Taehyung mengeluh sambil memandang Hae in yang terbaring lemah di atas katil.Sudah 4 hari buah hatinya itu demam.Mana hati tak susah?
Selepas malam itu saja, apabila Hae in bangun pagi, dia terus muntah.Ditambah lagi dengan badan yang panas.Sehingga ke hari ini dia sering muntah-muntah.Ommanya kata Hae in sakit kerana terkejut.Yeke?
Badan Hae in yang bergerak seperti hendak bangun itu menarik perhatian Taehyung.
"Kenapa sayang? Nak muntah?"Soal Taehyung, prihatin.Hae in mengangguk.
Pantas Taehyung menarik baldi di bawah katil dan diberi pada Hae in.Terus saja Hae in muntah mengeluarkan kembali bubur yang disuap oleh Taehyung tadi.Taehyung mengusap lembut belakang Hae in.Kesian dia melihat buah hatinya yang sakit sejak 4 hari lalu itu.
"Dah?"Soal Taehyung dan Hae in mengangguk.Baldi itu diletakkan di atas lantai,Taehyung mengambil dua helai tisu lalu dilap mulut Hae in yang comot dengan muntah.Sikit pun dia tidak geli.
Kemudian, air di dalam gelas diambil lalu disuakan pada mulut Hae in.Hae in mencicip sedikit air itu sebelum menolak lemah.Perlahan-lahan dia baring semula.
Taehyung baring di sebelah Hae in.Kepala Hae in diangkat dan diletakkan di atas bahunya.Tubuh kecil itu dipeluk.Masih terasa haba panas dari Hae in.
"Bila sayang nak sihat ni?"Tanya Taehyung.Rambut Hae in diusap lembut.Hae in menggeleng lemah.Tidak mampu bersuara.
Kesian buah hatinya.Kelihatan lemah saja dalam pelukannya.Tidak berdaya lansung untuk berbuat apa-apa.Macam mana kalau suatu hari nanti dia tiada? Mampukah Hae in terus kuat?
Tidak mungkin lah.Dia akan selalu ada di sisi Hae in tidak kira apa terjadi.Dia akan memimpin Hae in dan dia akan menjaga Hae in selagi dia hidup.Dia akan mencintai Hae in selamanya.
"Mesti.."Perlahan saja suara Hae in.Taehyung menunduk memandang Hae in. "Saya nampak..buruk kan sekarang ni?"
Taehyung tergelak kecil mendengar soalan Hae in itu.Dia menggeleng. "Nope.You're still the most beautiful woman I've ever seen."
Hae in tersenyum nipis.Tangannya perlahan-lahan naik memeluk pinggang Taehyung.
"Hmm jarang dengar suara sayang sekarang.Dah lah suara kecil."Taehyung mengusap perlahan rambut Hae in.Hae in gelak kecil tapi tidak bersuara.
"Awak je yang dengar kan dah cukup."Perlahan saja tuturannya.Taehyung tersenyum dan mengangguk.
"Kat geochang banyak epal kan?"Soal Hae in.
Taehyung mengangguk. "Banyak.Banyak sangat.Omma pon ada kebun epal."
Bersinar mata Hae in.
"Nak."Antara dengar dan tidak dengar saja suara Hae in di telinga Taehyung.
"Nak?"Soal Taehyung.Hae in mengangguk.
Taehyung tersenyum melihat Hae in yang makan epal yang telah dikupasnya tadi dengan berselera.Setelah 4 hari hilang selera makan, baru hari ini Hae in makan dengan berselera.Taehyung lega.
"Sedap sangat ke epal tu, sayang?"Soal Taehyung dan mengusap rambut Hae in itu.Hae in mengangguk dan tersenyum.
"Hae in.."Omma duduk di sebelahku.
"Hmm?"Balas Hae in yang sedang sibuk makan itu.
"Hae in mengandung ke?"Soal omma.Terhenti kunyahan Hae in.Dia memandang omma seketika.
Dia memang sudah berfikir begitu sejak 4 hari lalu lagi.
Hae in melangkah ke dapur sambil mengusap perut.Laparnya!
Penutup makanan diangkat dan diletak di tepi.Wahhh! Nampak menyelerakan!
Pinggan diambil beserta chopstick.Makanan dikaut dan dia duduk.Makanan disuap ke mulut.
Dia berhenti mengunyah apabila merasa lain macam di tekaknya.Dengan segera dia bangun dan muntah ke singki dapur.Habis terkeluar sekali dengan isi perutnya.
Dia berkumur-kumur beberapa kali sebelum mematikan air singki itu.
Aku mengandung ke?
Kalau aku mengandung apa yang akan terjadi? Tidak apa-apa ka kalau aku mengandungkan anak dia?
Hae in tidak tahu kenapa tapi perasaannya agak bercampur baur.Dia masih di dalam dilema.
Benda yang merayap di pinggangnya mengejutkannya.
"Sa-sayang mengandung?"Bulat mata Taehyung memandang Hae in.Tidak tahu kenapa tetapi dia sungguh teruja.
"Saya tak tahu.."
"Baby? Yeeeeeee."Teruja Taehyung.Tubuh Hae in dipeluk erat.
"Tae, belum tentu lagi Hae in mengandung, kamu dah teruja lebih.Kalau tak, kamu sendiri yang kecewa nanti."Tegur ommanya.
"Jom tentukan! Tae beli alat ujian kehamilan sekarang juga!"Segera Taehyung mencapai kunci kereta lalu berlari keluar dari rumah itu.
"Teruja sangat dia tu."Aju omma.Hae in gelak kecil.Dalam hati dia agak tidak senang.Kenapa aku rasa macam ni?
-
Taehyung memandang kosong ujian kehamilan yang baru diberi oleh Hae in di tangannya itu.Lantas dia menarik Hae in ke dalam pelukannya.
"Takpe..Nanti kita usaha lagi sayang."
Hae in tersenyum nipis dan mengangguk.Dia membalas pelukan Taehyung itu.
Maaf saya tipu awak, Taehyung. Saya rasa lebih baik saya rahsiakan kandungan ini buat sementara waktu.
Plastik yang penuh dengan ujian kehamilan itu dihulurkan pada Hae in.
"Kenapa banyak sangat beli?"Soal Hae in dan mengambil plastik itu.
"Saja..Manatahu untuk anak kita yang akan datang lagi."Sengih Taehyung.
"Macam-macam lah awak.."Hae in membawa plastik itu ke dalam bilik air.Langkahnya perlahan saja.Masih lemah sebenarnya.
"Jangan kunci pintu, sayang! Nanti apa-apa jadi, saya boleh terus masuk."Pesan Taehyung sebelum Hae in menutup pintu.
Mengalir air mata Hae in melihat ujian kehamilan yang baru diambilnya itu.Ada dua garis merah di situ.Positive.
Maksudnya dia mengandung.
Perasaannya bercampur baur ketika itu.Terharu, gembira, sedih, keliru.
Apa yang patut dilakukannya sekarang?
Termenung dia seketika.Tangannya mengusap perutnya itu.Tanpa sedar, dia tersenyum.Air matanya semakin galak keluar.Anak mama..
"Sayang..dah ke belum?"Soal Taehyung dari luar.
"Belum.."Balasku dan cepat-cepat menyeka air mata di pipi.
"Cepat sikit."
Ujian kehamilan di tangannya dipandang buat seketika.
Dia menghampiri lubang tandas.Penutup tangki simbah dibuka dan diletakkan ujian kehamilan ke dalam itu.Kemudian, ditutupnya semula.
Dia mengeluarkan ujian kehamilan yang masih ada beberapa dalam plastik.Dibukanya lalu dicelupkan pada air.
Saya minta maaf, Taehyung.
Mama minta maaf, sayang.
YOU ARE READING
Criminal [COMPLETED]
FanficKim Taehyung, si penjenayah jatuh cinta pada Park Hae in, si polis.