#HSCJ- 25

770 27 7
                                    

Sebab utama kenapa Aisy jarang bawa uminya ke resort adalah keadaan umi yang lumpuh separuh badan. Umi hanya mampu duduk di kerusi roda. Tak mudah juga untuk Aisy menguruskan perjalanan umi ke sana. Yalah, kemudahan untuk orang kurang upaya ke pulau ini belum lagi mencapai tahap yang memuaskan.

Namun, kali ini Aisy terpaksa juga bawa umi balik resort. Keadaan Mysha kurang stabil dan Aisy tak harap Mysha boleh jaga umi dengan baik. Dan yang lebih membimbangkan adalah tentang keselamatan umi dan Mysha jika ditinggalkan bersendirian. Bila-bila masa mereka akan diserang semula. Ezad semakin melampau. Sudah tak ada perikemanusiaan.

Susah tak susah, payah tak payah, Aisy terpaksa juga menyorong umi dan mengheret Mysha untuk dibawa tinggal di pulau. Dengan beg-beg pakaian dan keperluan lagi. Hurm.. Nak tak hendak, dia kena kuat dan tangkas. Fizikal dan mental. Fizi sudah berjanji akan menunggu di jeti pulau. Makanya dia tak bimbang sangat apabila tiba di sebelah sana. Di sini terpaksalah dia uruskan sendiri.

Masalahnya Mysha trauma gila. Dia macam jadi gadis dungu gitu. Setiap perkara kena disuruh baru buat. Gosok gigi, mandi, pakai baju pun Aisy kena suruh Mysha buat.  Jadi susah jugalah Aisy nak mengawal dua orang hingga lepas ke pulau sana. Bukan tak ada orang sekeliling yang sudi menolong. Ada. Pasti ada. Tetapi Aisy tidak mahu mengharap pada orang yang kurang dikenali. Kurang percaya. Nak pula Mysha tu comel lote orangnya😍. Ramai yang nak ambil kesempatan.

Biarlah dia susah dan payah sikit. Tak mengapa. Dia akan usahakan sendiri...

Perlahan pintu rumah dibuka. Untuk melihat sama ada teksi yang dipanggil sudah sampai ke belum. Akan tetapi lain pula yang Aisy lihat. Ada seorang lelaki sedang memerhatinya dari jauh. Di luar pagar berdirinya. Tersenyum-senyum.

"Dah siap?" tanya lelaki itu dengan suara jantanya. Gurau dan berkarisma, walaupun dua perkataan. Dia ni memang tergolong jenis orang yang punya keyakinan tahap tinggi. Sempat lagi Aisy membuat penilaian attitude orang.

Aisy buka pagar mangga pagar. Lelaki tu tolong tolak pagar. Buka luas-luas. Kemudian dia bergegas ke kereta yang diparkir tidak jauh dari situ. Terus gerakkan kereta masuk ke porch rumah. Selamba aje dia. Macam dah biasa dengan rumah ni.

Tak terkata apa Aisy.  Hanya dapat memandang dan membiarkan. No harm, kata orang putih. Ya betul, tak merbahayakan. Jadi, kenapa nak kecoh-kecoh? Owh ya, dua tiga hari ni dia rasa penat. Jadi, tenaga dia untuk bergaduh tu dah menghampiri zero. Yakanlah sahaja niat murni Abang Hantu tu. Aisy menutup pagar semula. Dan lelaki itu tergesa-gesa turun kereta untuk membantu.

Umi sudah kenal Airil. Di hospital tiga hari lepas. Sejak hari itu, setiap hari Airil pergi melawat umi di waktu siang. Melawat Mysha sekali la. Melawat Aisy? Yang ini tak tahu melawat ke atau mengurat. 😂

Rupa-rupanya Si Abang Hantu ni bukan saja pandai melayan budak-budak resort supaya suka kepadanya, dia juga pandai tarik perhatian umi. Tiga hari bersama umi, buat umi seolah-olah lupa yang dia ada anak sendiri. Umi ni, pantang dilayan mesra sikit, mulalah dia buat-buat lupa realiti sebenar.

Pujian pada Airil melambung-lambung. Pejam celik, pejam celik mata Aisy dengar. Nak dibantah karang, terluka hati umi. Maka biarkan saja umi berbicara. Sekadar menadah telinga apalah sangat, kan? Jika itu yang buat umi bahagia, Aisy yakan sahaja.

Sebenarnya Aisy sendiri keliru dengan kemunculan Airil dalam kehidupannya. Tiba-tiba sahaja lelaki ini muncul dan mengambil tempat dalam hati semua orang di sekelilingnya. Dan kini isi pula ruang hati umi Aisy. Apakah petandanya?

Sedangkan Aisy masih blur. Masih waswas, walaupun ruang hati sudah mula terbuka sedikit demi sedikit.

"Hei... Kata nak kejar feri awal... Masih tercegat di situ kenapa?"

Aisy dikejutkan dengan suara Airil. Lelaki ini betul-betul berada di hadapanya. Mengawang-gawang tangan, mengejutkan Aisy daripada lamunan.

"Terhenti lamunan... Ku dikejutkan.. Kau dipimpin pergi oleh seseorang..."

Airil siap nyanyi lagi. Perlilah tu. Aisy merungut dalam hati. Tak kuasa dia nak lebih-lebih layan. Aisy masuk ke dalam rumah semula. Kejap kemudian dia patah balik.

"Awak datang sini buat apa?"

Airil sengih.

"Baru ingat nak tanya ke?"

"Haah.. Baru tersedar daripada lamunan..." balas Aisy selamba.

"Jangan bimbang, saya tak akan ditarik pergi oleh sesiapa pun, melainkan awak."

Aisy mencebik.

"Nak tolong awak bawa umi balik sana la. Semalam kan awak ada bagi tahu saya nak bawa umi dan Mysha balik resort.."

"Eh, saya tak kata nak mintak tolong awak pun?"

"Ya, saya tahu. Saya yang tergedik-gedik datang nak tolong. Nak buat baik pun awak marah-marah."

"Mana ada marah... Tanya aje."

Aisy masuk balik ke dalam rumah. Tutup pintu. Tak pelawa Airil masuk sekali. Dibiar aje lelaki tu duduk luar. Melopong Airil di muka pintu. Aisy terus masuk ke bilik umi.

"Dah sampai dia?" tanya umi pada Aisy.

Aisy kerut dahi pandang uminya yang sudah sedia duduk di atas kerusi roda.

"Siapa, umi?"

"Airil la... Dia janji dengan umi semalam, nak pergi pulau sama-sama."

Ooo...

Termuncung-muncung mulut Aisy macam sebut huruf O. Baru faham. Rupanya ada pra perjanjian sesama dia orang yang dia tak tahu. Kenapalah tak terfikir? Itulah salah satu sebab kenapa umi mudah aje setuju hendak ikut. Jika tak, umi tu payah nak balik resort. Umi lebih suka tinggal di rumah ni. Sebab anak lelaki kesayangan boleh balik. Balik bawa sedih, bukan balik untuk gembirakan hati umi.

Kadang-kadang Aisy sangat tak memahami perasaan seorang ibu. Anak yang jahat macam tu pun, umi masih nak menaruh kasih sayang lagi. Nak belai, nak tengok, nak rindu. Bagi Aisy, mendengar Ezad saja pun, bulu romanya sudah merinding. Betapa dia dah tak boleh ngam dengan abang kandungnya tu, walaupun sekadar nama. Stres sampai ke saraf tunjang bila mengingati nama Ezad.

"Dia dah sampai, umi"

Muka umi jadi berseri-seri. Aisy perasan sangat. Alahai, umi... Macam kasih sayang Aisy dengan Mysha tak cukup. Nak lagi menagih kasih dengan anak orang.

"Kalau macam tu, tolak la umi jumpa dia. Umi kan dah siap."

Aisy angguk. Kerusi roda dia tolak hingga ke luar pintu rumah. Di situ dia jumpa lelaki yang umi tak sabar-sabar nak jumpa tu.

"Assalamualaikum, umi.."

Abang Hantu senyum lebar pandang umi. Begitu juga dengan umi. Gelagat dia orang ni macam dah lama kenal. Saja nak tunjuk serasi sangat di hadapan Aisy. Sikit-sikit tu Aisy cemburu la juga.

Hilang kata-kata Aisy bila lihat abang hantu cempung tubuh umi dari jeti, masuk ke dalam feri dan diletakkan umi perlahan di atas kerusi. Kelihatan kerja yang dilakukan lelaki itu nampak mudah sahaja. Tidak nampak kekok dan kaku di mana-mana. Selamba dan natural saja caranya.

Terharu pun ya juga. Itulah yang Aisy rasa. Dari pandangan mata Mysha, Aisy rasa adiknya juga berperasaan yang sama. Nampak Mysha yang memandang Airil dam umi dengan pandangan sayu.

Sedih beb! Sejak umi lumpuh beberapa tahun lalu, tak ada seorang lelaki pun yang sudi layan umi sebaik itu.  Anak kesayangan umi seorang tu, jangan diangan la. Jika balik rumah, tak buat umi menitis air mata pun dah dikira bersyukur sangat.

Hari ini umi seperti mendapat kasih sayang daripada seorang anak lelaki. Tidak nampak janggal kat mana-mana layanan Airil terhadap umi. Pandai dia melayan orang tua. Nampak ikhlas dan penuh lasih sayang. Penuh hormat. Seperti seorang anak yang baik melayan ibunya.

Haa macam mana Aisy? Bertambah tak markah untuk Airil ?😏

Hurrmm....



👉🐤👉🐤👉🐤👉🐤👉

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 09, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

#Hantu sayang Cik JerukWhere stories live. Discover now