#HSCJ- 16

300 19 0
                                    

"Untuk awak, Americano Coffee.. Untuk saya, jus segar oren campur buah markisa."

Satu muk air diletakkan di hadapan hantu Airil dan satu gelas jus diletakkan di hadapan kerusi sendiri. Aisy duduk, sementara dulang kosong diletakkan di atas kerusi yang tak berorang.

Airil ambil kesempatan memerhati setiap inci tubuh milik Aisy bersama gerak-gerinya sekali. Aisy tidak selesa, mulutnya ringan sahaja hendak mencarut, mujur kesabarannya masih meninggi. Hari ini hari dia menjamu hantu, jadi redakan sajalah. Menahan diri dari jadi pemarah. Chewah... Boleh ke, Aisy? Bukankah Aisy dan bebal tu berpisah tiada?

Dari tubuh tuan, mata beralih kepada jus di hadapan. Cantik warna jus tu. Kuning pekat. Terliur jadinya. Tanpa minta kebenaran daripada tuannya, selamba Airil capai gelas tersebut lalu disedut.

"Eeei... Jus apa ni?" Berkerut-kerut dahi hantu Airil. Pertama kali merasa.

Tanpa sedar, Aisy lepas tawa. Wajahnya memerah. Nampak gigi yang putih bersih, tersusun rapi, pipi mulus yang membukit dan mata yang mengecil.

Tergamam Airil seketika. Terkedu melihat sesuatu yang sangat luar biasa. Cantiknya dia! Waduh... Bikin imannya terus goncang!

"Markisa campur oren. Saya buat sendiri. Secret recipe. Cef Imran tak tahu. Della pun tak pandai. Sedap?" Aisy lepas tawa lagi.

"Hurm. Unik! Macam tuan yang buat juga!" Komen Airil. Baki air disedut lagi. Kali kedua ni dah tak kerut dahi dah.

Aisy jeling aje muk kopi yang tak disentuh itu. Dia tak suka kopi. Jadi dia takkan minum. Tak apalah, dia telan air liur saja. Nak mintak air lain, malas pula.

"Err... Terhabis pula!" Hantu Airil buat lawak tunjuk gelas jus yang kosong. Dia lambai pelayan yang kebetulan lalu di situ.

"Awak nak minum apa, ya? Saya belanja..." Airil senyum lebar.

"Cik Aisy suka minum jus durian belanda, bang." Adik pelayan tolong jawabkan.

"Ooo... Okey... Buatkan untuk bos satu, ya? Cepat tau!" perintah Airil. Sesuka hati dia aje mengarah.

Adik pelayan mengangguk dan segera berlalu.

Aisy jeling.

Airil sengih. Dah mula balik! The real Aisy jeruk.

"Awak dah sihat?" tanya Airil.

"Awak rabun dekat ke?" sindir Aisy. Mood protesnya sudah mari.

Dah terlanjur dikata rabun dekat, Airil pun hulurkan mukanya dekat ke arah wajah Aisy.

"Ada orang buli awak lagi?" soal Airil lagi, berbisik.

Aisy gerakkan badannya ke belakang. Kalau diikutkan perangai hantu ni, mahu dia kena cium. Percuma aje kasi kat orang. Bukan... Kasi kat hantu. Han... Tuuu....

"Siapa nak buli saya? Setahun saya awak yang duk buli saya. Aman bila awak tak ada!"

Airil senyum senget.

"Tapi hati saya pula yang tak aman bila tak dapat pandang muka jeruk awak tu. Sebab tu saya datang balik. Tak tahan! Meronta-ronta hati ni nak datang sini."

Aisy mencebik. Jus durian belanda yang baru sampai ke meja, terus disedutnya. Aman sikit rasa tekak. Sejuk sikit badan.

Baki jus terus disambar Airil dan sekali lagi dia meneguk Air Aisy. Selamba saja minum bekas Aisy. Sesuka hati buat macam minuman isteri dia. Dasar tak tahu malu!

Buntang mata Aisy pandang. Dia baru minuk sedikit. Kopi Americano dikerling. Hai... Nasiblah kau kopi!

"Wow... Sedapnya jus durian belanda ni... Komen Airil. Mata ditala pada muka Aisy yang panas.

"Patut la cantik sangat.... Rupa-rupanya suka minum jus buah."

"Pick up line awak tu tak laku kat saya. Pi jual kat perempuan lain."

"Tak apa... Saya tak putus asa.."

Ada-ada saja jawapanya, omel Aisy dalam hati. Airil dipandang bagai hendak telan tubuh lelaki tu.

"Ni berapa lama pula nak tinggal sini?" Garang macam mak tiri Bawang Putih.

"Selama-lamanya. Selagi awak ada di sini," jawab Airil bersahaja.

"Hei, seriuslah sikit... Saya ni orang business!"

"Saya seriuslah ni. Saya dah bayar Honeymoon suite tu untuk satu bulan, tau? Jadi awak jangan bimbang. Nanti sebelum habis bulan, saya bayar pula untuk bulan depan."

"Awak ni penyangak atau lanun? Tak perlu kerja?"

"Haah... Betul la tu... Penyangak boleh... Lanun pun boleh!" senyum nakal.

Aisy jeling.

"Jelingan tu yang mahal sayang oi. Tapi kalau dapat senyum macam tadi, rasa saya tak tidur dua tahun kut!"

"Kalau tak tidur sampai meninggal pun... Ada saya kesah?"

"Alaaah... Nanti-nanti gerenti you kesah. Sebut meninggal... Pun you ketar. Tak boleh hidup kalau tak ada saya..." Yakin saja Airil jawab. Sikit tak teragak-agak. Jus durian belanda yang masih berbaki dalam gelas disedut lagi, sampai habis.

Aisy dongak muka ke langit. Melihat langit Tuhan yang terbentang luas. Aman saja. Ya Allah, perasannya hantu ni. Kau berilah aku tahap kesabaran yang tinggi.

"Eeei... Meluatnya dengar..."

Hantu Airil lepas tawa.

"Kenapa nak buang duit duduk sini lama-lama? Banyak sangat ke duit awak?" Aisy masih tak puas hati selagi dia tak korek habis-habisan. Gali, Aisy... Gali!

"Banyak la..."

"Awak ni suku-sakat along ke? Bos ceti haram?"

Airil angkat kedua-dua tangan ke atas.

"Ohoho... Yang tu saya tak buat! Kerja gila tu, peras ugut orang!" sengih lagi.

"Manalah tau... Duduk-duduk saja, goyang kaki, duit banyak... Rupa-rupanya pasang kaki kat luar... Kutip duit aje."

"Hesy... Taklah. Saya lagi nak tolong orang-orang berhutang. Bukan nak tambah susah orang!"

"Habis tu, mana awak kenal apek boroi dengan  annie misai lentik tu?"

Airil gelak. Wajah serius Aisy ditenung.

"Saya kan hantu," jawabnya ringkas, tanpa rasa bersalah.

"Malas la layan awak!"

Aisy bangun hendak pergi, tapi tangannya ditarik hantu Airil. Sama-sama perasan ada mata sedang memerhati. Airil sama bangun berdiri.

Airil berbisik di telinga Aisy.

"Jangan la malas-malas. Awak masih ada hutang sarapan, lunch dan dinner dengan saya, kan?" gayanya romantik. Itu memang kepakaran dia. Sambil tu Airil buat isyarat mata bagi tahu pasal orang yang tengah skodeng dia orang.

Aisy nak juga membantah pasal hutang tu, maklumlah dia kan kaki bantah, tak terfikir pula pasal perangai Badli yang menyakitkan hati tu. Kena ajar sikit suami orang yang tak sedar diri tu. Berlagak tak ingat! Hei... Pergi meninggal la!

"Okey... Esok saya bayar," putus Aisy. Dia pun ada agenda sendiri.

"Dua hari tau!"

Aisy ketap bibir, geram. Airil buat muka hantu.
Erk...

Continue ...

#Hantu sayang Cik JerukWhere stories live. Discover now