#HSCJ- 12

283 14 0
                                    

Dia berjalan dari satu bilik ke satu bilik di tingkat bawah resort. Memeriksa balkoni di setiap bilik. Mencari balkoni yang penuh dengan pokok melur kampung. Itu kata Fizi. Budak bertuah tu sikit pun tak mahu bekerjasama memberikan nombor bilik perempuan muka jeruk tu pada dia. Sama juga dengan budak-budak di kaunter hadapan.

Rupa-rupanya dia orang kena ikut produser. Tak boleh beritahu guest nombor bilik bos besar dia orang. Yalah... Bos dia orang pun ada privasi juga. Lepas bodek, bagi tip bagai, barulah Si Fizi tu nak kasi klu.

"Abang carilah balkoni bawah yang penuh dengan pokok bunga melur. Bilik-bilik lain semua tak ada. Bilik tu satu aje ada. Berderet pasu-pasu pokok bunga.  Yang lain saya tak dapat la bagi tau. Pandai-pandailah abang. Tapi... Kalau saya dengar abang buat benda tak senonoh pada bos saya... Jaga abang! Sampai ke lubang cacing saya cari. Saya sanggup buat apa saja untuk Cik Aisy! Keluarga saya orang jati pulau ni.. Dan keluarga Cik Aisy tu macam tuan kami dari dahulu kala. Saya tak akan biar orang buat bukan-bukan pada dia orang."

Amboi! Panjang lebar Fizi beri amaran. Siap keluar sejarah silam tujuh keturunan. Tebal dia tadah telinga. Jika tak kerana tubuh Fizi yang tak sampai empat puluh kilogram tu, mahu dia ketar juga. Dengan mata, ekspresi muka yang garang dan serius, cukup lengkap Fizi memberi ingatan. Sayang bebenar Si Fizi pada bos cik jeruk tu.

Dan dia? Kenapa pula macam orang gila mencari bilik perempuan jeruk tu? Dari satu balkoni ke satu balkoni dia jenguk. Macam orang bodoh. Padahal dia tak gemar dengan kerja-kerja kurang bijak macam ni. Dan bukan level dia mengendap bilik atau rumah orang.

Dia orang information technology. Kerjanya ketuk-ketuk papan kekunci. Kepalanya penuh dengan term-term informasi maklumat. Tak ada masa dia nak cek satu per satu bilik di resort peranginan ni secara manual. Anehnya, kerana perempuan muka jeruk, dia sanggup buat benda merepek ni. Rela tinggalkan semua kerjanya walaupun deadline sudah memanggil-manggil.

Sekian lama menapak, tak miss satu bilik pun, masih tak jumpa balkoni sepertimana yang disebut Fizi. Jangan kata dia tak tahu macam mana pokok bunga melur, segala-gala pasal pokok ni dia pakar, tau? Malah dia lebih kenal pokok ni dari segala pokok melata di bumi Tuhan ni. Sebabnya... Nantilah cerita. Sekarang dia begitu sibuk cari balkoni yang ada pasu-pasu bunga melur. Lebih sibuk dari Donald Trump kut.

Masalahnya sekarang tak jumpa-jumpa lagi. Ke Si Fizi tak cukup makan tu temberang dia? Dah loghat sangat, paksa-paksa budak tu bagi tahu... Dia bagi tahu la, kan. Tak kesah la betul ke  tidak. Jadi nak salahkan siapa?

Jalan punya jalan, dah sampai ke bilik paling hujung sekali. Rongga hidungnya tiba-tiba terhidu bau yang sangat disenanginya. Bau bunga melur! Tabiat bunga ni... Pada waktu malam baunya lagi kuat berbanding waktu siang. Sebab tu ada orang kata melur ni bunga hantu. Hurm... Hantu pun hantulah! Ada dia kesah?

Ternyata Fizi tak bohong. Di balkoni bilik hujung itu penuh dengan pasu-pasu. Rupa-rupanya kat hujung ni. Kalau dia tahu di sini, taklah dia mulakan dari hujung belah sana. Garu kepala dia. Ngok betul. Hujung ni saja!

Okey... Sekarang misi mengacau bermula. Ada cahaya dalam bilik. Bermakna lampu dibuka. Erti lain, ada penghuni di dalamnya. Maksud lain, tuan puteri muka jeruk tu dah balik! Puas dia mencari seharian. Melesap macam tu saja, sikit pun tak bagi tahu.

Pap!

Batu kecil dibaling ke cermin pintu gelangsar. Tunggu sekejap. Tak ada apa-apa reaksi daripada cik jeruk di dalam. Dia kutip lagi batu-batu di tanah. Heh, terlintas pula rukun haji, melontar Jamrah. Dia belum jejak kaki ke Mekah. Belum sampai seru. Maklumlah, hantu... Lambatlah agaknya nak capai hidayah.

Mak Jiah... Emak angkatnya yang rajin bercerita pasal Mekah dan Madinah. Cerita kesukaan Mak Jiah. Ulang-ulang macam siaran Asteruk. Dia tadah telinga saja dengar. Bukan kena bayar pun. Asalkan Mak Jiah bahagia, tak kesah. Bukannya satu hari satu malam Mak Jiah paksa dia dengar.

#Hantu sayang Cik JerukWhere stories live. Discover now