JJ rebah.Aku melepaskan nafas lega.Nasib baik team aku cepat bertindak.Beberapa orang ahliku bergerak masuk ke dalam bilik itu dengan senjata di tangan
Pegangan di tanganku, mengejutkan aku.Aku memandang Taehyung.Aku tidak dapat membaca fikirannya sekarang.Riak wajahnya sukar untuk aku baca.
Perlahan-lahan tangannya naik dan menekup lembut wajahku. "I hope it wasn't a lie."
Dengan itu, Taehyung rebah ke dalam pelukanku. Aku panik.
"Taehyung..Taehyung..Saya tak tipu.Saya ikhlas cintakan awak.Taehyung bangun lah!!"
Bahunya aku goncang.Air mataku mengalir dan tanpa sempat aku kawal tangisanku mula kedengaran.Aku takut hilang dia.Aku tak nak dia salah faham.
-
Aku yang berpakaian serba serbi hitam berdiri tegak di hadapan makam itu.Wajahku menunduk dan air mataku tidak lepas dari gugur.Orang lain sudah keluar dari tanah perkuburan itu, tinggal aku seorang saja di situ.
Ya Tuhan..Aku sayang dia.Kenapa dia perlu pergi cepat sangat? Hatiku merintih sayu.
"Hae in."Hoseok memeluk bahuku dengan sebelah tangannya.Aku memandangnya dan mengesat air mataku dengan belakang tangan.Aku tidak sedar pula bila dia kembali ke sini.
"Buruknya kau nangis."Tangannya membantu mengesat air mataku yang membasahi wajah.Aku tersenyum lemah.
"Jom.Dah lama kau berdiri kat sini.Tak sakit kaki ke?"
Aku hanya mengangguk dan kami berdua mula melangkah meninggalkan tanah perkuburan itu dengan dia yang masih memegangku.Kalau Taehyung nampak, mesti dia cemburu.Aku tersenyum nipis.
-
Aku memasuki wad itu.Aku tersenyum melihat puteriku yang sedang tidur di atas katil hospital.Aku menghampirinya.Pipinya aku usap lembut dan dahinya aku cium.Tak sakit tapi mengada nak tidur atas katil pesakit.
Euna telah dijumpai oleh team aku apabila mereka semua mengambil tindakan untuk menyelamatkan aku dan Taehyung yang telah diculik pada masa itu.Nasib baik anak kecil itu tidak apa-apa.Hanya merengek lapar saja kerana dia tidak diberi makanan dengan waktu yang sesuai.
Bilik air yang terbuka mengalihkan perhatianku dari Euna.Melebar senyuman di bibirku.
"Baru habis mandi ke?"Soalku.
Taehyung yang hanya mengenakan tuala yang dilitkan di pinggang mengangguk.Aku memerhati perutnya, kelihatan tempat jahitannya sudah ditampal.
"Pengebumian omma dah selesai."Laporku padanya.Memang benar omma meninggal.Dia meninggal kerana telah menerima racun yang dipercayai disuntik di water dripnya.
Taehyung hanya mengangguk dan menapak ke almari pakaian kecil yang tersedia di wad itu.
Aku mengeluh.
Taehyung lansung tidak mahu menghadap mahupun melihat wajah ommanya buat kali terakhir.Malah hal pengebumian juga diserahkan kepadaku.Aku tahu dia tidak sanggup untuk menghadap semua itu.
Walaupun dia kelihatan tenang aku tahu, jauh di sudut hatinya, dia sedang terluka.Sangat terluka.
Satu lagi, sejak dia tahu yang aku polis, dia sudah jarang bercakap dengan aku.Aku sudah jelaskan semuanya.Tapi aku pasti dia masih meragui cinta aku.Aku tahu dia masih tidak boleh menerima kebenaran dan tidak mempercayai aku.Aku cuma harap yang dia akan percaya aku nanti.
Aku menghampirinya dan aku memeluknya dari belakang.Dia yang sedang mencari pakaian, terhenti.
"Saya pasti omma gembira sebab awak selamat."Bisikku perlahan.Dia hanya kaku.Aku pula masih setia memeluknya.Wajah aku benamkan pada belakangnya yang tidak berbaju itu.
Seketika kemudian, bahunya mula terhinggut-hinggut dan aku perasan ada air hangat menitis di tanganku yang sedang melingkari pinggangnya.
Aku meleraikan pelukan.Aku menapak ke hadapannya dan menghadapnya.Tanganku mengesat air matanya perlahan.
"Let it all out."Kataku lembut.Pipinya aku usap.Bercucuran air matanya jatuh tanpa henti.Dia menarikku dan dia memelukku erat.Menangis dia di dalam pelukanku.Aku mengusap lembut rambutnya.Cuba memujuknya.
Tidak tahu berapa lama kami berposisi begitu, berapa lama dia menangis di dalam pelukanku.Aku sendiri tidak pasti.Aku hanya mampu mengusap rambutnya.
"Omma..appa.."
Pelukan terlerai.Dengan segera Taehyung mengesat air matanya.Mungkin tidak mahu Euna melihat dia menangis.
Aku tersenyum menghampiri Euna yang baru bangun itu. "Princess dah bangun ke?"
Dahinya aku cium dan aku melabuhkan punggung di sebelahnya.Dia mengangguk.
"Lapar.."Rungutnya.Alahai..Tak habis-habis lapar dia ni.Kuat sangat makan.Tengok, pipi dah tembam.Aku mencium pipinya geram dan dia merengek kegelian.Aku tergelak.
Taehyung aku lihat sudah mengenakan pakaian yang hangat memandangkan suasana di bilik itu sangat sejuk.Dia menghampiri kami.Rambut Euna diusapnya lembut.Dia tersenyum nipis.
"Pergilah keluar.Bawa papa jin makan."
"Papa jin kat mana?"
"Kat luar."
Dengan segera Euna turun dan keluar dari wad itu.Tersenyum aku melihat dia.Keluar saja dia dari wad itu, suasana menjadi kekok diantara kami berdua.Hmm aku tak tahu nak buat apa sebab angin dia pada aku pun tak berapa baik.
Aku berdiri dan lengannya aku tarik. "Awak baringlah."
Dia menggeleng.Dia meleraikan peganganku pada lengannya.Dia mula menapak menghampiri tingkap kaca yang memaparkan pandangan bandar Seoul itu.
Aku mengeluh.
"Awak nak saya buat apa untuk awak percaya saya?"
Dia tidak menjawab.Dia ralit memerhati pemandangan bandar Seoul itu.Menghiraukan aku.
Aku menghampirinya. "Taehyung.."
Mataku berkaca.Aku rasa sakit hati bila dia hanya dingin padaku.Aku rindukan pegangannya dan belaiannya yang mesra.
"Taehyung..cakaplah."Rayuku.Air mata mula mengalir ke pipi.Aku tak nak dia macam ni.
Dia memalingkan wajahnya memandang aku.Redup matanya merenung mataku.Dia hanya diam.
"Taehyung.."Tangisanku pecah.Aku memeluk tubuhnya.Muka aku tekapkan pada dada bidangnya.Habis basah bajunya olehku.
Dia tidak membalas mahupun mengusap rambutku seperti selalu.Dia hanya kaku.Hatiku meruntun pilu.
"Cakaplah.."Teresek-esak aku.Makin erat aku memeluknya.Dia masih sama, diam tanpa membalas pelukanku.
Lama kami begitu.
Tidak lama kemudian, aku melepaskan tanganku dari tubuhnya.Aku menunduk.Dapat aku rasakan kepalaku berdenyut-denyut.Mungkin kerana aku terlalu menangis.
Air mata yang semakin mengalir aku kesat perlahan.Tidak mungkin dia akan menghulurkan tangan untuk mengesat air mata itu.
"Saya minta maaf."Ucapku dengan wajah yang menunduk.Seperti yang aku jangkakan, tiada respon.
Aku berpaling dan melangkah longlai keluar dari wad itu.Dia hanya membiarkan aku.Semakin lebat air mataku jatuh.Aku harapkan dia menarik tanganku, tidak mahu aku pergi.Tapi semuanya hanya mimpi.Dia lansung tidak mendapatkan aku.
Kepalaku berpinar-pinar.
Sebaik saja aku menutup pintu wad itu, aku rebah tidak sedarkan diri.
YOU ARE READING
Criminal [COMPLETED]
FanfictionKim Taehyung, si penjenayah jatuh cinta pada Park Hae in, si polis.