka 17. Dia memasuki biliknya. Terkejut El apabila dia ternampak figura asing berada di dalam biliknya.

"Seronok ceroboh masuk bilik aku?" El memerhati 'dia' yang sedang membelakangi El.

"Ala kau ni kan, asal kedekut sangat? Aku pinjam kejap je. Aku baru je balik ni. Aku rasa kan aku taknak menetap kat London dah. Aku nak stay Malaysia terus." 'Dia' dengan semangatnya memberitahu El.

"Suka hati kau la. Balik Malaysia tak bagitahu, boleh aku pegi ambik kau kat airport tadi." Ujar El.

Ops! Lupa pulak nak kenalkan 'dia'. Nama 'dia' ialah Tengku Ash Lee merangkap best friend yang paling rapat dengan El. Umur dia 18 tahun. Umur sebaya tapi perangai, mengalahkan budak-budak.

"Weh, Ian dah nak kawin... Nama perempuan tu Erin... Aku tak tahu kenapa aku rasa sedih, rasa marah bila Ian tinggalkan aku" El menahan sebak di hati tanpa dia sedar air mata jatuh.

"Kau sabar eh? Dia kan suka bergurau? Mana tahu dia nak prank kau je? Kau sayang dia?" Ash mengusap belakang El memberi semangat. Ash tahu semua rahsia El kerana El selalu meluahkan perasaannya dekat Ash. Walaupun Ash menetap di London sebelum ini, El selalu berkongsi ceritanya melalui skype. Alah, zaman dah moden. Teknologi di hujung jari je wak. Manfaatkan lah teknologi dengan sebaiknya 😂

"Tak! Aku tak boleh lemah dengan lelaki macam Ian. Aku kuat! Aku mampu hidup tanpa dia!" Mulut cakap lain, hati cakap lain. Haih sian kau El.

"Aku lapar la, kau tak nak lunch ke?" Tanya Ash.

"Lapar jugak. Hm jom pegi KFC?" Tanya El sambil mengangkat keningnya.

"Ha jom!"

KFC

Sedang mereka seronok makan, El ternampak Adrian bersama Erin. Mereka bergelak ketawa dengan kuat. El bangun lalu pergi ke arah mereka.

"Hai Erin? Patutlah gembira je... Ada cik abang yang teman. Ha Ian? Kau tak ajak diorang sekali ke? Ops lupa masing-masing dah ada tunang kan? Ye tak ye jugak, aku ni ha single lagi. Tapi takpe aku ada org yang sayang aku lebih dari segalanya" Ketika El ingin menyambung kata-katanya Ash menghampirinya.

"Eh El! Penat tahu tak aku tunggu kau kat sana. Kau cakap nak pegi rumah aku kan tadi? Jom lah. Mama dh tak sabar nak jumpa bakal menantu dia ni" Ash sengaja menyakitkan hati Adrian.

"Bakal menantu?" Soal Adrian berbaur cemburu.

"Haah. Oh nama aku Tengku Ash Lee bakal suami El. Kau?"

"Er... Aku... Tengku Adrian Benjamin"

"Dah jom. Nanti mama tunggu. Bye Erin... Bye Ian..." El berlalu pergi bersama Ash. Perlahan-lahan air matanya gugur setitik demi setitik. Hati siapa yang tak sakit?

Sampai sahaja di kereta El menangis sekuat hati.

"Ash... Hati aku sakit sangat... Aku... Aku tak sanggup nak hadap dia lagi. Aku tak layak untuk dia Ash..." El menangis teresak-esak di bahu Ash.

"Dah la jangan nangis. Buruklah muka kau. Kau nak aku tolong?" El mengangguk.

"Okay... Tolong apa?"

" Tolong belikan aku tiket ke Australia boleh?"

"Hah?!" Ash separuh menjerit dek terkejut dengan sikap El yang terburu-buru.

***

"Kau yakin ke kau boleh lupakan Ian kalau kau pegi luar negara?" Tanya Fina. El sekadar mengangguk sambil tersenyum kecil.

"Dah Nish takyah la nangis. Buruk tahu tak muka kau. Eh Lysa hingus kau dah meleleh dah tu. Ala aku pegi kejap je. 3 tahun je. Pasal syarikat aku nak korang bertiga yang urus. Kalau korang tak tahu tanya Maria" Mereka bertiga terkejut dengan berita yang menghempap kepala mereka. 3 tahun bukanlah jangka masa yang pendek.

"3 tahun?! Kau biar betul?" Tanya Ishraf pula.

"El, Ian sayangkan kau. Dia cuma ego je. Pasal Erin tu dia tipu je. Erin tu sepupu dia. Erin dah kawin dah pun. Pakej dah ada anak lagi." Ammar pula bersuara.

"Takpelah. One day he will meet someone better than me. I know Allah's plans is the perfect ones. Aku harap korang bahagia k? Cepat-cepat bagi aku anak buah. Sorry sebab aku takkan datang wedding korang." El menahan sebak di dada.

"Hm sampai hati kau. Kalau kau tak kawin, kitorang bertiga pun taknak kawin" Nish bersuara tegas.

Para lelaki sudah mengeluh. Terlepas peluang nak kawin bulan depan. Hm redha jelah.

"HAHAHA dah jangan mengarut. Aku pegi dulu. Bye" El memeluk mereka bertiga dan melambai. Perasannya bercampur baur.

KLIA 2

El bergerak ke balai pelepasan ditemani Ash. Dia hanya diam tidak bersuara. Fikirannya melayang entah ke mana. Hatinya sakit bila teringatkan Adrian.

"El! Elmyra! Tengku Raden Elmyra!" Adrian menjerit nama El sekuat hati. Dia tidak peduli tentang orang ramai yang melihatnya.

'Ya Allah... Tu Ian...' El mengusap dadanya yang berombak laju.

"El... Jangan pegi... Jangan tinggalkan aku. Aku perlukan kau. Aku dengan Erin takde hubungan apa-apa pun. Kitorang sepupu... Lagipun dia dah kawin lah. Anak pun dah ada... Kau percayakan aku kan?" Ujar Adrian tercungap-cungap mencari nafas setelah penat berlari.

"Maafkan aku Ian. Aku kena pegi" El membawa begnya lalu berlalu pergi. Adrian terduduk sambil menangis.

"Aku yakin nanti dia balik. Dia sayangkan kau cuma dia rasa dia tak layak dengan kau. Takpe kau sabar je. Oh aku dengan dia takde hubungan k... Aku sengaja je cakap macam tu haritu sebab nak sakitkan hati kau. Aku harap kau tabah dan terus setia untuk El" Adrian mengangguk lemah dan Ash berlalu pergi.

FLASHBACK

"Eh asal korang sedih ni? Muram je?" Soal Adrian pelik.

"El... Dia dah pegi... Dia dah tinggalkan kita..." Ujar Lysa tersedu-sedu.

"Hah?! Apa?! Dia pegi mana?"

"Australia" Adrian terdiam kemudian bertanya keberadaan El.

"Ah! Sekarang dia ada dekat mana?" Soal Adrian panik.

"Klia 2" Jawab Fina sayu.

Adrian bergegas keluar lalu bertolak ke lapangan terbang. Dia berdoa kepada Allah supaya El berubah hati. Dia tidak sanggup kehilangan El. Cukuplah selama ini El tidak bercakap dengannya. Akhirnya, air mata jantannya tumpah jua. Dia tidak kisah jika wajahnya buruk daripada terpaksa hilang orang yang dia sayang. Yedok?

END FLASHBACK






Enjoy!

Raden & Hendry Heirs [ H ]Where stories live. Discover now