⚠️ PERINGATAN: BAB INI MENGANDUNGI BAHASA KESAT DAN UNSUR KEGANASAN. READ AT YOUR OWN RISK.
.
.
.
| Sudut Pandangan Ketiga |
"Bangsat."
Itulah perkataan pertama yang keluar dari mulutnya setelah matanya akhirnya berjaya menangkap kelibat seseorang yang ditunggu-tunggunya dari tadi.
Tidak membuang masa, dia menyingsing lengan baju seraya membuka langkah seribu mendekati lelaki yang kebetulan sedang berjalan dari arah yang bertentangan dengannya. Bertambah menggelegak rasa panas di hati kala mendengar lelaki itu bersiulan. Tak banyak cakap, satu tumbukan padu miliknya singgah pada rahang lelaki tersebut.
Tangannya terasa sakit dan kebas tetapi kesakitan itu dia tolak tepi. Hal ini kerana ada sesuatu yang lebih penting yang perlu dia 'bincang' dengan lelaki yang sudah jatuh terduduk dihadapannya itu.
"What in the babi..." Sumpah lelaki itu keras. Terkejut bukan kepalang dia diserang hendap secara tiba-tiba.
Dia kemudian mendongak memandang insan 'baik hati' yang telah menghadiahkan sekepal penumbuk kepadanya. Sekali lagi, dia terkejut besar kerana pelakunya seorang perempuan. Tapi tak lama, dia mula tersenyum sinis. Mencari pasal ye betina ni. Tak kenal lagi dia siapa. Itulah maksud dari senyumannya ketika itu.
Tiba-tiba, sesuatu yang hangat mengalir dari celah bibirnya dan tangannya secara automatik meraba-raba bahagian itu. Jarinya berhenti bergerak apabila ia tersentuh cecair hangat berwarna merah atau lebih tepat lagi dikenali sebagai darah.
Pecah. Ternyata bibirnya pecah hanya kerana seorang perempuan. Tiba-tiba dia rasa tercabar.
"Kau eh yang cari pasal dengan budak Alkena tu?" Tanpa berbasa-basi, gadis misteri itu bertanya. Wajahnya serius.
"Kalau ya?" Lelaki itu tidak mengambil masa untuk faham konteks pertanyaan gadis itu. Malahan, tanpa segan-silu dia mengaku. Nampak gayanya dia langsung tidak takut dengannya walhal dia sudah ditumbuknya sampai terjelepok tadi. Dia juga mulai bangun sambil mengelap bibirnya yang terluka dengan hujung lengan baju.
"Kau memang lahanat..." Pengakuan dari lelaki ini membuatkan kemarahan gadis itu semakin meluap-luap. Tangannya sudah menggigil-gigil menggenggam buku lima.
"Lancang eh mulut kau. Untuk BUDAK perempuan secantik kau aku rasa itu tak patut." Ucap lelaki itu yang masih dengan senyum sinisnya.
Perkataan 'budak' sengaja ditekankan. Sedikitpun dia tidak berasa tergugat dengan budak perempuan yang bertubuh kecil ini. Dan semasa berbicara, sempat pula dia melepas tawa. Entah apalah yang dirasakannya sangat kelakar ketika itu.
Gadis itu turut sama tergelak. Dia tahu dia sedang dipandang rendah. Macam biasa. Tunggu saja.
"Terima kasih sajalah. Aku dah biasa dengar pujian tu." Saku hoodie diseluk. Dia mengeluarkan sesuatu.
Lelaki tersebut terus berundur setapak kala ekoran matanya sempat menangkap pergerakan tangan gadis itu. Dalam masa yang sama, laju dia memeriksa keadaan sekeliling. Ketiadaan orang yang lalu-lalang membuatkannya berasa semakin gelisah. Apa lagi kawasan tersebut memang agak terpencil.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia Raja Buli
Fiksi Remaja3 | Ruthless Saviour "Sekolah ni walaupun bukan bapak aku yang punya, aku yang paling berkuasa. This is my territory. Sekali kau pijak lantai sekolah ni, kau, dah jadi milik aku." --- Tengku Adam Naufael. Baru sehari aku belajar di SMK Empirik, d...