| Sudut Pandangan Ketiga |
"Aku dengar budak-budak kat daerah sebelah dah tunduk dekat dia. Aku takut weh bila kita ada orang macam ni dalam sekolah kita."
"Yang kes gaduh sampai junior kita masuk ICU tu ke?"
"Ye gerun sumpah. Aku pelik pasal benda ni tak jadi kes polis."
"Mungkin sebab rumours tu kot..."
"Rumours yang mana?"
"Shhhh!!" Dan seluruh ruangan kantin pun menjadi senyap.
Saat kelibatnya semakin mendekat, mereka menjadi semakin berdebar-debar. Bukan itu sahaja, mereka kaku di tempat masing-masing ibarat terkena Haki. Taubat, moga-moga perbualan mereka tidak didengari olehnya.
Gerangan yang paling ditakuti di sekolah itu dengan sengajanya mengambil laluan berdekatan meja mereka dan saat dia melintas di kawasan itu, dia menghadiahkan jelingan yang maha tajam kepada insan-insan yang duduk di situ. Kecut perutlah sesiapa yang kebetulan melihatnya.
Sememangnya itu bukan hanya jelingan biasa. Itu adalah sebuah amaran!
'Mampos! Memang mampos kita pagi ni mat.'
'Aku dah nak terkencing ni babi!'
'Siapa yang bodoh sangat bukak topik pasal Queen tu tadi? Sumpah memang bodoh aku kata.'
'Mujur hari ni hari Isnin. Doa jela sandwic tu dapat redakan dia.'
Itulah erti tersirat dari setiap pandangan yang mereka ekspresikan sesama mereka. Memang menempah ajal. Kalau sampai-sampai junior itu berdendam dengan mereka, memang tamatlah riwayat mereka sebagai senior di sekolah itu. Bertambahlah ketakutan mereka ketika membayangkan hal yang mengerikan itu terjadi.
Dan pagi ini nyata doa salah seorang daripada mereka diangkat ke langit. Nasib mereka cukup baik kerana junior itu hanya sekadar memberi teguran mesra kepada mereka. Seperginya junior itu dari kawasan tersebut, mereka akhirnya menghela nafas berat seolah-olah baru terlepas dari maut. Mereka tidak berani menghirup oksigen terlalu kerap apabila berdekatan dengan junior perempuan itu!
Pelajar-pelajar yang lain pula segera memberi laluan dan menundukkan pandangan apabila dia berjalan pula melintasi mereka. Si dia kini sedang menuju ke arah salah satu kaunter kantin yang masih kosong tiada barisan itu. Meskipun waktu ini merupakan waktu rehat, tiada seorangpun yang berani beratur di laluan yang satu itu kerana hari ini merupakan hari Isnin.
Bagi mereka, pada hari pertama dalam seminggu itu, budak perempuan itu wajib menjadi orang pertama yang membeli makanan di situ. Itulah pantang larang mereka. Barisan itu tak lain tak bukan merupakan laluan khas untuk mereka yang ingin membeli Sandwic Istimewa Hari Isnin.
Sesedap manapun sandwic istimewa itu, selagi si dia belum membeli, selagi itulah yang lain tidak boleh membeli. Mereka hanya boleh bergerak apabila dia sudah selesai.
Pernah sekali, sandwic itu habis. Nyaris dia mahu mengamuk kerana rasa mengidamnya yang melampau itu. Mujur saja pada waktu itu, ada seseorang yang berjaya memujuk dan menenangkannya. Sejak itulah mereka lantas membuat peraturan tentang barisan itu. Kononnya tidak mahu pisang berbuah dua kali.
Si dia melihat pilihan menu yang ada, dan sebaik sahaja matanya melihat Sandwic Istimewa Hari Isnin, bibirnya menguntumkan senyuman. Tidak syak lagi, itulah makanan yang dia cari.
Selesai membayar, dia pun berlalu pergi. Ketika itulah barisan itu mula diserbu oleh pelajar-pelajar yang lain. Sandwic Istimewa itu terhad bilangannya. Jadi, siapa yang sempat berbaris terlebih dahulu sememangnya beruntung.
![](https://img.wattpad.com/cover/131272224-288-k122991.jpg)
YOU ARE READING
Dia Raja Buli
أدب المراهقين3 | Ruthless Saviour "Sekolah ni walaupun bukan bapak aku yang punya, aku yang paling berkuasa. This is my territory. Sekali kau pijak lantai sekolah ni, kau, dah jadi milik aku." --- Tengku Adam Naufael. Baru sehari aku belajar di SMK Empirik, d...