"Taehyung, bila kita nak balik seoul?"Soalku padanya.Kami berdua sekarang sedang jalan di kawasan kampung itu sambil berpegangan tangan.
Keadaan aku sudah semakin baik kebelakangan ini.Selera makanku juga bertambah.Tapi aku cuba mengawal supaya tidak ketara.
"Hmm nanti jelah, sayang."Balas Taehyung yang membawaku masuk ke kebun sayur kepunyaan omma itu.Sebelum sempat kami keluar dari rumah, orang tua itu sempat memesan untuk mengutip sayur di kebunnya.
Taehyung menarik kedua tanganku dan dipakaikan sarung tangan.Aku tersenyum senang dengan layanannya.
Taehyung juga memakai sarung tangan sebelum mula mengutip sayur yang sudah cukup matang dan bersih dari perosak lalu dimasukkan ke dalam beg plastik.Aku juga turut menyertai.
"Taehyung!"Aku menjerit apabila ternampak ada binatang di atas sayur yang aku kutip.Serta merta sayur itu terjatuh dari peganganku.
"Kenapa?"Soal Taehyung risau.
"Ada binatang kat sayur tu.."Tangisku dan memeluknya.Mukaku melekap di dadanya yang berlapik baju itu.Menangis teruk aku.
"Sayang, haiwan perosak tumbuhan je tu.Bukan dia gigit sayang pun."Pujuk Taehyung.Belakang tubuhku diusap lembut olehnya.
"Isteri kamu ke, Taehyung? Kenapa dengan dia?"Soal salah seorang tukang kebun di situ.Aku masih tidak lekang dari memeluk Taehyung.
"Haah isteri saya.Terkejut dia nampak binatang kat tumbuhan tu, makcik."Jelas Taehyung pada makcik itu.
"Macam bawa budak je isteri kamu tu, Taehyung.Pergi lah periksa kat hospital."Kata makcik itu.Serta merta tangisanku berhenti.Kejung aku di dalam pelukan Taehyung.
Taehyung tergelak kecil. "Dah periksa beberapa hari yang lalu.Belum rezeki lagi, makcik."
Serta merta aku rasa bersalah.Pasti Taehyung kecewa.Cuma dia tidak tunjukkannya padaku.Air mataku mengalir lagi.Kali ini tidak bersuara.
"Ouhh..Usaha lagi lah kalau macam tu.Kamu tu kuat lagi, Taehyung.Rasanya dapat anak 10 mampu lagi."
Taehyung tersengih.
"Makcik pergi dulu ye.Jaga isteri kamu tu baik-baik.Haih, rasanya baru semalam kamu budak dan main-main dengan Hanbin dulu.Sekarang dah besar panjang.Dah ada isteri dah pun."Makcik itu mengusap bahu Taehyung sebelum berlalu pergi.
"Hey..Kenapa diam ni?"Tegur Taehyung apabila aku hanya mendiamkan diri di dalam pelukannya.
"Mesti awak kecewa kan saya tak mengandungkan anak awak?"Soalku.Taehyung meleraikan pelukan.Daguku didongak supaya aku memandang matanya.
"Saya mengaku saya kecewa, sayang.Tapi apa nak buat, belum rezeki kita lagi.Kita kene usaha je."
Air mataku yang mengalir diseka olehnya. "Don't cry.."
Saya minta maaf, taehyung..
-
Aku dan Taehyung berjalan sambil berpegangan tangan sambil berbual.Banyak cerita yang diceritakan padaku.Cara dia membesar di sini, zaman persekolahannya, tentang rakan-rakannya dan macam-macam lagi.Aku juga tergelak apabila ada ceritanya yang melucukan.
Tangan Taehyung yang sebelah lagi mengangkat plastik yang penuh dengan sayur dan juga epal.Selepas mengutip sayur tadi, aku sempat memintanya mengambilkan aku epal juga.Masih teringin nak makan kataku.Dia pula hanya menurutkan saja kemahuanku.
Aku tersenyum senang.Lengan sasanya itu aku peluk manja.Dia juga turut tersenyum dengan tindakanku.
Langkah kami berhenti di hadapan rumah apabila menyedari pintu rumah terbuka luas.Tidak pernah-pernah pintu rumah mereka dibiarkan berbuka begitu.
YOU ARE READING
Criminal [COMPLETED]
FanfictionKim Taehyung, si penjenayah jatuh cinta pada Park Hae in, si polis.