#HSCJ- 13

282 16 0
                                    


Matahari sudah terpacak di langit. Aisy masih terkebil-kebil mata, baring di atas katil. Terasa nikmat pula dapat tidur selepas membuat rayuan pada mamat hantu semalam. Sebelum tidur, dia makan ubat tahan sakit kerana sudah tak dapat menanggung denyutan. Syukur, sangat membantu tidur malamnya. Jarang dia mendapat tidur sebaik itu. Nasib baik tengah datang bulan. Jika tak, mahu sembayang subuhnya lebuh.

Aisy bangun dan duduk. Dia menggeliat, membetulkan urat-urat belakangnya. Huh... Masih terasa sengal-sengal badannya. Itulah, sebelum tu berlagak sangat dengan umi, kata dia ada tali pinggang hitam tekwando, pandai buah-buah silat bagai. Kononnya boleh jaga diri sendiri. Sekali kena pelabuh dengan abang yang tengah gian, bengkak lebam sana sini. Pengajaran, lain kali cakap tu jangan berlagak sangat! Mulut tu nak kena jaga sebelum ia dibengkak dan dilebamkan.

Terbayang kembali apa yang berlaku di rumah uminya semalam. Masa dia terkejut sebab ngigau hantu yang paksa dia kahwin, dia nampak Si Ezad sedang sibuk menyelongkar beg sandangnya di atas meja. Di dalam tu adalah sikit duit yang hendak diberi pada Mysha untuk duit belanja rumah. Mujur duit tunai resort dia dah deposit dalam bank terlebih dahulu sebelum balik rumah. Selamat la. Jika tak, lagi haru.

Dia melawan Ezad bukan kerana sayangkan duit yang ada dalam beg tu. Bukan! Tapi sebab dia sangat geram dengan perangai tak semenggah abangnya. Geram yang amat. Melampau! Sanggup buat apa saja demi nak penuhi nafsu ketagihnya. Dah macam-macam Si Ezad buat pada dia dan Mysha. Termasuk umi sekali. Tu yang dia marah sangat pada abang sendiri!

Semalam, dia bergelut sakan dengan Ezad, menarik begnya semula. Sumpah, satu sen pun dia tak mahu bagi pada Ezad. Biar abang dia tu terbaring terketar-ketar tak dapat dadah, dia rela tengok, daripada bagi muka pada si abang dan semakin merosakkan hidupnya.

Tak terjangka Aisy yang tenaga Si Ezad sangat kuat. Aisy dah dapat rebut balik beg sandangnya dari tangan Ezad, dan beg tu dia peluk kuat-kuat. Tiba-tiba Ezad melawan dan rentap semula beg tersebut dengan kasar. Aisy cuba pertahankan lagi. Sumpah dia tak mahu bagi duit yang sedikit itu untuk Ezad gunakan ke jalan yang sesat.

Aisy hendak lari masuk ke dalam bilik, tapi Ezad tarik baju lalu menolak badan Aisy ke meja. Ezad hentak-hentak muka Aisy ke meja kayu tu beberapa kali. Aisy tergamam masa kena tarik tu. Dia tak menyangka. Sepantas kilat sahaja terasa mulutnya yang comel tu kena tonyoh ke bucu meja yang kasar. Serius dia tak bersedia untuk melawan. Sakit, beb! Bukan sikit-sikit punya sakit. Kali ini dia kalah. Duit lesap, sakit pun dapat.

Itu la, lain kali jangan cakap besar....

Kutuk Mysha lemah, manja, penakut bla bla bla. Sudahnya orang yang bajet kuat inilah yang kena belasah teruk. Kasihan kau, Aisy.

Lepas dah okey sikit, umi suruh Aisy balik ke resort cepat-cepat. Umi takut Ezad datang lagi. Memang selalu macam tu. Ezad akan ulang balik rumah bila dia tahu Aisy ada. Aisy tu macam bank Ezad la. Walau Aisy tu garang macam bapak singa, Ezad tak pernah peduli. Dia tetap akan pergunakan Aisy. Ezad akan buat apa sahaja asalkan dia dapat apa yang dia nak.

Itulah sebabnya kenapa Aisy banyak habiskan masa di resort. Di sini, Ezad tak berani datang. Ramai pekerja otai kesayangan arwah abah mereka masih ada di  resort ni. Antaranya Cef Imran dan ahli keluarga Fizi. Jangan buat perkara tak senonoh di resort, pasti kena belasah dengan mereka. Ayah Fizi, Pak Cik Muiz sekelip mata akan sampai.

Mungkin Pak Cik Muiz ni ada perjanjian apa entah dengan abah Aisy dahulu, sebab itu Pak Cik Muiz sangat mengambil berat. Orang dulu-dulu kan macam-macam, tak seperti orang zaman sekarang yang dah tak peduli sangat akan kebajikan orang yang rapat. Buat hal masing-masing. Fikirkan tembolok sendiri, orang sebelah nak mati terbongkang pun tak kesah.

Ketukan di pintu bilik dengan tiba-tiba mengejutkan Aisy. Dadanya mula berdebar. Bimbang mamat hantu terus mengganggu. Jenis tak makan saman punya orang. Sangat merungsingkan. Aisy menyarungkan jubah longgar ke tubuhnya yang berpakaian baju tidur seksi dan nipis. Dah jadi tabiatnya menyeksi apabila berada di dalam bilik. Masa ni la semua sel-sel badanya nak berehat. Sebab tu dia suka ringkas. Kasi udara masuk, kihkih.. 😍

Dah siap pakai baju tutup aurat, Aisy lihat di cermin kecil di pintu. Hah, lega... Nasib baik telahannya salah. Si Mira rupa-rupanya. Tanpa banyak fikir, tangan Aisy terus pulas tombol pintu.

"Taraaa... Moga Cik Aisy cepat sembuh!" Mira menghulurkan sejambak bunga. Jambak besar. Bunga lily warna putih bersih. Harum baunya.

Aisy tergamam. Pelik pandang sarah. Dia tahu semua staf ambil berat pasal dirinya. Tapi dia orang semua taklah nak buang tabiat bagi bunga bagai kalau dia sakit sikit-sikit macam ni. Biasalah mulut dia bengkak dan muka lebam-lebam. Tubuh Aisy dah biasa jadi punching bag Ezad. Ini bukan pertama kali dia kena. Sudah berkali-kali juga, jika tak hati-hati.

Dan ucapan Mira, macam geli aje telinga dia dengar. Dia kenal staf dia. Kenal cara dan stail dia orang macam mana.

"Kamu sihat ke, Mira?" Aisy tak sambut pun jambak bunga tu. Sebaliknya buka pintu luas-luas supaya Mira boleh masuk ke dalam.

"Masuklah..."

"Errr... Sihat," jawab Mira teragak-agak sambil masuk lalu meletakkam jambak bunga di atas meja kerja Aisy.

"Saya menyampaikan kiriman dan pesanan orang, Cik Aisy. Amanah orang ni... Dan kami staf pun nak tahu juga keadaan bos.."

"Saya okey... Tak perlu kecoh-kecoh. Tapi siapa yang bagi bunga ni?" Hairan juga Aisy. Dia ada dapat bunga tapi jarang-jarang. Adalah juga perasaan teruja tu.

Aisy duduk di hujung katilnya, menghadap Mira yang tengah berdiri.

Mira senyum.

"Ada kad di situ, Cik Aisy."

Mira ambil kad yang terselit di jambak bunga lalu dihulurkan kepada Aisy.

"Dia kirim salam dengan Cik Aisy. Pesannya lagi supaya Cik Aisy jaga diri, moga cepat sembuh."

Aisy garu pelipisnya. Nak marah Si Mira ni rasa tak adil pula. Lagi pun keadaan mulutnya tak mengizinkan.

"Dia tu.... Siapa? Hantu mana?"

"Encik Airil..." jawab Mira sambil pandang bosnya. Mira tak nampak tanda-tanda bosnya akan mengamuk. Jadi, boleh la dia cakap lebih-lebih sikit.

"Dia dah check out, Cik Aisy... Baru kejap tadi. Sebab tu dia minta saya hantarkan bunga ni..."

"Owh.. Dah check out?" perlahan Aisy tanya. Ada sejenis perasaan dukacita menyelinap masuk ke hati Aisy.

"Haah... Kena pangil kerja katanya. Tak dapat sambung cuti."

Aisy angguk.

"Dia ucapkan terima kasih pada Cik Aisy. Best tinggal sini katanya. Semua tip-top. Honeymoon suite tu terbaik. Melambung-lambung dia puji," sambung Mira dengan muka bangga.

Aisy sekadar balas dengan senyuman tipis. Yalah, Mira... Melambung-lambung dia puji. Hakikat sebenar, awak dan kawan-kawan awak tak tahu, tuan punya resort aje yang tahu. Macam-macam hantu tu buat. Eloklah dia dah berambus. Jangan datang-datang lagi. Bikin hidup Aisy semakin huru-hara sahaja.

"Okey, terima kasih banyak hantar kiriman ni, Mira. Awak dah boleh pergi bertugas di kaunter. Kina ada di bawah?"

"Ya. Cik Aisy nak pesan makanan tak? Boleh saya suruh Cef Imran masakkan."

"Tak apa... Terima kasih, nanti saya oder sendiri."

Selepas Mira pergi, Aisy menyambung menungnya. Patutnya dah lega dengan pemergian mamat hantu, tetapi kenapa mesti berbahagi dengan rasa sayu? Tiba-tiba diserang rasa sunyi dan kehilangan pula.

Ceh... Apa ni, Aisy? Mudah benar terpedaya? Ingat... Jangan nak menambah kuota manusia serabut pada diri kau. Cukup-cukuplah apa yang ada. Kalau hantu tu boleh kenal apek boroi dan annie misai lentik, apa maksudnya? Faham-faham sendiri la, kan. Nanti bukan hutang Ezad saja yang kau tanggung, hutang jantan lain pun nak kena hadap juga. Apa lagi yang kau ada?

Monolog Aisy terhenti. Menyerinding bulu roma. Bukan seram pada makhluk lagi satu. Tapi takut pada hantu jelmaan manusia. Dia tak pernah dengar orang mati sebab hantu yang betul-betul, tapi selalu dengar ramai yang ditimpa bencana kerana manusia yang jadi hantu. Manusia, kalau jadi hantu, jahatnya ibarat sepuluh kuasa tiga.

#Hantu sayang Cik JerukWhere stories live. Discover now