"Appa!"
Aku tersentak melihat seorang budak perempuan yang sudah berada di dalam pelukan Taehyung itu.Takkanlah budak tu anak dia? Aku tak tahu pun.
"How's school today, sweetheart?" Soal Taehyung dan mendukung budak kecil itu.
"Good!"Balasnya ceria dan mencium pipi Taehyung. "Appa, even appa baru balik semalam, Euna masih rindu."
Taehyung tersengih sambil kakinya menghampiriku yang sedang duduk Di ruang tamu.
"Siapa?"Soalku sambil memandang Taehyung tepat.Budak perempuan yang baru sedar kehadiranku itu melihatku.
"My one and only girl sebelum awak."Balasnya dan menurunkan budak yang bernama Euna itu.
Aku memandang ke arah lain dan rolling eyes mendengar kata-katanya.
"Appa, who is she?"Euna menarik hujung baju Taehyung.
"Say hye to omma."Kata Taehyung dan mengusap rambutnya.Aku terkejut dengan kata-Katanya.Eh eh culik aku then buat aku jadi mak budak pula.
"O-omma? Euna takde omma."Kata Euna.Dapat aku kesan riaknya yang kelihatan sedih itu.
"You have now."Taehyung duduk di sebelahku.Dia mencapai tanganku lalu digoyangnya.Matanya memberi isyarat kepadaku.
N-nama dia apa tadi? Euna eh?
Aku mencapai tangannya dan dia mengangkat pandangan memandangku.Aku menguntumkan senyuman lembut padanya.Tanpa kata aku menarik dia ke dalam pelukan.
Aku bukan tak suka budak.Cuma tak pernah dekat budak je.Sebab aku mana ada keluarga walaupun saudara mara.
"Omma bogoshipeo."Aku dapat rasakan bahuku mula basah dengan air mata dan esak tangisnya mula kedengaran.Aku mengusap lembut kepalanya.Aku rasa kesian.Mesti dia tak ada omma selama ni.Tapi..siapa omma kandungnya?
Aku memandang Taehyung dan pandangan kami bertaut.Taehyung senyum nipis dan segera berdiri lalu meninggalkan kami berdua di situ.
"O-omma.."Euna memanggilku beberapa kali dengan esak tangisnya.Aku menepuk lembut dan mengusap belakangnya.
"Omma kat sini, sayang."
Beberapa minit kemudian, aku perasan dia sudah senyap.Aku memndangnya.Lahh dah tidur.Aku ingat aku sorang je yang nangis sampai tertidur.Tak sangka budak pun macam tu.
Aku mengangkatnya lalu aku dukung dan bawa ke atas.Mana biliknya? Baru saja mahu bertanya pada Taehyung, aku ternampak nama Euna terpempang di pintu sebuah bilik.Pasti itu bilik budak kecil ini.
Aku masuk ke dalam bilik itu lalu meletakkannya di atas katil dan menyelimutkannya.Aku duduk di birai katil.
Aku memerhatikan wajah comelnya dan tersenyum.Aku mengusap wajahnya lembut dan satu ciuman aku hadiahkan pada dahinya.Tidak tahu, tapi aku rasa aku dah mula sayang budak kecil yang bernama Euna ini.
Selepas itu, aku keluar dari bilik itu.Bilik yang berhadapan dengan bilik Euna itu aku pandang.Bilik yang aku tiduri semalam.Bilik Taehyung ke?
Aku masuk ke dalam bilik itu.Kelihatan Taehyung baring di atas katil dengan lengan yang menutup matanya.
"Taehyung.."Aku memanggilnya.
Dia mengangkat kepala dan melihatku sebelum berubah ke posisi asal kembali. "Kenapa?"
Aku menghampirinya.
"Euna tu..anak awak ke?"Soalku.
Taehyung menjatuhkan lengannya dan memandangku.Lama.
Dia menarik tanganku menyuruhku duduk di birai katilnya dan aku hanya menurut.Perlahan dia menggeleng.
"Dia anak siapa?"
"Dia anak kakak saya." Bukan ke kakak dia dah meninggal? "Kakak saya dah meninggal."
"Appa dia?"
Dapat aku kesan riak wajahnya yang mula berubah. "Dia tak ada appa.Saya appa dia.", tegasnya.
"Hmm..Euna tahu?"Soalku lagi dan memandang ke bawah.Buat-buat takut.Baru perasan tangannya masih berpegangan dengan tanganku.
"Tak rasanya." Dia bermain dengan jariku. "Kakak saya meninggal lepas lahirkan Euna.Saya jadi appa dan penjaga Euna sejak dia lahir lagi."
Aku hanya mengangguk.
"Terima kasih."Katanya.Aku memandangnya. "Sebab sudi layan Euna.Dari dulu lagi dia memang teringin nak ada omma.Kalau boleh setiap hari dia nak saya kahwin supaya dia ada omma."
"Awak tak kahwin?"
Dia menggeleng.Tangannya masih gatal bermain dengan jariku. "Saya tak sesuai jadi ketua keluarga.Sedangkan Euna pun saya simpan senyap-senyap.Apalagi isteri saya."
Sedar pun.Buat lagi kerja haram.
"Kenapa?"Aku menyoalnya, seperti orang ingin tahu.Padahal aku lebih dari tahu.Pandangan kami bersatu.Dia mencuit daguku.
"Awak ni banyak tanya lah."Dia senyum. "Euna awak campak mana dah?"
Aku mengerutkan dahi. "Saya tak kejam lagi nak campak budak."
Dia gelak dan mencuit pula hidungku. "Mana tahu.Awak tak suka dia."
"Taklah.Saya suka.Dia comel."Kataku sambil tersenyum.Euna memang comel.Geram aku dibuatnya. "Dia dah tidur.Menangis sampai tertidur.Macam saya juga."
Dia memandang wajahku lama.Aku membalas pandangannya.Dia menyelit rambutku ke belakang telinga dan pipiku diusap lembut.Aku mula berdebar.
"Lepas ni awak ada teman menangis sampai tertidur lah."Usiknya.Aku mengerutkan wajah dan menolak tangannya dari pipiku.Dia gelak lagi.
Aku tertanya-tanya, sampai bila aku perlu di sini?
YOU ARE READING
Criminal [COMPLETED]
FanficKim Taehyung, si penjenayah jatuh cinta pada Park Hae in, si polis.