23

273 16 0
                                    

Taehyung memandang dua kereta yang terparkir elok di hadapan rumah ommanya.Dengan segera dia melangkah dan masuk ke dalam rumah itu.

Suasana rumah itu agak heboh dengan kehadiran rakan-rakannya yang sedang bermain dan bergelak ketawa dengan Euna di ruang tamu.Ommanya dan Hae in pula berada di dapur sibuk memasak sambil bersembang.

Taehyung tersenyum melihat keluarga bahagianya.Hanya dengan mereka pun dia sudah berasa cukup dan gembira.Dia tidak harapkan apa-apa lagi.Dia cuma berharap yang detik ini tidak berhenti dan akan sentiasa begini.

"Woi!"Bantal yang mendarat di muka mengejutkannya dari lamunan.Hoseok ketawa terbahak-bahak selepas menghumban bantal itu ke muka Taehyung.

"Hyung! Kau memang nak kene kan!"Taehyung menarik kasutnya lalu dibuang kepada Hoseok.Tepat kena pada kepalanya.Ambik kau!

Hoseok mengaduh kesakitan manakala semua orang di ruang tamu tergelak. Puteri kecil kepunyaan Taehyung juga ketawa.Cute je bila budak itu ketawa.Dua orang wanita tersayangnya yang berada di dapur pula hanya mampu menggeleng kan kepala.

Taehyung menapak ke dapur.Ommanya yang sibuk menggoreng hanya memandangnya sekilas.Hae in pula sibuk memotong bahan-bahan sambil duduk di atas kerusi di kitchen island itu, tidak menyedari kehadiran Taehyung di situ.

Dengan langkah perlahan, dia menghampiri Hae in.Baru sekejap tidak berjumpa, tapi rasa rindu pula.

"Sayang!"Tubuh Hae in dipeluk dari belakang.Terhinjut bahu Hae in kerana terkejut tetapi tidak pula menjerit.Dia melepaskan nafas lega.

"Awak ni..Terkejut saya tah-."Kata-kata Hae in mati apabila Taehyung mengucup bibirnya sekali.Matanya berkelip seketika, cuba memproses apa yang terjadi.

Seketika kemudian, tangan Hae in mula memukul manja dada Taehyung dan Taehyung hanya gelak.Pipi Hae in pula dikucup. Sampai naik merah muka Hae in itu.

"Awak! Omma nanti nampaklah!"Marah Hae in separuh berbisik.

"Biarlah.."Taehyung merangkul pinggangnya.

"Taehyung, kalau ye pun nak cium bini tu.Pergilah mandi dulu.Setengah hari kat luar tu kan berpeluh."Tegur ommanya tanpa memandang mereka berdua.

Taehyung tersengih.

"Boleh tak Tae culik kejap bini Tae ni? Nak dia bawa dia mandi sekali.Tak best lah mandi sorang-sorang."Kata Taehyung dan wajah Euna dipandang dengan penuh minat.Terkumat kamit mulut wanita itu menahan geram.Alahai comelnya!

"Jangan nak mengada.Pergi mandi sekarang! Tak lari ke mana pun Hae in tu."Kata omma tegas yang kini bercekak pinggang memandang Taehyung.Hae in tergelak.

Taehyung mencebik.Rangkulan dipinggang Hae in dilepaskan.

"Omma buatkan japchae untuk Tae tak?"Soal Taehyung pada ommanya.

"Dah siap dah pon.Pergi lah mandi!"

Berseri terus muka Taehyung.Ommanya dihampiri lalu dipeluk dan dicium pipi ommanya banyak kali. "Sayanggggg omma!"

Badan Taehyung ditolak. "Pergi mandi cepat.Bau busuk!"

"Yelahh.."Dengan itu, Taehyung keluar dari dapur.Ommanya hanya mampu menggeleng.Hae in pula tergelak dan menyambung kerjanya.

"Omma! Omma!"Panggil Euna yang baru masuk ke dapur itu.

"Ye sayang?"Balas Hae in.Euna menghampirinya dan meletakkan tangannya di riba Hae in.

"Euna lapar..Nak makan."Adu Euna sambil membuat muka comel.Hae in tergelak melihat kecomelan puterinya itu.

"Meh sini anak omma."Tubuh kecil Euna diangkat dan didudukkan di atas kerusi sebelahnya.

Criminal [COMPLETED]Where stories live. Discover now