#HSCJ- 9

297 22 1
                                    

"Aisy!"

Belakang Aisy ditepuk dari belakang. Cepat-cepat Aisy pusing. Cam sangat dengan suara perempuan tu.

Seorang perempuan tersenyum lebar padanya.

"Surprise..." Dan tangan didepang luas meminta pelukan Aisy.

Aisy pun apa lagi, tanpa buang satu saat pun terus memeluk perempuan tersebut. Kedua-duanya berpelukan dan melompat-lompat. Macam budak-budak tadika. Tak ingat dah orang keliling.

"Ya Allah.. Rindunya aku kat kau, Ca.."

"Aku pun.. Tiga bulan kat China, aku asyik ingat kau saja tau!"

"Yalah... Seksanya jiwa raga aku masa kau tak ada.."

"Hikhik... Aku tau.. Aku tau."

Sekali lagi perempuan yang bernama Caera memeluk Aisy. Masa peluk, mata Caera baru perasan ada seorang lelaki dekat mereka. Tak lepas dari memandang Aisy.

"Segaknya..." bisik Caera pada Aisy.

"Siapa? Kau dapat boyfriend apek ke kat sana?"

"Heh, bukanlah! Sapa yang nak kat aku?" balas Caera.

"Habis... siapa yang segak?"

Caera tunjuk Airil dengan muncung bibir.

Aisy mencebir.

"Hantu ni segak?"

Airil di hadapan senyum lebar. Tahu yang kawan Aisy puji dia kacak, dan nampak dengan tenang dan nyata yang Aisy cuba menafikan.

"Kawan awak tu takkan mengaku yang saya ni segak. Dia ego orangnya. Jarang puji orang.." sampuk Airil. Bersahaja kata-katanya.

"Memang... Tapi jangan bimbang, nanti dia akan bagi tahu saya juga." Caera gelak.

"Eh macam nak makan berdua aje, aku kacau ke?"

"Taklah... Duduklah sini." Aisy tarik kerusi untuk Caera.

"Nanti aku oder special untuk kau."

Caera duduk. Tapi dia waswas juga dengan lelaki di hadapan.

"Boleh ya abang, saya join sekali?"

"Boleh aje..." Aisy tolong jawab dengan pantas. Selamba dia aje.

Airil pandang Aisy semacam. Rupa Airil tak puas hati.

"Boleh kan, bang?" tanya Caera sekali lagi.

Airil angguk perlahan. Tapi lepas tu dia kerling Aisy. Adalah tu agenda dia seterusnya, gumam hati Aisy.

"Aku nak makan mi laksa ketam la, beb... Tiga bulan aku terlioq duk ingat."

"Okey... Aku suruh cef buat spesial untuk kau, ya? Kesian kau... Kurus keding dah aku tengok."

"Ha la... Kat sana aku tak lalu makan la, beb.." Caera sendeng mukanya ke bahu Aisy. Manja.

Airil perhati sahaja kelakuan mereka.

Aisy sibuk melayan Caera itu ini. Layan makan minum, layan sembang, macam-macamlah! Airil kelihatan tak dipedulikan. Tapi Airil buat muka selamba sahaja. Buat macam tak kesah. Airil makan sikit-sikit saja. Lepas makan, dia minum kopi panas kesukaannya.

Lunch date ni pun kerana Airil yang paksa. Sebagai bayar upah dia baiki bot enjin bot laju. Heh... Ada tiga kali sesi bayaran sebenarnya. Sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Aisy kena layan.

Mulanya Aisy tarik nafas lega la sebab Airil tak mintak bayar mahal-mahal. Manalah tahu kan, perangai Airil tu bukan boleh di jangka. Macam tuduhan duit hilang tu.. Sesuka hati dia aje. Aisy ni bukan ada banyak duit nak cover benda yang bukan-bukan.

Tapi bila mengenangkan tiga kali kena layan Airil ni, berdua-duan makan, Aisy rasa ngeri pula. Mujur tengah hari ini Caera, kawan baiknya muncul sebagai penyelamat. Jika tak... Alangkah bosannya dia untuk habiskan masa berdua-duaan dengan lelaki ini. Dia tak ada modal untuk cakap yang baik-baik. Untuk gaduh-gaduh, banyaklah modalnya.

Di mata Airil, dua perempuan ni over la. Cakap sikit lentok manja ke bahu. Lepas tu laga-laga pipi. Peluk-peluk berpuluh kali. Cemburu pula rasa. Airil mulalah nak prasangka sesuatu.

"Hurm... You alls berdua ni..."

Airil dekatkan jari telunjuk dan jari hantu, jari lain lipat.

Aisy angkat kening isyarat tanya. Muka dia yang ceria bersama Caera dengan tiba-tiba bertukar serius.

"Apa tu, abang?" tanya Caera, tak faham.

"Lesbian?" Airil straight to the point.

"Hei, mana ada?!" terjerit Caera.

"She's my forever friend la, abang... Kami ni kembaq lain emak, lain bapa, berpisah tiada."

Kala itu, Aisy pandang Airil rupa macam nak kerat-kerat lapan belas tubuh lelaki itu. Airil cantum dua tangan ke atas mohon ampun pada Aisy.

Ha, tahu pun takut!

"Kami belum miring lagi nak buat semua benda luar alam tu!" ujar Aisy serius.

Caera ketawa.

"Apalah abang ni... Fikir yang tidak-tidak!" Caera pandang Airil. Dia asyik perasan yang lelaki ni tak sudah-sudah merenung kawan baiknya itu. Semacam aje caranya. Ada apa-apa yang dia tak tahu ke? Yalah, dia kan tiga bulan di China.

"Lupa tanyalah. Abang ni nampak rapat aje dengan Aisy. Dah..." Caera dekatkan dua jari telunjuk kiri dan kanan.

"Apa tu?" Giliran Airil pula tanya.

"Couple la.."

"Heh... Mengarut!" jerit Aisy, sambil cepuk lengan Caera. Geram dia dengan soalan Caera yang tiba-tiba tu.

Airil maintain senyum.

"Caera tak tanya awak la. Dia tanya saya..."

"Betul! betul!" Caera sokong Airil.

"Betul ke, abang?"

Airil angguk.

"Hei... Siapa yang couple dengan awak? Jangan perasan boleh?" Aisy jegil mata pada Airil, sambul bangun berdiri. Mujur tak ada tetamu lain di sekeliling mereka. Jadi, kelakuan sumbang Aisy taklah nampak sangat di mata penginap resortnya.

"Suka hati saya lah. Saya punya hati, sayalah control nak suka siapa-siapa pun.." balas Airil selamba. Dia pandang Caera.

"Kan, Ca?“

Caera senyum dan angguk.

"Ca!" lengan Caera jadi mangsa lagi.

Lepas tu, kelam-kabut Aisy heret Caera pergi dari situ.

"Nice to meet you, Caera," ujar Airil sebelum kedua-dua gadis tu menjauh.

"Sayang... Lunch hari ni saya tak kira tau!" jeritnya lagi, khas untuk Aisy.

Caera pandang muka Aisy. Gelak.
😂😂😂

Kali chapter pendek ja.. Sbb x bnyk vote and comment..
Sob sob sob 😢😢😢

#Hantu sayang Cik JerukWhere stories live. Discover now