#HSCJ- 19

322 20 2
                                    

"Tolonglah..... Saya tak mahu panjangkan benda ni. Tak payah pergi hospital. Saya tak mahu dakwa lelaki jahanam tu," rayu Aisy buat kali ke berapa entah.

Airil kasi jelingan tajam. Aisy nampak dari cermin pandang belakang kereta Toyota Hilux yang dipandu hantu tu. Entah dari mana dia dapat kereta ni, Aisy tak tahu. Tak kuasa nak ambil tahu dalam saat-saat macam ni.

"Awak jangan nak mengada-ada. Ikut arahan saya!" tegas suara Airil. Pakej dengan raut wajahnya yang serius.

"Ikut sajalah, beb... Dah nama pun lelaki jahanam, mana boleh kita lepaih dia," ujar Caera yang duduk di sebelah Aisy di atas kerusi penumpang belakang. Caera kelam-kabut kejar feri untuk ke pulau pagi tadi apabila mendapat panggilan Airil.

"Aku tak mahu kes ni jadi viral, nanti nama Resort Abah tercemar, reputasi jatuh. Siapa yang nak datang sini lagi, Ca? Aku nak bayar gaji staf dengan apa? Aku tak fikir diri aku seorang... Tapi aku fikir mulut anak-anak pekerja aku, kalau resort aku tu dah bankrap, mana dia orang nak cari rezeki... Bukan mudah nak dapat kerja sekarang ni..."

Caera sama dengan Airil menjeling pada Aisy. Fikiran dia orang sama. Perempuan seorang ni tak tahu erti takut dan trauma ke? Bukan sikit dia kena subuh tadi. Hampir, tau! Hampir sangat-sangat. Tapi tengoklah...
Sikitpun dia tak menangis. Kalau perempuan lain dah meraung-raung sepanjang jalan. Kental sungguh jiwa dia.

"Tapi kan, Aisy... Kalau kau lepaskan dia macam tu saja, tak mustahil dia akan datang semula dan kerjakan kau lagi. Kaw-kaw pu...."

Aisy menutup mulut Caera. Tak sanggup dia dengar kata-kata dari imaginasi Caera seterusnya.

Si Airil pandang cermin pandang belakang. Matanya bersambung dengan Aisy. Cepat-cepat Aisy larikan pandangan.

"Awak ada fikir tak... Kalau awak tak sumbat dia dalam lokap, tak bagi pengajaran, nanti senang-senang dia akan buat pada gadis lain? Sebab apa? Sebab awaklah! Awak yang bagi galakan pada dia untuk buat benda terkutuk tu!" Airil membantu Caera Membebel.

"Mana ada?!" bantah Aisy.

"Tak pasal-pasal saya yang disalahkan. Saya ni mangsa tau tak!"

"Dah tau mangsa... Yang nak pi simpan pemangsa tu buat apa? Ke ada hati lagi kat orang macam tu? Patutnya tadi saya biarkan saja ya..."

Amboi, pedasnya bahasa...

Caera angkat kening pada Aisy. Sengih. Memang kena sangat dua orang ni. Macam buku bertemu ruas. Yang seorang selamba gila, yang seorang lagi degil nak mampus!

"Mengungkit!" bidas Aisy sepatah.

"Taklah mengungkit... Tapi kalau awak tak sayang diri awak tu, saya tolong sayangkan. Saya boleh jaga tubuh badan awak tu elok-elok. Saya takkan bagi jantan lain sentuh. Pandang pun saya marah, apatah lagi nak pegang-pegang. Harap awak faham!"

Lepas habis cakap, Airil perhati reaksi Aisy melalui cermin. Sikit pun tak terkesan. Cik jeruk tu relaks saja melihat ke luar cermin kereta. Macam tak nak dengar apa yang Airil cakap. Yang tersengih-sengih suka adalah Si Caera. Asyik mengangkat kening cuba menarik perhatian si sahabat. Sedangkan si kawan buat tak tahu aje.

"Hai, untungnya..." ujar Caera. Tangan pun sama berjalan dengan mulut. Dicubit paha Aisy supaya jangan buat perangai degil.

"Hesy.... Sakitlah!" Aisy merengus. Tangan Caera yang merayap dipahanya ditolak.

"Untung apanya?" tanyanya pada Caera dengan muka masam.

Caera senyum-senyum simpul. Rupa gatal gitu.

"Ada orang sayang..." balas Caera. Tak teragak-agak dah turun kata.

Aisy menjeling Caera. Caera ni memang sengal tau. Kadang-kadang nak marah sangat pun tak sampai hati. Dah memang perangai kawan dia macam tu. Kalau orang tak faham baru kenal mesti kata dia gedik,, gatal nak kahwin. Sebenarnya tak. Semula jadinya dia memang macam tu.

#Hantu sayang Cik JerukWhere stories live. Discover now