#HSCJ- 18

307 17 0
                                    

Malamnya Airil tersengih-sengih seorang di atas katil. Sungguh dia tak dapat buat kerja. Kepalanya kosong. Rutin hariannya telah terganggu. Yang ada hanyalah sepicing senyuman cik jeruk yang dia dapat petang tadi. Sumpah dia tak dapat lupa. Cik jeruk tu mana pernah bagi dia senyuman yang manis begitu.  Sangat menggoncang rasa hingga ke jiwa lelakinya.

Cuba bayangkan, cik jeruk yang selalu bengkeng dan bengis terhadapnya pun, dia boleh tersuka tanpa sengaja, boleh tergila-gila, inikan pula bila dapat senyuman. Suka gila, beb... Masih duk terbayang-bayang bibir mungil dan pipi kemerah-merahan. Huh! Susah nak cerita perasaan tu.

Hesy... Rindu pula. Tiba-tiba dia melompat turun dari katil, capai jaket dalam almari, sarung ke badan dan keluar bilik. Misi? Mencari balkoni yang penuh dengan pokok bunga melur. Tak kiralah pukul satu malam sekalipun. Dah orang tak boleh buat kerja sebab asyik teringat senyuman mahal tuan bunga melur kat bawah.

Pap!

Cermin pintu gelangsar kena baling dengan batu. Tidak ada apa-apa berlaku selepas itu. Kecewa. Dapat dengar suara pun jadi la. Buat penawar bagi semangat.

Pap! Pap!

Dua biji batu kecil mendarat lagi.

Tetiba telefon dalam kocek bajunya berbunyi. Dia keluarkan dan tengok skrin. Panggilan dari nombor baru. Hurm.. Pelik juga, gesel sajalah. Manalah tahu ada rezeki.

"Helo..."

"Hantu! Boleh tak jangan ganggu waktu-waktu ni? Esok pagi la sarapan! Sekarang waktu tidur saya!"

Macam nak pecah telefon ni. Kuatnya suara cik jeruk memekik kat telefon. Bergegar. Serius. Tak gelak ni. Rasa nak pecah gegendang telinga dia.

"Okey... Okey... Hantu terima mesej. Hantu faham. Pagi esok janji sarapan sama abang hantu, ya? Jangan lupa. Bye, sayang. Sweet dream..." balas Airil lembut.

Talian diputuskan oleh cik jeruk terlebih dahulu.

Ingat dia kesah! Terpekik, terlolong macam mana pun, hati hantu tidak akan berubah!

------------

Bertalu-talu pintu bilik Aisy diketuk oleh tangan seseorang. Dia dah tahu tangan siapa punya angkara. Jam di atas meja dikerling. Awal lagi kut. Aisy baru selesai sembayang subuh. Masih bertelekung lagi. Doa pun belum habis baca. Baru sekerat jalan.

Biasa selepas subuh, dia berzikir dan berdoa panjang-panjang. Yalah... Banyak tempat nak sedekah. Kat semua orang. Terutama untuk arwah abah, untuk umi, untuk Mysha kesayangan tu dan tak lupa untuk diri sendiri. Untuk Abang Ezad pun dia tak pernah lupa. Supaya Abang Ezad kembali ke pangkal jalan.

Inilah padah jika hantu tu tahu di mana biliknya. Bila-bila masa dia akan datang menerjah. Tak kira waktu. Tengah malam, pagi-pagi buta... Eh, ikut suka hati dialah! Dimarah, dijerit pun tak makan saman. Macam malam semalam, sampai nak pecah anak tekak Aisy jerit, tak terkesan pun pada Airil. Selamba aje dia jawab. Tup-tup subuh bening dia dah ada depan pintu. Nampak tak dilema Aisy dengan manusia hantu ni? Stres tau!

Tak kuasa Aisy layan. Ketuk la sampai kematu tangan pun, dia tak akan buka pintu sehinggalah masa untuk dia keluar pergi sarapan. Ajar sikit si hantu supaya cerdik menggunakan jam manusia. Asyik guna jam hantu aje, mana tahan. Waktu malam dan waktu gelap ni manusia jarang merayap kalau tak terpaksa. Hantu aje suka. Nampak sangat disiplin hantu yang out gila. Asal malam aje nak buat hal. Asal gelap aje nak kacau orang.

Pintu masih diketuk-ketuk. Berhenti kejap, ketuk, berhenti kejap ketuk balik. Taklah bertalu-talu sangat macam mula-mula tadi. Agaknya takut mengganggu penginap di bilik berdekatan. Tahu pun berfikir. Ingatkan hantu tak ada otak.

#Hantu sayang Cik JerukWhere stories live. Discover now