Perlahan-lahan aku membuka mata.Mata aku terasa perit kerana terkena pancaran cahaya matahari.Tekakku terasa kering.Tubuhku pula rasa tak bermaya.
"Omma? Appa, omma dah sedar!"Aku memandang Euna yang sudah kelam kabut membangunkan appanya yang sedang tertidur sambil memegang tanganku.
Taehyung yang terbangun segera berdiri dan memeriksa keadaanku. "Sayang, are you okay?"
Dia kelihatan risau.Kedua tangannya mengusap pipiku lembut.Aku memegang tangannya dan senyum nipis. "I'm okay."
"I'm sorry..I can't protect you."Katanya dan melekapkan dahinya pada dahiku.Sayu saja pandangannya.Aku hanya menggeleng.
"Omma.."Panggil Euna dan aku perasan air matanya mula mengalir ke pipi.
Aku memaut pada tubuh Taehyung dan dia bantu aku duduk perlahan-lahan.Pinggangku terasa ngilu.
"Meh sini, dekat omma."Taehyung angkat Euna dan letak dia kat sebelah aku.Terus saja tubuhku dipeluk oleh Euna.
"Omma..Euna takut hilang omma."Katanya dengan tangisan.Aku mengusap rambutnya.
"Omma tak akan hilang lah sayang."Pujukku.
"Omma.."Panggilnya banyak kali.Tangisannya tidak berhenti.Air matanya membasahi baju di bahagian dadaku.
"Shh.."Bisikku padanya.Taehyung yang memerhati, duduk di sebelahku dan menarik kami berdua ke dalam pelukannya.Dahi aku diciumnya, lama.
Kami berpandangan seketika.Sayu saja pandangannya.Aku mengusap wajahnya. "I'm okay.Tak payah risau lah."
"I'm fail.Saya gagal lindungi awak dan Euna.Perkara yang saya takuti selama ni dah terjadi.Saya tak boleh maafkan diri saya sendiri."
"Shh shh.."Aku memegang kedua pipinya.Matanya yang berkaca bertentangan denganku. "Jangan macam tu.Awak tak salah, Taehyung.Awak tak gagal.Saya dan Euna masih hidup sebab awak selamatkan kami."
"Hae in..I afraid to lose you."Air matanya mengalir.Dia menangis.Aku tergamam.Seorang lelaki seperti Taehyung menangis di hadapanku? Hanya kerana aku? Aku tersentuh.Aku tarik kepalanya dan aku peluk.Dua anak beranak itu menangis di dalam pelukanku.
-
2 hari aku terperap di Seoul Hospital itu.Sejak kejadian itu, Taehyung terus memindahkan aku ke Seoul bersama Euna dan tinggalkan jeju.
Taehyung membawa aku ke penthouse nya setelah aku boleh keluar dari hospital.Masuk saja ke dalam lift penthouse nya, dia mengangkat dan mengendongku secara bridal style.
"Taehyung, apa ni?!"Aku memukul dadanya, minta diturunkan.
Dia sengih. "Nanti sayang sakit kaki.Lagipun sayang tu belum sihat sepenuhnya."
"Saya dah sihat lah.Turunkanlah.Nanti orang nampak."
"Biarlah."Balasnya, selamba.Aku memukul bahunya dan dia mencium pipiku.
Tiba-tiba lift terbuka dan aku menyembunyikan muka di dadanya.Malu!
Dia dengan lagak biasa keluar dari lift itu sambil mengendongku.Aku pula terkejut bila ada dua pengawal di tepi pintu lift.Mereka berdua menunduk hormat pada Taehyung.
"Eh hyung dah sampai."Tegur seorang lelaki yang berada di ruang tamu."Dia dah sihat ke?"
"Dah.Tapi manja minta dukung."Aku memukul bahunya dan memandangnya tajam.Tipu.Taehyung gelak dan mengusap rambutku. "Euna mana?"
"Dia kat bilik mungkin dengan Jimin."Balas lelaki yang bernama Jungkook itu.
"Aku masuk dulu."Taehyung membawa aku naik ke tingkat atas yang menempatkan bilik yang agak privacy berserta office.
Taehyung meletakkan aku di atas katil dan duduk di sebelahku. "Make yourself comfortable at home."
"Rumah kita?"
Dengan senyuman melebar dia mengangguk. "Yup, our home."
"Lelaki tadi tu? Jimin?"Soalku.
"Kawan-kawan saya.Saya yang suruh mereka duduk sini buat sementara.Kawalan sekuriti kat sini ketat, bodyguard saya ramai, kawan saya pun banyak.You and Euna will be save right here."Katanya sambil memegang tanganku.
"Taehyung.."Panggilku.
"Hmm?"Balasnya dan memandang mataku.
Aku mengusap wajahnya. "Stop doing bad things and hurting others feeling."
Dia kelihatan terkejut dengan kata-kataku.Mungkin tidak menyangka aku akan berkata begitu.
"That's why awak banyak musuh sebab orang berdendam dengan awak.Stop it please.I don't want anything bad happen to you and Euna."
Dia menunduk.Aku mengangkat dagunya supaya kami bertentang mata tapi dia memejamkan mata.Kedua pipinya aku pegang kemas. "Taehyung.."
"Saya tak nak buat semua ni.Saya terpaksa."Katanya dan membuka mata.Matanya redup merenung mataku.
Aku hairan.Sangat sangat hairan.Tapi aku tidak menunjukkan sebarang reaksi.Apa maksud dia, dia terpaksa?
"But I'll try, Hae in.For you and Euna.For our family."
Our family..Aku tersenyum nipis mendengar kata-katanya.Bolehkah kami menjadi sebuah keluarga? Keluarga secara sah? Keluarga yang bahagia?
YOU ARE READING
Criminal [COMPLETED]
FanfictionKim Taehyung, si penjenayah jatuh cinta pada Park Hae in, si polis.