#HSCJ- 5

354 26 0
                                    

Dari tangga menuju ke Kafe Nyaman, mesti melalui kaunter resepsi resort. Di situ Mira dan Kina terpandang Aisy dan Airil sedang berjalan. Aisy sempat mengerling ke arah kedua-dua stafnya yang sedang terlopong.

"Mira... Itu ke mamat seluaq kecik yang nak buat tiger show tu?" tanya Kina, bisik-bisik dengan Mira.

"Ya kut... Aku pun rasa itulah orangnya, manalah aku tahu rupa dia. Kata Wazir, dia tu lelaki yang check in tengah malam buta semalam. Mana ada penginap resort ni yang nak mai masuk tengah-tengah malam macam tu. Dia ni julung-julung kali," jawab Mira, bisik juga.

"Ya Allah.... Segaknya dia, Mira. Kalau aku tau macam tu orangnya, awai-awai aku naik atas sendiri pi settle!"

Mira jeling.

"Gatal sungguh, haih. Dengan mamat miring tu pun hang sanggup. Tadi takut terketar-ketar."

"Hesy... Tak nampak macam miring pun? Elok aje jalan dengan Cik Aisy tu... Macam tak pernah gaduh pun. Dengkinya aku tengok..."

"Yalah... Aku pun konfius ni, dah macam couple pula nampak..." komen Mira.

Kina ketap bibir.

"Melepas aku... Mentang-mentang la Cik Aisy tu spesies perempuan putih melepak, tuan punya resort... Cepat aje lelaki tu sembuh dari penyakit mental. Tak lepas peluang untuk sambar!"

"Aik... Cemburu nampak?" usik Mira.

"Ha laa.." balas Si Kina ringkas.

**6***6***

Setiba di Kafe Nyaman, Airil tarik kerusi untuk Aisy duduk. Hendak tak hendak Aisy terpaksalah duduk. Nak protes pun tak boleh, sebab meja yang di pilih Airil adalah meja kecil untuk dua orang sahaja. Takkan Aisy nak pergi duduk meja lain pula, kan? Naya aje kalau Si Airil Zayyan ini tarik balik deal dia. Dibuatnya dia ungkit semula segala terhadapnya, lagi haru. Tuduhan bodoh pula tu.. Yang tak ada, diada-adakan. Bukan boleh percaya.

Bagi Aisy, dia sudah cukup terbeban dengan seribu satu masalah, dia tidak mahu menambah lagi bebanan di kepalanya. Cukuplah yang ada ni. Itupun sudah buat dadanya sesak, susah untuk bernafas. Setiap pagi, bila terjaga dari tidur, kadang-kadang dia mengeluh kenapa dia masih hidup? Rasa macam nak tidur terus, tak mahu lagi dah hadap segalah jerih hidup.

Ni... Jika dia masih berkeras, masih melangit ego terhadap di hadapan ni, berkemungkinan dia akan menambahkan lagi masalah besar yang entah apa-apa. Jadi, sebelum itu terjadi, lebih baik dia selesaikan cepat. Tak rugilah temankan manusia ni makan, paling lama pun setengah jam sahaja masa dia melayang. Reda sajalah, sebelum penyakit semakin merebak. Biar cepat masalah yang bukan masalah tu selesai. Titik. Itu saja, kan. Lepas tujuh hari, lelaki ni akan check out, goodbye. Sayonara.

Kelihatan Airil sangat selesa dengan suasana di Kafe Nyaman. Meja yang di pilih ini terletak di ruang legar luar. Menghadap laut. Angin pagi sepoi-sepoi bahasa bertiup, Nyaman.

Airil masih berdiri, memerhati sekeliling menghayati pemandangan pagi yang indah. Asyik dia menikmati udara laut yang segar. Nafas panjang ditarik dan dihembus perlahan-lahan beberapa kali. Selepas itu baru dia duduk.

Sejak tadi Aisy nemerhati segala perlakuan Airil Zayyan. Tak berkedip matanya. Susah hendak percaya yang lelaki di hadapan ini kelihatan berubah tiga ratus enam puluh darjah daripada malam dan pagi tadi. Dari seorang yang berwajah semak, serabut dan selekeh kepada wajah yang kemas, kacak, tenang dan bersih. Dari sikap dan bahasa yang kasar dan sinis bertukar kepada cool dan gentleman.

Huh... Drama apakah sedang berlaku? Dalam Aisy merasa takjub, masih ada perasaan waswas serta syak wasangka. Maklum, sudah kerapkali dia ditipu para lelaki.

#Hantu sayang Cik JerukWhere stories live. Discover now