Aku terbangun dari tidur apabila terdengar bunyi.Aku segera bangun.Macam ada orang sedang berjalan di dalam rumah ini.
"Ah!"Jeritan kecil Euna kedengaran.Dengan pantas aku turun dari katil dan mengambil pistol yang Taehyung simpan di bawah katil.Taehyung tak tahu yang aku tahu dia letak pistol kat sini.Aku polis, semua benda aku dah periksa kat sini.
Dengan kaki terinjit aku berlari ke pintu tanpa mengeluarkan bunyi.Aku membuka sedikit pintu.Seseorang bertubuh tegap membawa keluar Euna yang tidak sedarkan diri dari biliknya dengan tangan lelaki itu yang menekup mulut Euna dengan kain putih.
Seorang lagi menghampiri bilikku tanpa menyedari aku yang mengintainya dari celahan pintu.Apabila dapat mengagak jaraknya yang cukup dekat, Aku membuka pintu dengan kasar sehingga terkena kuat dengan hidungnya.Dia mengerang kesakitan dan tanpa sempat dia berubah apa-apa aku menendang perutnya sehingga dia terduduk.
Lelaki yang sedang mengangkat Euna itu sedar dengan kehadiran aku itu segera melarikan diri.Aku mengejarnya.
Belum sempat dia turun tangga, aku menendang kuat belakangnya sehingga dia terjatuh.Aku sempat menarik tangan Euna sehingga dia tertarik ke arahku.
Aku terjatuh di atas tangga dan pinggangku menghentam bucu tangga dengan kuat.Tak terkata sakitnya.Euna pula selamat di dalam pelukanku.
Lelaki yang jatuh dari tangga itu berdiri dan menghampiriku.Tapi langkahnya berhenti apabila aku menghalakan pistol padanya.
"Kalau tak reti pakai.."
Aku menarik picu pistol itu.Dia menelan liur.
"Kau nak apa? Baik kau cakap kalau tak nak peluru ni tembus kepala kau."Ugutku, serius.Sebelah tangan sedang memeluk Euna yang tak sedarkan diri dan sebelah lagi menghalakan pistol pada lelaki itu.
Dapat aku lihat matanya memandang belakang aku sambil membuat isyarat mata.Aku tersenyum senget dan berpusing ke belakang dan menembak lelaki yang berada di belakangku itu.Dia menjerit kesakitan.Belum sempat dia jatuh, aku mengensot ke penjuru tangga sambil memeluk Euna dan dia selamat mendarat di lantai setelah jatuh tergolek di tangga.
Aku menghalakan pistol kembali kepada lelaki tegap itu.Dia kelihatan takut.Harap badan tegap tapi penakut.
"Cakap!"Jerkahku.
"Tuan saya arahkan kami untuk culik anak Taehyung."Katanya sambil tergagap.
"Kenapa?"
"Sebab Taehyung adalah musuh Tuan saya."
Aku mengeluh.Sebab inilah yang Taehyung cakapkan.Aku dan Euna dalam bahaya kerana dia banyak musuh.Sekarang kami tidak selamat, kerana musuh Taehyung sudah tahu kami berada di mana.
Apabila perasan aku yang tidak mengambil perhatian, lelaki itu mengambil kesempatan mengeluarkan pisau dan cuba menerkam aku.
Secara pantas aku meletakkan Euna di tepi dan menahan lelaki itu.Tangan lelaki itu aku tahan sekuatnya dari pisau itu tertusuk padaku.Dia kuat jika dibandingkan dengan aku.Aku bergegar.Aku tak boleh tahan.Aku mengalih tangannya kasar dan secara tidak sengaja dia terkelar lengan aku.Aku menjerit kesakitan dan dengan kaki aku yang bebas, aku menendang kawasan sulitnya sehingga dia jatuh.
Aku memegang lengan aku dan cuba berdiri walaupun pinggang aku rasa ngilu yang teramat.
Dia cuba menyerang kembali dengan pisau itu tapi aku memijak tangannya dan tendang pisau itu ke tempat lain.Pistol di tanganku aku hentak kuat pada kepalanya dan dia pengsan.
Lelaki yang satu lagi tidak mampu bergerak mahupun bersuara dia hanya mampu memegang kakinya yang berlumuran dengan darah.
Aku melihat darah yang tidak berhenti mengalir dari lenganku.Boleh tahan dalam juga lukanya.Sakit.
Setelah aku mengikat mereka berdua, aku angkat Euna dan bawa dia masuk ke dalam bilik aku dan kunci.Euna aku letak di atas katil dan aku duduk di birai katil sambil memegang pinggangku yang sakit.
Iphone pemberian Taehyung yang berada di atas meja aku capai dan segera aku mendail nombor Taehyung.
"Sayang."
"Ta-taehyung.Balik sekarang.Saya dan Euna diserang."Kataku tersekat-sekat.Sakit di pinggang kian menyucuk.Kepala aku pula mulai pening kerana darah banyak keluar.Aku makin lemah.Aku mungkin kuat tapi antibodi aku tak kuat.Aku tak boleh bertahan lama.
"Apa?! Sayang, stay right there.Don't move."Itu kata-kata yang aku dengar sebelum aku tidak sedarkan diri.
YOU ARE READING
Criminal [COMPLETED]
FanfictionKim Taehyung, si penjenayah jatuh cinta pada Park Hae in, si polis.