#HSCJ- 24

287 19 0
                                    

Aisy merenung kedua-dua wanita yang dia sayang. Silih berganti. Seorang berada di atas katil sebelah kanan, seorang lagi di atas katil kiri, sementara Aisy berada di tengah-tengah, duduk atas kerusi.

Aisy mengeluh. Terbayang-bayang apa yang berlaku tengah hari tadi. Ketika itu dia baru saja sampai rumah dari membeli-belah barang-barang keperluan untuk umi dan Mysha. Pintu pagar ternganga luas. Begitu juga dengan pintu grill. Aisy sudah cuak dan berdebar-debar. Pintu papan tidak berkunci, walaupun bertutup rapat. Berlari Aisy masuk ke dalam rumah. Tempat pertama yang dituju adalah bilik umi.

Seperti yang dijangka, suatu yang buruk telah berlaku. Patut la hati Aisy tidak sedap sahaja masa keluar tadi. Asyik teringat umi dan rumah. Umi terbaring atas lantai, pengsan, dengan kerusi roda terbalik dan menimpa kaki umi. Ya Allah... Dahsyatnya tengok keadaan umi. Automatik air mata Aisy terus mengalir ke pipi. Sedih melihat umi di perlakukan sebegini sekali.

Sementara itu, Mysha juga terbaring dalam bilik yang sama, tidak jauh dari umi. Mysha juga sedang pengsan. Lengan Mysha berdarah. Bahagian lain tubuh Mysha lebam-lebam. Ya Allah, kasihannya dengan Mysha. Mesti teruk dikerjakan manusia berperangai syaitan tu.

Tak payah perah otak untuk fikir siapa punya kerja. Sudah jelas lagi nyata angkara siapa. Paling penting sekarang adalah tindakan cepat untuk bawa umi dapatkan rawatan. Yang lain Aisy dah tak peduli. Peristiwa itulah yang membawa Aisy berada di wad hospital sekarang.

Dia sorang-sorang. Terkontang-kanting. Sedang menjaga dua orang yang lemah dan sakit. Suasana yang sering dihadapi. Ini bukan kali pertama. Cuai sedikit sahaja, umi dan Mysha akan jadi mangsa. Mysha pun satu, dah banyak kali pesan, kunci pintu rumah elok-elok, jangan lengah. Inilah akibatnya kalau tak hati-hati, walaupun di rumah sendiri.

Biasanya Fizi atau ayahnya yang akan tolong jagakan rumah keluarganya. Akan tetapi bila Aisy balik, Fizi akan berada di resort dan ayahnya berehat di rumah. Malang tak berbau, masa inilah abang yang baik itu ambil peluang. Ezad memang cerdik. Eh, bodoh sebenarnya. Tahu aje  dia masa-masa Pak Muiz atau Fizi tak ada. Kalau sekadar Mysha dan umi, kacang sajalah dia masuk rumah dan buat kacau.

Sebab itulah Aisy perlu kuat. Jika dia lemah, siapa lagi yang boleh diharap untuk jaga umi dan Mysha? Siapa? Tak ada siapa, kan? Jadi, hendak tak hendak, dia terpaksa menjadi gagah. Namun, semangat dia sendiri pun  ada naik turunnya. Kekadang dia rasa sangat down dan lemah. Rasa tak mampu untuk hadapi semua ini seorang diri.

Mungkin betul kata Umi dan Caera. Dia patut ada suami. Hero yang boleh beri sokongan pada dia dua puluh empat jam. Sewaktu dia kuat dan lebih-lebih lagi ketika dia lemah dan tak berdaya.

Kat Malaysia ni, ada ke lelaki yang sanggup jaga dan lindungi dia begitu? Jadi suaminya tanpa syarat? Jaga dia dan keluarganya tanpa mengungkit dan mengeluh? Ada ke lelaki yang ikhlas menerima dia seadanya?

Ah.. Mungkin hanya ada dalam anganan Mysha sahaja. Tak wujud dalam realiti. Mana ada lelaki yang sanggup berkorban hidup susah demi sayangnya pada seorang isteri. Tak akan ada. Percayalah. Tak wujud lelaki Melayu kat Malaysia zaman ni.

Tiba-tiba teringat pada telefon bimbit yang tak dijengah sekian lama. Entah-entah ada masalah di resort, sikit pun dia tak tahu. Tapi jari pergi gesel pula pada burung putih dalam frame biru.

Airilyan @Airilyan
Awak kat mana? Awak kat mana? Awak kat mana? @Aisy RA
#Hantusayangcikjeruk🐤

Banyaknya Tweet awk kat mana.. Awak kat mana.. Penuh di Twitter Homenya. Lalu laju sahaja jari-jemarinya menjawab.

Aisy @AisyRA
Hospital... @AirilYan

Tak tunggu lama, beberapa saat selepas itu Aisy terus mendapat panggilan telefon daripada Abang Hantu. Aisy menjawab dalam nada yang sangat perlahan. Mysha masih tidur selepas diberi ubat. Begitu juga dengan umi. Keadaan umi tidak kritikal sangat walaupun agak lemah. Menurut doktor, esok atau lusa, kedua-duanya dah boleh keluar hospital.

#Hantu sayang Cik JerukWhere stories live. Discover now