Perlahan-lahan aku membuka mata.Apabila aku menyedari yang aku tidak berada di bilikku, aku segera bangun dari pembaringan.Aku dia mana? Apa jadi?
Aku cuba mengingati apa yang terjadi semalam.Semalam aku pergi ke sungai han..TAEHYUNG?!
Aku melihat sekeliling.Aku dekat mana ni? Mana taehyung? Kenapa dia bawa aku ke sini?
Aku turun dari katil menyedari aku masih elok berpakaian seperti kelmarin.Aku mengeluh lega.
Aku keluar dari bilik itu dan segera ke ruang tamu.Terhidu bau yang enak dan bising dari dapur, membuatkan aku mengatur langkah terus ke dapur.
Di situ dia, sedang memasak tanpa menyedari kehadiranku.Tidak dapat aku nafikan betapa kacaknya jejaka yang bernama Taehyung ini.
Aku menarik nafas panjang. "E-encik ."
Dia berpaling dan menguntumkan senyuman. "Morning.Duduk, Cik Hae in."
"Ma-macam mana awak tahu nama saya? Macam mana saya boleh ada dengan awak? Awak bawa saya dekat rumah siapa ni?"Bertubi-tubi soalan aku lemparkan padanya.Sekadar lakonan sahaja.Takkan aku nak dedahkan edentiti aku.
Taehyung meletakkan makanan dia atas meja dan segera menghampiriku.Dia menarik lenganku dan menduduk kan aku di atas kerusi.
"Eat first then we talk."
Aku hanya sekadar melihat makanan yang terhidang.Dia letak racun ke apa aku tak tahu.
"Saya tak letak racun.Makanlah."
Aku tersentak.Mak aih, dia ni boleh baca fikiran aku ke apa? Seram.
Dia mengeluh apabila melihat aku hanya diam.Dia menyendokkan makanan dan tanpa sebarang amaran dia menyuapkan aku.Aku hanya kunyah dan telan dengan hati yang terpaksa.
Aku memerhatikan wajahnya sambil mengunyah manakala dia hanya menyuapkan aku.
"Awak lelaki yang kat kafe tu kan? Yang bagi saya hot coklat tu?"Soalku, memulakan bicara apabila kami hanya diam seribu.
Dia yang fokus menyuapku, mengangkat pandangan dan pandangan kami bersatu.Dia hanya mengangguk.
Matanya melirik ke bibirku dan mengesat comot di hujung bibirku.
"Kenapa awak buat semua ni?"
Pandangannya beralih ke pada mata aku semula.Matanya redup merenung anak mataku.Aku mula rasa berdebar tanpa sebab.
"I want you to be mine."Katanya.
Aku mengerutkan dahi.Dia gila ke apa? Aku nak buat apa ni?! Tugas aku hanya memerhatikan dia, bukan menyamar.
"Kenapa? Kenapa awak buat saya macam ni?"Soalku lagi, mengujinya.
"Just."
"Just?! Awak gila ke? First, awak culik saya then bawa saya ke sini.Bukan tu saja, awak kenal saya padahal saya tak kenal awak.Apa yang awak nak dari saya? Awak siapa?"
"Saya siapa?"Soalnya pula dengan senyuman sinis di bibir.Dia mendekatkan wajah dan berbisik ke telingaku, "Your husband to be."
-
Aku keluar dari pintu slide yg berhadapan dengan laut itu.Taehyung tadi lepas makan, terus naik atas.Aku kena tinggal sorang kat bawah.Sempat lagi dia memberi amaran, kalau aku cuba larikan diri dari rumah dia akan cari aku sampai ke lubang cacing.Aku pula terpaksa lah berlakon macam cacing pengecut.
Dia berdiri di balkoni itu dan memandang ke arah laut.Angin sepoi-sepoi bahasa dari laut menampar lembut kulitnya.Dia memejamkan mata rapat.Nyamannya dekat sini.
"Fikir apa?"
"Omma!"Suara itu mengejutkan aku sehingga aku termelatah.Taehyung yang berada di sebelahku tergelak.
Aku hanya memerhatikannya.
"Awak pelik.Awak tak memberontak pun nak minta saya lepaskan awak.Ataupun awak secara rela diri nak dekat saya?"
"Jangan nak perasan, encik."Aku mengalihkan pandangan ke arah laut. "Anyway, saya nak berterima kasih kat awak sebab awak selamatkan saya dan juga sebab awak bawa saya ke sini.Saya rasa tenang di sini."
Tidak tahu antara berlakon atau tidak, separuh dari diriku ingin berterima kasih padanya.
Dia mengangguk dan aku sedar yg pandangannya sekarang tertumpu kepadaku.Aku hanya buat tak nampak.
"Awak siapa?"Soalku tanpa memandangnya. "Macam mana awak boleh kenal saya sedangkan saya tak kenal awak?"
Sengaja bertanya untuk menutupi edentitiku.
Dia mengalihkan pandangan dariku dan juga turut memandang ke arah pandangan laut.
"Saya Kim Taehyung.Boleh panggil saya Taehyung.Saya kenal awak sebab saya siasat tentang awak."
"Apa yang awak nak dari saya?"Aku memandangnya.
Dia mengangkat bahu, bersahaja. "Saya cuma nak..awak dalam perhatian saya."
"Sebab tu awak upah spy untuk intip saya?"Soalku.Dia kelihatan terkejut, mungkin tidak menyangka aku boleh tahu yang dia pasang pengintip dekat aku.
"Mana awak tahu?"
"Saya tahu lah.Saya tak bodoh lagi sampai tak perasan ada orang perhatikan saya 24jam."Kataku.
Taehyung tersenyum sinis. "Awak ni pintar juga kan?"
Aku hanya senyum nipis.
Aku tersentak apabila terasa tubuhku ditarik dan dalam sekelip mata saja aku berada di dalam pelukannya.
"Kalau awak pintar, jangan buat perkara bodoh lagi macam yang awak cuba buat semalam."Bisiknya pada telingaku.Aku diam.Sumpah, dada aku tak pernah berdebar kencang sampai macam ni sekali.
YOU ARE READING
Criminal [COMPLETED]
FanfictionKim Taehyung, si penjenayah jatuh cinta pada Park Hae in, si polis.