Robin Hood

1.8K 22 0
                                    

Sudah dua kali dia terserempak dengan kejadian yang sama. Orang yang sama. Dan ini kali ke tiga, dalam tempoh satu minggu. Gadis comel dikejar apek botak berbadan gempal dan annie rambut megi bermisai lentik.

Dia tidak kenal gadis tersebut. Untuk mudahkan cerita, cukuplah dia panggil gadis itu dengan nama Melur. Kenapa Melur? Sebab gadis ini putih melepak macam bunga melur kampung emak angkatnya. Dia sangat suka bunga tu. Dah la putih bersih, comel, wangi pula. Tapi kata orang tua-tua... Hantu suka sangat kat bunga ni. Ah.... Apa dikesah bukan, sebab dia pun perangai macam hantu juga. Jadi, biarlah dia jadi peminat Si Melur ni dalam diam.

Dua kali terlihat Si Melur kena kejar, dia asyik duk teringat-ingat pada gadis putih melepak tu. Tak tahu nak cerita macam mana perasaannya, tapi dia sangat mengharapkan agar apek dan annie mengejar Si Melur lagi. Memang dia perangai hantu, kan?

Sebenarnya dia belas tengok Si Melur tu. Pecut lari lebih laju daripada kuda yang berkaki empat kena besit si penunggang. Termengah-mengah. Tetapi gadis Melur tu cerdik juga. Dia pandai cari tempat sembunyikan diri. Dua kali apek tembam dengan annie misai lentik tak dapat cari. Macam main aci sorok-sorok pun ya juga. Si kecil boleh sorok diri kat tempat-tempat sempit, si besar dan tembam tak dapat lolos diri.

Sayangnya petang ini nasib Si Gadis Melur tidak sebaik mana. Melur tertangkap. Annie misai lentik punya kuasa lari yang tinggi hari ini. Mungkin kesan meneguk jus ketum yang dibeli secara sorok-sorok dari penjual haram sekejap tadi. Kemain rakus Si Annie melanggah minuman tersebut. Ajaibnya, annie terus power giler selepas itu. Laju dia berlari meninggalkan apek yang terkedek-kedek di belakang. Dah la perut apek mengalahkan perempuan mengandung tujuh bulan. Rasanya air ketum pun tak dapat membantu apek.

Dengan kuasa baru, annie terus mengejar dan menarik tangan putih Si Melur dan mengilasnya ke belakang. Berkerut-kerut muka Si Melur menahan sakit. Melur meronta-ronta melawan. Dihentak kaki annie dengan kuat dengan kaki comelnya. Tak cukup dengan itu, diangkat lutut lalu ditala laju-laju ke arah senjatan kesayangan annie.

Terpusing-pusing jugalah Si annie tu sekejap. Tapi tangannya masi tidak lepaskan Melur. Annie geram, lalu dilempangnya sedas ke pipi mulus Si Melur.

Allah hai... Tak sampai hatinya tengok. Sanggup orang lelaki berkasar macam tu sekali pada perempuan? Gadis comel pula tu. Tak sedarkah lelaki tu yang perempuan jugalah yang beri dia kepuasan dunia? Cuba bayangkan dunia ini tanpa perempuan. Sengsara bukan, semua lelaki?

Walaupun dia perangai hantu..  Tapi bab pukul-pukul perempuan, dia cukup pantang! Perempuan ni dicipta khas oleh Tuhan special untuk lelaki. Kena hargai! Itu prinsipnya.

Ingin sangat dia menolong. Tetapi... Jika dilakukan sekarang, segala persoalan yang berlegar dalam kelapanya mustahil terjawab. Tahankan sajalah hati suci ni dulu.. Kejap lagi mungkin dia boleh hulurkan bantuan sewajarnya. Jangan Si Melur tu hancur dikerjakan tangan-tangan malaun tu jam-jam ni cukup. Tapi, sudah pasti dia takkan biarkan hingga ke tahap tu. Depan mata dia kut!

Si apek yang bernafas macam tak cukup oksigen sudah sampai di hadapan  Melur dan annie jahat tu. Menyeringai sengih Si Apek.

"Dapat juga lu.... Banyak tunjuk pandai, last lapat juga wa tangkap!" ujar apek dengan penuh bangga walaupun termengah-mengah.

"Eh.. Lu sapa hah? Apa pasal suka kacau aku?" soal Si Melur.

Owh... Rupa-rupanya Melur sendiri tak tahu kenapa dia dikejar penjahat-penjahat tu. Menarik!

"Lagi mau tanya ka sapa wa? Betoi lu talak kenai wa?" soal apek semula.

"Mana aku tahu! Lu ingat lu handsome ke aku mau kenai? Perut pun boroi ke depan lagi mau perasan orang tau lu sapa... Pui!" Garang jawapan Melur, siap acah-acah meludah.

"Hayoo.. Ini amoi talak insurans ha! Abang lu pakai wa punya duit.. Talak bayar, lu lagi mau lari-lari."

"Sapa? Abang mana?"

Buntang mata Melur bertanya. Dipegang dua tangan ke belakang oleh annie pun Melur masih berani untuk berlawan cakap. Agak luar biasa Si Melur ni. Jika gadis lain mahu dah terketar-ketar takut. Tapi Melur ni masih punya semangat juang.
I like!

"Abang satu perut lu punya emak la... Ada lain abang ka?"

Melur kasi jelingan tajam pada apek.

"Lu juling mata, lu marah jerit-jerit... Hutang abang lu tetap kena bayaq... Kalau tak..." mata apek meratah tubuh Melur yang nampak seksi pakai baju agak fit itu.

"Wa makan lu punya body la..."

"Woi, gatai punya apek!" Melur cuba melompat untuk terajang apek, tapi gagal dek tangannya kuat dipegang oleh annie.

"Diamlah!" jerkah annie pula.

"Lu cari aku punya abang la! Apa pasal aku pula kena bayar!  Bukan aku hutang lu!" bantah Melur. Nampak sangat wajahnya yang marah dan geram. Wajah putih bertukar merah macam udang kena bakar.

"Kalau abang lu mau bayaq.. Gua talak cari lu maa..."

"Berapa?" tanya Melur ringkas.

Apek tunjuk tiga jari ke atas.

"Tiga ratus?"

"Hotak lu tiga ratus!" marah annie di belakang.

Apek menyeringai sengih.

"Tiga puluh ribu. Lagi lambat bayaq... Lagi tambah"

Terkejut Melur.

"Tiga puluh ribu?"

"Ha... Satu minggu kasi tempoh... Lambat bayaq... Lu tau apa gua mau bikin. Body lu sama adik lu banyak sidap punya!" ugut apek.

Serentak dengan itu, tangan Melur dilepaskan.

"Ingat! Satu minggu saja! Tiga puluh ribu! Kalau mau lu sama adik lu selamat!"

Si annie tak lepas pandang mengungut sama. Sebelum blah dari situ bersama apek, sempat lagi annie meraba punggung Melur sekali. Terkejut sangat Si Melur.

"Bangsat!" Maki Melur, kuat. Tak rela tubuhnya disentuh tangan-tangan haram.

Melur ditinggalkan. Wajah Melur  geram, sedih dan kecewa.

"Aghrrrr!!!" jerit Melur sekuat hati selepas itu.

Kawasan itu sunyi. Tiada siapa yang dengar dan peduli dengan jeritan Melur. Melainkan rumah usang, tanah terbiar, serangga serta burung yang sekali sekala beterbangan.

Dan dia...

Dia yang masih memerhati keadaan  Si Melur...

Melur duduk di atas tanah. Muka diletak di atas lutut. Dia menangis. Melepas perasaan semahu-mahunya. Terenjut-enjut
bahu serta anggota tubuhnya yang lain.

Kasihan Si Melur. Terpaksa menanggung beban yang dibawa orang lain. Apa punya abang! Sepatutnya seorang abang menjaga adik-adik perempuannya dari bahaya. Ini terbalik. Si abang sendiri yang humban adik ke dunia neraka.

Dua hari kemudian dia langsaikan segala hutang piutang Si Melur dengan apek boroi tu. Sekeping surat sebagai ganti. Tapi dia tak kesah pun. Bukankah dia  Robin Hood versi Melayu? Siapa lagi hendak tolong orang dalam kesusahan kalau bukan dia?

Zaman ni semua orang pentingkan diri. Duit tu dah diibaratkan Tuhan. Manusia sanggup buat apa saja demi duit. Yang kaya semakin tamak dan luoa diri. Jangankan membantu, memikir pasal orang miskin pun mereka tidak sudi. Tak ada masa.

Jadi, tak salah kan dia jadi hero Malaya... Robin Hood Malaysia?

#Hantu sayang Cik JerukWhere stories live. Discover now