#HSCJ- 23

279 13 1
                                    

Jari-jemari Aisy laju menggesel aplikasi Twitter di skrin telefon bimbitnya. Patut la hati bagai ditarik-tarik untuk melihat. Dia jarang berTwitter ni. Kut rasa teringin dan nak lepaskan perasaan yang serabut bagai nak gila baru dia tweet-tweet merapu. Untuk kepuasan diri sendiri sahaja. Rupa-rupanya ada notis baru untuknya. Dari pengikut baru. Waah... Tiba-tiba ada orang yang teringin jadi followernya, selain daripada Caera dan Mysha.
AirilYan @Airilyan
Awak kat mana? @Aisy RA.
#hantusayangcikjeruk🐤

Eh... Bukan satu tweet. Dah banyak rupa-rupanya. Dengan hashtag yang sama #Hantusayangcikjeruk🐤

AirilYan @Airilyan
Morning, Aisy... Sarapan dengan saya? @Aisy RA
#hantusayangcikjeruk🐤

AirilYan @Airilyan
Awak okey? Have a nice dream... Good night @Aisy RA
#hantusayangcikjeruk🐤

AirilYan @Airilyan
Thanks sudi lunch dengan saya @Aisy RA
#hantusayangcikjeruk🐤

Sekarang Aisy dah tahu siapa Airilyan. Airil Zayyan. Tak lain tak bukan manusia hantu tu. Sedar pun diri nya hantu, mengaku pun. Tapi cik jeruk tu dia a.k.a Aisy ke? Hah, hashtagnya hantu sayang cik jeruk. Airil panggil dia cik jeruk ke? Ceh... Tak popular langsung! Carilah nama panggilan yang lebih kreatif sikit.

Aisy senyum-senyum. Kelakar pula Airil ni. Main-main hantar mesej melalui Twitter publik. Jarinya terus menggesel-gesel skrin telefon. Entah macam mana tergesel kat nama AirilYan dan ter-follow la pula.

Dan dengan serta merta dapat tweet baru..

AirilYan @Airilyan
Hai my new follower.. Awak kat mana? Awak kat mana? Awak kat mana? @Aisy RA
#Hantusayangcikjeruk🐤

AirilYan @Airilyan
Tak jawab dosa tau.... @Aisy RA
#hantusayangcikjeruk🐤

Aisy balas juga...

Aisy @AisyRA
Pandailah menghukum... @Airilyan

AirilYan @Airilyan
Awak kat mana? Awak kat mana? Awak kat mana? Selagi tak jawab saya akan tanya @Aisy RA
#hantusayangcikjeruk🐤

Aisy @AisyRA
DM please... @Airilyan

AirilYan @Airilyan
Orite @Aisy RA
#hantusayangcikjeruk🐤

Takkan nak umum lokasi dia di Twitter, kan? Seronok la along-along mahu mengejar dia. Maklumlah, Ezad tu tak pernah putus-putus dengan hutang-hutang baru. Walaupun along-along tu tak perlu menggunakan applikasi Twitter untuk cari dia. Kaki-kaki dia ramai. Tapi, kan... Aisy rasa pelik pula, sejak sebulan dia ni tak ada seorang pun kaki-kaki along datang mengganggunya. Dia orang macam lenyap terus. Putus asa dah kut. Baguslah! Sangat bagus. Namun tetap ada persoalan... Kenapa jadi begitu?

Airilyan @Airilyan
Tak DM pun.... Awak kat mana?
@Aisy RA
#hantusayangcikjeruk🐤

Ya Allah, Aisy tepuk dahi. Dia terlupa. Lalu dia segera direct message dengan Airil. Tiga patah perkataan aje.

Rumah famili saya.

Tak sampai berapa saat dapat balasan.

Owh... Okey, take care.

Heh... Tiba-tiba seronok berTwitter ni. Mungkin sesuatu kelainan, dan dapat menghiburkan jiwanya yang tengah sendu. Pandai Abang Hantu tu. Chewah... Dah naik pangkat abang ke? Boleh la. Caera lagi teruk, panggil Abang Airil lagi. Selamba gila minah tu.

Kalau dah boleh layan tweet, tak bertambah markah ke? Hurm, markah? Nantilah fikirkan. Selalu sangat bagi markah pun tak elok juga. Mesti ikut piawaian pemarkahan. Tak boleh la sesuka hati saja nak kasi. Asal gembira sikit aje nak kasi. Tak boleh la, kan...

Airil Zayyan...

Lelaki misteri. Tak tahu asal usulnya, kerja apa, dari mana dan mengapa dia nak sangat tinggal di Resort Abah. Spesifik lagi di bilik Honeymoon suite nan sebuah tu. Suka sangat Abang Hantu dengan bilik tu. Agaknya boleh simpan geng-geng hantu dia di situ kut.

Mula-mula Aisy benci sangat dengan lelaki ini. Geram dan radang walaupun sekadar dengar nama dan cerita daripada staf-stafnya. Hantu yang suka cari pasal. Lelaki yang suka ugut dia itu ini. Manusia yang semakin serabutkan kepalanya.

Sedikit demi sedikit, tanggapan Aisy semakin berubah. Taklah teruk sangat Abang Hantu ni. Banyak juga budi yang sudah ditabur pada Aisy. Haip..  Semua tu Aisy tak terhegeh-hegeh minta tolong tau. Cuma bab hampir  diperkosa Si Badli tu, dia sangat-sangat terhutang budi dan nyawa. Bersyukur sangat pada Si Airil cepat bertindak, cekap menggunakan akalnya selepas mendapat panggilan sarkastik Aisy. Jika tidak, semakin hancur hidupnya. Bersyukur sangat Allah datangkan Airil pada saat-saat yang dia perlukan.

Dari situlah Aisy mula nampak keikhlasan Airil. Dia sungguh-sungguh nak bantu Aisy masa tu. Masih terbayang bagaimana dia bergelut dengan Si Badli. Debush debush genggaman penumbuknya jatuh ke perut Badli sampai Aisy pula menjerit kuat.

"Hantu! Cukuplah tu... Jangan membunuh pula! Sia-sia masuk penjara!"

Okey... Abang Hantu tu taklah degil sangat. Terus dia patuh cakap Aisy. Lalu ikat tangan dan kaki Si Badli itu sebelum memanggil polis. Lepas Airil uruskan Badli, dia ambil pakaian Aisy dan letak dalam bilik air. Sekali pakaian kecil dia ambilkan. Perihatin sungguh. Lepastu dia suruh Aisy masuk pakai baju dalam bilik air. Aisy pun jalan macam pocong sebab selimut membalut seluruh badan dia.

Sebab itu Aisy bagi markah pada Abang Hantu. Dalam keadaan terdesak cenggitu, sedikitpun dia tak ambil kesempatan terhadap seorang wanita. Dalam diam Aisy memerhati perangai-perangai mulia Abang Hantu ni. Adalah sedikit perbezaan dari lelaki-lelaki yang cuba mendekatinya sebelum ni. Sedikit la.

Aisy masih perlu banyak masa untuk menilai lagi. Dan lagi...

"Amboi, Kak Aisy... Tak habis-habis berkepit dengan telefon pula dah. Ada apa-apa ke?" tegur Mysha yang baru datang dan duduk di sebelah Aisy.

"Apa-apanya, Mysha? Pegang telefon pun salah ke?"

Mysha ketawa.

"Memang la tak. Sikit pelik aje. Biasa telefon kak tu tercampak merata-rata. Jangan harap la nak lekat kat tangan macam ni. Hari ni pula melekat kat tuannya. Manalah Mysha tak tertanya-tanya."

"Mood Kak Aisy nak main telefon la tu... Kasi la chance.."

Mysha jatuhkan muka ke bahu Aisy. Manja.

"Mainlah berapa lama Kak Aisy suka.. Cepat sikit Mysha dapat abang ipar."

Aisy cubit paha adiknya sekali.

"Ke situ pula. Siapalah yang nak kakak kamu ni, Mysha... Buat dia orang mati dikejar along aje."

"Eh, mana tahu... Tiba-tiba ada hero Malaya ke, atau Robin Hood versi Melayu ke datang selamatkan kakak dari semua bencana ni. Mysha tumpang tuah la.."

Hurm... Yalah tu, Mysha. Aisy mengusap-usap bahu adiknya. Biarlah Mysha dengan impiannya. Mysha tolong angankan untuk Aisy. Berangan tak kena bayar, tak menambah hutang.

Kali ni pendek ja.. Sebab bnyk sngt keja, idea pun tak bnyk membantu.. Sory k..
Jgan lupa vote okay sayang2 😘😘😘

#Hantu sayang Cik JerukWhere stories live. Discover now