11

303 24 1
                                    

Aku turun ke bawah dan menuju ke dapur.Tujuan nak memasak tapi ada lelaki yang sedang memasak di situ.Kalau tak silap tu Kim Seokjin.Satu geng dengan Taehyung juga.

Aku berdehem.Dia berpaling dan memandangku.Dia menguntumkan senyuman.

"Saya dengar awak dah balik tadi.Awak dah sihat?"Soalnya, prihatin.Tangannya lincah menggaul bancuhan.Aku pun tak tahu apa benda dia buat.

"Sihat dah.Hmm nama awak apa?"Sengaja aku bertanya walaupun aku dah tahu.Yelah, takkan nak buat macam aku kenal dia.Tak ke dia pelik nanti.

"Kim Seok Jin.Awak boleh panggil saya Jin."Balasnya, mesra.

"Hmm Jin.Ada apa-apa saya boleh bantu?"Soalku.Bahan-bahan memasaknya kelihatan banyak.Dia nak buat parti ke apa?

"Sorry kalau kedengaran kurang ajar.Saya memang perlukan bantuan sangat-sangat dari awak."Balas Jin dengan wajah simpatinya.Aku gelak.Aku membantunya memasak di dapur.

Tidak lama kemudian, suara puteriku mula kedengaran. "Omma!"

Dia berlari menghampiriku lalu memeluk pinggangku erat. "Omma bogoshipeo.."

"Aigoo..baru sehari tak jumpa dah rindu?"Soalku dan mengusap kepalanya yang hanya paras bawah pinggangku.

"Eleh tipu je.Sehari ni main tak pandai berhenti dengan papa Jimin."Kata Jimin yang baru saja masuk ke dapur itu bersama Euna.

Euna mencebik. "Mana ada! Euna rindu Omma lah!"

Aku gelak.

"Anak Omma ni lapar tak?"Soalku, lembut.Dia mengangguk laju.

"Lapar..Nak makan."Katanya comel.Aku gelak dan mencium kedua pipinya.

"Pergi panggil appa.Then we eat."Suruhku perlahan.Dia hanya menurut dan segera berlari mendapatkan appanya.

"Hye saya Park Jimin."Katanya memperkenalkan diri berserta senyumannya.Comel.

Aku senyum. "Duduk lah.Tinggal hidang makanan je."

Aku meletakkan beberapa hidangan di atas meja.Boleh tahan banyak juga masakan yang aku dan Jin masak.

"Weh Jimin.Panggil yang lain."Suruh Jin yang baru habis memasak.Dia duduk di kerusi.

"Hyung lah panggil."

"Eh engkau.Aku dah penat-penat masakkan untuk kau.Bersyukur sikit.Balas lah jasa aku ni."Bebel Jin dan Jimin segera keluar dari dapur itu.Tidak mahu bebelan Jin memanjang mungkin.Aku tersenyum.

Aku yang sedang membuat air minuman itu terkejut apabila ada tangan memeluk pinggangku dari belakang.Deru nafasnya menampar pipiku.Siapa lagi kalau bukan Taehyung.

Aku menoleh sedikit memandangnya.Dengan kesempatan itu, dia mencium bibirku sesaat.

"Taehyung!"Aku mencubit tangannya yang sedang memeluk pinggang aku itu.Dapat aku rasakan pipiku memerah kerana malu.Mana tidak, dia peluk dan cium aku depan banyak orang termasuk Euna.

"Go find a room lah."Kata Min Yoongi yang sudah masuk ke dalam dapur itu bersama ahli yang lain.Mereka sudah mengambil tempat duduk di tempat masing-masing.Separuh ada yang tergelak.

Aduh malunya!

-

Aku memandang satu persatu perempuan yang masuk ke dalam bilik aku dan Taehyung itu.Mereka berbaris memanjang di hadapan aku dan menunduk serentak. "Selamat malam, puan Kim."

Aku tersentak. "Pu-puan Kim?"

"Ye.Kami diberitahu bahawa puan adalah tunang Tuan Taehyung.Kami ditugaskan untuk menyediakan barang-barang kepunyaan puan dan juga keperluan puan.Jadi boleh kami?"Kata salah seorang mereka dengan formal dan menunjuk ke arah beberapa kotak dan baju-baju yang dibungkus dengan kain.Lagaknya seperti pakaian mahal dari butik.

Aku hanya mampu mengangguk dan mereka mula beroperasi dalam bilik itu.Almari pakaian dibuka dan beberapa pakaian perempuan diletakkan bersebelahan dengan baju-baju Taehyung.Laci-laci almari pula diletakkan pakaian dalam perempuan.Perhiasan-perhiasan dimasuk sekali dengan barang-barang hiasan Taehyung.Meja solek dikemas dan ditambah dengan barang-barang kosmetik perempuan.Satu lagi almari yang menempatkan koleksi kasut Taehyung dibuka, dan dimasukkan dengan beberapa kasut perempuan.

Aku hanya diam dan memerhatikan mereka membuat kerja.Semuanya mereka sedia untuk aku.Mesti barang-barang semua ini menampung belanja yang sangat mahal.Taehyung..Taehyung..

"Puan, saya dah sediakan bathtub untuk puan."Aku hanya membalas dengan senyuman dan mengikutnya masuk ke dalam bilik air yang sebesar biliknya di jeju dulu.Barang kelengkapan mandi Taehyung sudah ditambah dengan barang kelengkapan mandi aku.Bathrobe pula tergantung secara berpasangan di dinding.

"Boleh kami buka baju puan?"Soal salah seorang mereka lagi.Aku tercengeng.Eh biar betul?

"Kami juga ditugaskan untuk memberi rawatan badan dan wajah pada puan."Jelas perempuan itu.Lambat-lambat aku mengangguk.Satu persatu bajuku ditanggalkan oleh mereka dan aku disuruh masuk ke dalam bathtub yang dipenuhi buih-buih yang bertabur dengan kelopak bunga ros.Wangi!

Seseorang dari mereka duduk di hadapan kepalaku dan mula mencuci rambutku.Kedua belah tanganku pula dikeluarkan dan mereka membuat rawatan kuku padaku.Muka aku pula dilumur dengan sebuah masker dan dibiarkan sehingga setengah jam.

Aku berasa sangat tenang dan selesa.Diberi rawatan istimewa dan aku hanya perlu baring dalam bathtub tanpa berbuat apa-apa.Nikmatnya..

Tepat 30 minit aku dikeluarkan dari bathtub dan dipakaikan bathrobe putih lalu mereka mendudukkan aku di depan cermin.Tapi yang peliknya mereka dudukkan aku secara membelakangkan cermin.Rupanya mereka hendak memberi rawatan pada kuku kaki aku.Rambutku juga mereka keringkan dan mereka kemaskan.Mukaku pula mereka letakkan macam-macam.Toner, moisturiser, serum, eye cream, night cream.Aku rasa ringan dan segar.Mereka juga menawarkan aku makeup tapi aku menolak kerana tidak berapa berkenan untuk mengenakan makeup malam-malam.

Akhir sekali, mereka berbaris memanjang kembali seperti tadi sambil memegang baju tidur.Ada gaun tidur, ada baju tidur yang ada corak kartun, ada lingerie yang sangat jarang dan pendek, G-string dan yang paling teruk hanya pakaian dalam.Aku hanya mampu menggeleng.Aku mengambil gaun tidur dan aku terus pakai tanpa menunggu mereka untuk memakaikan untukku.

"Hmm ada apa-apa lagi?"Soalku.

"Tiada lagi, puan."Balas salah seorang mereka.

"Terima kasih."Aku senyum pada mereka.Mereka menunduk sebelum keluar dari bilik air itu.

Aku mengeluh lega.Boleh tahan penat juga dengan rawatan bagai sampai sejam lebih ni.Aku keluar dari bilik air itu.

Kelihatan Euna baru masuk dalam bilik aku dan Taehyung ini. "Om-Omma."

Dia kelihatan terkejut memandangku.Aku mengerutkan dahi.Aku menghampirinya yang seperti terpaku melihatku.

"Kenapa sayang?"Soalku, hairan.Dia menarik tanganku, meminta aku menunduk kepadanya.Aku hanya menurut.Dia memegang wajahku dan memerhati wajahku dengan teliti. "Euna?"

"Omma nampak lain.Nampak cantik."Pujinya, ikhlas.Aku tergelak kecil dan mengusap rambutnya.Euna mendekatiku dan mengharum wangian tubuhku. "Hmm Omma bau wangi."

Euna memelukku dan menghidu wangian tubuhku sepuas-puasnya.Aku hanya mampu menggeleng dan tersenyum.Aku mengangkatnya dan membawanya ke katil.Aku mendaratkan tubuh kami berdua di atas katil.Dia pula masih memelukku bagai tidak mahu lepas.Suka sangat hidu aku yang dah wangi ni.

"Appa mana?"Soalku pada Euna.

"Appa tengah main video game dengan papa Jungkook."Balasnya dan sambung menghidu tubuhku.

Aku mengerutkan dahi.Main video game? Umur dah 25 ke atas masih main game? Tak kena dengan umur mahupun dengan kerja mereka.Aku tergelak kecil.

Aku pandang Euna dan aku lihat dia sudah terlena sambil memelukku.Aku tersenyum dan cium dahi dia.Perlahan-lahan aku memejam mata dan turut serta ke alam mimpi.

Criminal [COMPLETED]Where stories live. Discover now