Special part

332 25 0
                                    

"Hiyahhhh!"

Taehyung mengadu sakit apabila ada beberapa tumbukan hinggap di tubuhnya.Dia rebah melutut di atas lantai dan memegang perutnya yang terasa sakit.Adehhh makin hari makin kuat pukulannya.

"Papa! Cukup kuat tak?"Tanya Taeil dengan sengihan tak bersalahnya.Adiknya, Taein sudah tergelak kecil dan memeluk leher appanya.

Taehyung mengukir senyuman nipis sambil mengusap perutnya. "Kuat kuat.."

Tak disangka masuk rumah saja dia sudah disambut dengan tumbukan.Memang sudah biasa begitu tapi kali ini lebih kuat berbanding hari sebelum ini.

Taehyung mengangkat wajah apabila terdengar gelakan.Di situ dia si isteri yang baru keluar dari dapur dengan pakaian kerja polisnya.

Tersenyum Taehyung.Dia berdiri sambil membawa Taein di dalam pelukannya lalu Hae in dihampirinya.

"Awal balik hari ni."Komen Taehyung dan mencium dahi isterinya lembut.Hae in tersengih dan mencium pipi Taehyung.

"Baru je sampai."Hae in menghulur gelas yang berisi air pada suaminya.Dia juga baru saja balik dan baru membasahkan tekak di dapur tadi.

Taehyung hanya mengangguk.Taein diturunkan.Huluran Hae in disambut lalu diminum.

"Taein dengan Taeil ni nakal tau.Kesian papa sakit."Tegur Hae in dan dan mengusap perut suaminya, kesian.Apa nak buat lah nasib si bapa jadi mangsa tumbukan anak-anaknya.

"Takpe..Perut papa keras ada ketul-ketul.Dia tak rasa punya."Kata Taeil tidak bersalah.Sibuk-sibuk menonton tv sempat lagi dia menjawab.

"Yeke berketul-ketul?"Usik Hae in dan perut suaminya diraba nakal.Sempat dia mengelak melarikan diri sebelum Taehyung menangkap tangannya.Dia naik ke bilik mereka.

"Sayang!"Jerit Taehyung.Makin nakal si isteri.Memang nak kena gamaknya.Dia menggigit bibir geram apabila mendengar isterinya gelak tawa isterinya dari atas seolah-olah mengejeknya.

"Taeil dengan Taein tunggu unnie balik tau."Pesan Taehyung sebelum mengikuti isterinya masuk ke bilik.

Taehyung menyandarkan diri di pintu bilik tidur mereka.Isterinya yang sedang sibuk menanggalkan aksesori pakaian polisnya diperhati dengan penuh minat.

Potongan seragam yang mengikut bentuk badannya yang ideal itu sangat menarik perhatian Taehyung.Sudah lah tinggi.Betul-betul seperti model.Pasti saja banyak lelaki di luar sana yang menggiurkan isterinya.Terfikirkan itu saja, Taehyung sudah cemburu.

Perlahan-lahan kakinya melangkah menghampiri isterinya.Tubuh isterinya dipeluk dari belakang.Hae in yang sudah terbiasa itu hanya membiarkan.

Satu persatu butang baju Hae in dibukanya sambil bertubi-tubi ciuman hinggap ke leher isterinya itu.

"Taeil makin kuat tumbukan dia.Sayang lah ni yang ajar dia sangat.Kesian saya jadi mangsa dia.Nasib baik Taein tak ikut sama."Taehyung mengadu sambil tangannya ligat membuka baju Hae in.

Hae in tergelak dan memusingkan tubuh menghadap suaminya.Wajah suaminya disentuh dan diusap lembut. "Biarlah dia praktis tumbuk awak hari-hari.Biar dia kuat macam mama dia."

"Mama dia je? Papa dia tak kuat ke?"Soal Taehyung dengan keningnya yang ternaik sebelah.

"Kuat juga tapi tak sekuat mamanya."Kata Hae in, berjenaka.Memuncung terus mulut suaminya.

"Kalau papanya tak kuat tak dapat lah dua kembar tu."Perlahan-lahan wajah Taehyung mendekati isterinya.Terus saja bibir isterinya dipagut dan dicium.Hae in turut membalas.Kedua tangannya melingkar ke leher Taehyung.

Criminal [COMPLETED]Where stories live. Discover now