#HSCJ- 1

554 18 2
                                    

Pukul satu pagi. Aisy bercekak pinggang di hadapan kaunter resepsi. Mata melilau mencari pekerjanya yang hilang. Entah ke mana melesap. Macam inilah setiap malam. Sesuka hati saja dia orang ni mengular. Kena rajin buat spot check... Jika tidak, sampai ke siang kaunter ni tak bertunggu. Seorang pekerja memang sentiasa ditugaskan di sini untuk shif malam.

Ngerrr..... Ngerrr..... Ngerrr....

Dia terpegun. Bunyi pelik kedengaran. Mula-mula perlahan, semakin lama semakin kuat. Macam bunyi kucing jantan bergaduh rebutkan kucing betina pun ada.

Ngerrrrer.....

Uiks... Ini sudah melampau. Takkan stafnya sanggup  jaga kucing penghuni resort ni kut. Kucing tak dibenarkan berada di sini. Itu peraturan. Tak kira di dalam atau di luar bangunan.

Aisy menapak ke sisi kaunter. Di situ dia boleh nampak siapakah empunya bunyi-bunyian penuh irama itu.

Kucing? Ular? Harimau? Isk...

Satu tubuh berbungkuskan selimut putih sedang enak mengerekot di atas lantai bawah kaunter. Perlahan-lahan Aisy menarik kain selimut tersebut.

"Wazir..." Perlahan tapi tegas suara Aisy. Pantang dia jumpa benda mengarut macam ni.

Wazir menarik semula kain selimut kepunyaan resort yang melurut dari dadanya.

"Haih, kacau orang tidur aje..." rungutnya dengan mata masih terpejam.

"Wazir!" kali ni Aisy bertempik. Tak kuasa melayan karenah Wazir lama-lama. Sakit mata tengok. Hati lagi sakit. Kalau tersengguk atas kerusi di kaunter  dia boleh terima lagi.. Ini siap dengan selimut dan bantal bagai. Memalukan!

Spontan Wazir bangun, terus duduk diatas kerusi dan menyelubung tubuh dengan selimut putih tersebut. Sekali muka... Macam pocong pula dah, tambahan pada waktu-waktu dinihari begini.

"Wazir!" sekali lagi Aisy bertempik. Tak puas hati dengan reaksi Wazir yang terbaik itu.

Wazir terperanjat. Baru dia sedar yang berdiri di hadapannya adalah bos besar Cik Aisy! cepat-cepat dicampakkan selimut ke bawah. Kelihatan rambutnya yang serabai. Air liur di tepi mulut dia lap dengan tangan.

Naik loya Aisy melihat... Eeei, tak senonoh la budak ni.

"Errr... Errr.. Maaf, bos... Saya tak sengaja..."
Dengan muka terpisat-pisat dan tak malu dia mohon maaf.

"Tak sengaja la sangat! Yang berselubung macam mayat boleh pula?" marah Aisy, garang. Mata yang bulat ditala pada Wazir.

"Errr.... Tindakan luar sedar, bos... Tak dapat kawal dah!" masih mahu mempertahankan diri dengan alasan yang tak kukuh langsung.

"Selimut dengan bantal tu berjalan sendiri cari awak?"

Wazir terkulat-kulat. Salah dia. Mana boleh tidur macam dah mati waktu bertugas malam. Kan sudah kantoi dengan Cik Aisy! Bukan dengan sembarangan orang. Dengan Cik Aisy pemilik resort yang tergarang!

"Maaf, bos.... Maaf, saya janji tak buat lagi."Mohon Wazir dengan muka minta simpati.

"Hah, apa lagi duk jadi patung di situ? Tak reti-reti kemaskan tempat, cuci muka yang macam apek tak tidur setahun tu? Ingat... Saya bayar gaji awak untuk duty... Bukan untuk senang  lenang tidur mengeruh, tau!"

Bebel Aisy lagi, berpakej dengan tangan di pinggang dan mata yang membulat ke atas ke bawah, macam hendak telan Si Wazir.

Wazir akur. Perlahan dia melipat selimut, lalu diletak tersorok dibawah kaunter bersama bantal. Kemudian dia bergerak ke bilik air yang tidak jauh dari situ.

#Hantu sayang Cik JerukWhere stories live. Discover now