#HSCJ- 10

362 18 2
                                    

Aisy pandang Caera dengan rupa geram. Tak habis-habis lagi Caera duk gelakkan dia. Tak rasa kelakar kat mana-mana pun sehingga boleh buat Caera begitu terhibur sekali. Cerita Aisy cerita serius, kisah benci dan menyampah! Tak ada sangkut benda lucu. Bukan bahan rekaan pelawak Sepahtu.

"Sejak jumpa lelaki tu hang pun jadi miring sama ke, Ca? Dari tadi duk sengih, gelak, sengih, gelak... Rimas aku tau! Aku dah la banyak story nak cerita kat hang..."

Caera gelak lagi.

"Dah-dah la tu, beb.. Aku ni dah la lama tak jumpa hang. Tak dak sapa aku nak meluah segala masalah kat jiwa ni.. Dah macam nak sewel rasanya pendam semua sorang-sorang."

Caera hempas tubuhnya ke atas tilam, di sebelah Aisy baring. Kuat. Beringgut katil kayu lama tu. Aisy menjeling, pura-pura marah. Caera ni nama aje kurus keding, tapi tulangnya berat. Padu. Kalau pukul orang sikit aje pun Caera ketuk, sakit yang amat.

"Sorry la, beb... Aku bukan saja-saja nak gelak, tapi aku rasa, aku suka la kat mamat tu. Macam sesuai ja dengan hang. Tak macam jantan-jantan yang cuba duk tackle hang sebelum-sebelum ni.."

"Ceh... Otak hang ni Ca, macam dah kena pukau lelaki miring tu... Hang tak nampak ka dia tu lebih kurang ja?"

Caera geleng laju.

"Tak la, beb.. Aku nampak kat mata dia.."

"Kenapa mata dia?" tanya Aisy, sekali mata-mata dia membulat.

"Bersinar-sinar bila pandang hang! Macam ada pancaran cinta gitu."

Aisy gerakkan badan, buat aksi geli-geleman.

"Eeei... Geli aku dengaq, Ca... Sekadar mata bersinar-sinar tu tak buktikan apa-apa la, Ca. Hang  tok sah nak temberang aku sangat la. Macam aku nak percaya pada teori cinta pelesu hang tu..."

"Hesy... Hang tu tak tau, beb. Kalau mata bersinaq pandang kita, bermakna rasa cinta dia tu ikhlas. Macam mata  bapak kita pandang emak kita la, kan... Ikhlas ja... Sampai kita tua bangka ni, depa tetap duk berkasih sayang."

"Ya ke?" Berkerut-kerut dahi Aisy. Pakej dengan bibir seksinya yang termuncung-muncung. Masih blur.

"Susah la aku nak terima teori mata bersinaq hang ni. Annei misai lentik tu, mata dia bersinaq-sinaq juga pandang aku.  Lepas tu sedap ja dia raba buntut aku ni... Kat mana letak ikhlasnya?"

Terburai gelak Caera. Sampai keluar air matanya.

"Gelak la, Ca... Gelak. Kena kat diri hang baru hang tau. Rasa tercabul, trauma, semua ada. Puas aku teriak memalam. Siap mimpi-mimpi ngeri, ngigau lagi. Tak dak sapa aku nak cerita masalah aku ni... Hang tak dak masa tiga bulan tu... Seksa sangat  aku rasa." lirih suara Aisy mencurahkan perasaan terpendamnya.

Caera pun dengan serta-merta tangkap syahdu. Sedih dengar luahan sahabatnya. Memang sudah maklum yang Aisy ni selalu kena kejar dengan macam-macam jenis along meminta hutang. Lepas satu... Satu. Boleh kata, memang tak aman la hidup Aisy ni sejak tiga empat tahun ni. Caera nak bantu lebih-lebih pun tak mampu.

Caera bukan asal keturunan orang ada-ada. Dia berasal daripada keluarga orang mahrain sahaja. Ada tak ada, duit gajinya sahaja satu keluarga kongsi mkan dan buat belanja. Aisy jauh beratus lagi kaya daripadanya. Malang sekali, Aisy ada abang yang tak berjenis. Pandai berhutang tapi bab bayar hutang, bodoh. Mati tak mahu, hidup menyusahkam orang!

"Alolo... Kesianya kawan aku. Aku mintak maaf na.." Caera peluk Aisy di sebelahnya.

"Bukan aku tak ingat hang... Aku sentiasa ingat, tapi itulah... Kat sana komunikasi breakdown, semua tak boleh. Facebook, WhatsApp semua tak boleh pakai.. Kalau dia orang hantar aku lagi ke sana, taubat aku tak mau pi dah!"

#Hantu sayang Cik JerukWhere stories live. Discover now