#HSCJ- 7

336 18 2
                                    

"Ya, Kina... Ada apa?"

Aisy baru sahaja masuk ke bilik sendiri untuk berehat sekejap. Belum sempat letak punggung, telefon bilik berdering.

"Cik Aisy... Kami ada masalah ni. Guest semalam tu buat hal pula dah."

"Hurm... Dia nak apa lagi?"

"Duk gaduh pemanaih ayaq di bilik dia rosak. sejuk-gedi nak mandi. Kami panggil la maintenance pi pebaik. Saya pun pi sama ke bilik dia. Dia tak mau... Dia nak Cik Aisy yang uruskan... Loghat sugguh la. Dia nak tukaq bilik, tapi mengada-ada minta Cik Aisy yang uruskan.."

Mengeluh Aisy dengar. Manusia ni buat hal lagi. Tak sudah-sudah dengan akal jahatnya.

"Kamu buat derk ajelah, Kina. Guest yang sorang ni memang pelik sikit... Kita bersabar sajalah sampai dia check out."

"Masalahnya, Cik Aisy... Dia asyik kacau kami. Katanya selagi Cik Aisy tak pergi settlekan masalah dia, selagi tu dia akan mengamuk," adu si Kina lagi. Penuh emosi mengadu.

"Mengada-ada sungguh la orang ni..." rungut Aisy.

Masalah lelaki miring di bilik 308 ni lagi serius sekarang. Yang ini tak boleh dibuat main-main.

"Ha... Memang sangat mengada-ada orang tu, Cik Aisy.... Hangat betui hati saya. Boleh dia kutuk saya ni depan-depan, kata sata ni tak lawa, saya ni gedik, kalau sengih over, macam plastik.. Sebab tu dia tak nak berurusan dengan saya. Kata orang tak ingat langsung! Kata dia, dia hanya nak deal dengan Cik Aisy, sebab Cik Aisy cantik, lepas tu muka cembeng, tak hipokrit, tak merimaskan..."

Panjang lebar Si Kina bercerita. Nak tergelak pun ada Aisy dengar. Tapi dia sekadar sengih sorang-sorang aje la. Sekali fikir betul juga apa lelaki miring tu kata... Si Kina ni memang over sikit. Tengok gaya make up pun dah tahu, macam rainbow. Meriah warna-warna kat muka dia. Manalah orang yang tengok tak mengutuk. Jumpa dengan mulut yang jujur, terpaksalah dia terima kenyataan.

"Macam mana sekarang, Cik Aisy? Kami kat bawah ni dah tak larat dengan kerenah dia. Kalau lambat nanti, takut dia turun bawah pakai spender merah pula. Nampak gaya dia macam berkobar-kobar nak buat tarian harimau kat reception ni."

"Tak apa, Kina... Saya akan urusankan dia. Tapi staf-staf semua jangan sekali-kali berkurang ajar dengan dia. Encik Airil tu guest kita. Biar dia perangai bukan-bukan... Tapi adab sebagai pekerja kena jaga. Ini berkaitan reputasi resort kita..."

"Okey, bos. Biar bos saja yang berkurang ajar...kami semua tak boleh. Terima kasih Cik Aisy sebab perihatin pada masalah kami. Harap-harap Cik Aisy dapat selesaikan masalah ini dengan mudah. Lagipun rasanya dia berkenan dengan Cik Aisy kut.... Asyik duk sebut nama Cik Aisy aje," ujar Kina sebelum dia meletakkan gagang telefon.

Sempat lagi diselitkan sindiran untuk bos. Tak sengaja tu. Mulut dia laju macam kereta api EST bila dapat bercakap. Tak kira dah singgung perasaan orang lain atau tak.

Termenung seketika Aisy. Memikirkan apa tindakan selanjutnya yang harus dilakukan. Dalam hati tertanya-tanya, apa agenda Si Airil ni sebenarnya? Asyik bermain teka-teki dengannya. Kejap baik, kejap buat hal. Airil ni ada niat jahat pada resort ini ke apa? Ataupun sepai kepada along-along? Hesy... Bikin pening sungguh haih.

****

"Awak ni tak sudah-sudah buat hal. Boleh tak jangan kacau pekerja-pekerja saya dengan agenda bodoh awak tu?"

Aisy tak buang masa... Sebaik sahaja tubuh mamat sewel tu tersandar di muka pintu bilik, dia terus menyembur. Tak sedar yang diri tengah mendada. Dengan baju yang fit pada tubuh. Dua tangan di pinggang, memang seksi habis la kaedahnya.

#Hantu sayang Cik JerukWhere stories live. Discover now