Mulutku berhenti mengunyah. Dia tersenyum sinis lalu memusingkan tubuh sebelum bergerak keluar bersama yang lain, meninggalkan aku yang sudah menjeling tajam ke arah tempat dia masuk dan keluar.
Dada mula berombak, turun naik kerana hadirnya amarah. Ibarat kerasukan, ia semakin menghasutku untuk berlari mengejar perempuan itu lalu memberikan balasan yang setimpal kepadanya. Tak tertanggung rasanya. Seakan-akan mahu meletup. Perasaan itu semakin lama semakin marak kerana menyedari perempuan itu telahpun memandang rendah akanku. Disangka lemah kerana diam?
Haha.
Kau dah tersalah perhitungan, perempuan. Kau telahpun tersilap menggertak orang. Sudah cukup baik aku bersabar pada pagi tadi. Mengalah ibarat orang lemah yang bodoh. Menyerah kononnya mahu berubah dan menjauh dari segala kontroversi busuk. Mengelak ibarat seorang pengecut yang mahukan solidariti yang tak pasti. Rupanya itu masih lagi belum memadai.
Ketika inilah jua, pesanan dari mereka tiba-tiba terngiang-ngiang di dalam kepala. Seperti mahu menghalang perasaan gila ini daripada terus merebak.
"Tarik nafas dalam-dalam, sayang. Dengar. Tak semua perkara harus disolusikan dengan keganasan dan kesakitan. Ada cara yang lebih baik. Kesabaran itu kuncinya. Wallahi."
Tetapi satu perkataan,
Cuai.
Bermati-matian aku fikir selama ini aku telah berubah menjadi setenang-tenang manusia namun siapa sangka itu semata-mata kerana tiada yang berani mencabarku?
Mereka telahpun cuai. Tak syak lagi, sekolah ini sememangnya adalah sebuah lubang neraka, yakni tempat yang ditakuti oleh mereka yang langsung tak punya kuasa. Tetapi, neraka yang ini bukanlah tempat untuk seekor syaitan liar sepertiku.
Aku lantas membuat satu keputusan drastik. Solidariti bukanlah jalanku. Ketenangan bukanlah caraku. Itu adalah hak untuk orang yang lemah dan aku bukannya lemah! Jika perempuan itu menginginkannya, akanku berikan penangan yang dia mahukan. Apalagi aku memang pantang digertak.
Aku mula berdiri. Tegak dengan emosi jahat yang menunggu untuk dilampiaskan. Namun, sebelum sempat aku mahu berbuat apa-apa, seseorang tiba-tiba menghadang laluanku. Kedua tangannya didepang luas. Aku mendongak memandang remaja lelaki itu dengan mata yang cerun.
Dia menggelengkan kepala, seolah-olah tahu apa yang ada di dalam fikiranku. Pada saat ini juga, seorang pelajar lelaki yang memakai ves hitam datang lalu menarik bahu orang yang menghadangku baru sebentar tadi. Wajahnya kemerahan menahan rasa bengang.
"Jangan nak buat kerja gila, Adi. Kau tak nampak ke apa yang jadi dekat Janna tadi?" Marahnya dalam nada yang amat perlahan.
Lelaki yang dipanggilnya sebagai Adi itu kemudian berpusing menghadapnya. "Pastu? Kau nak tengok je budak baru ni buat hal dengan Tijani? Macam tu?"
Amarahku lebur di situ juga. Hampir tidak berkelip mataku memandang mereka. Tangan yang sedari tadi sedang ketat menggenggam jemari, kini sudah terlerai begitu sahaja. Sebegitu mudah. Digantikan dengan perasaan hairan terhadap dua orang manusia ini.
"Peraturan Raja, Adi. Kau jangan nak buat-buat lupa." Sekali lagi, remaja lelaki yang memakai ves itu menegaskan.
"Kau pulak jangan nak buat-buat buta, Bad. Kau sendiri tahu macam mana dia ni pagi tadi. Takkan kau nak biar je? Kau tu pengawas kot. Do something!" Masing-masing tidak mahu mengalah dalam hal yang aku masih tidak mengerti pokok pangkalnya apa.
"Kepala hotak kau la. Kau ni bodoh ke? Memanglah aku ni pengawas tapi kau sedar tak Tijani tu siapa? Dah kalau kau berani sangat, kaulah yang 'do something' tu. Tengok-tengok nanti kau yang lunyai dikerjakan oleh anjing-anjing si Raja."
Cukup sampai situ, kesabaran si Adi menghilang. Tangannya bergerak mencengkam tali leher pengawas itu. Namun, tenang sahaja lagak pengawas itu. Bukan itu sahaja, begitu lantang pula dia berkata-kata selepas itu.
"Jangan cakap aku tak bagi warning. Belum terlambat selagi yang lain belum masuk kelas."
Aku yang baru terperasan menjadi semakin keliru. Apa yang mereka berdua bincangkan sebenarnya? Dan apa pula kaitan yang lain dalam hal ini? Memang benar pun katanya, kerana hanya kami bertiga sahaja yang berada di sini. Yang lain sudahpun lesap. Entah ke mana.
Setelah beberapa waktu, Adi yang kelihatan cukup tegang itu akhirnya berjaya menenangkan diri lalu mengalah. Dia akhirnya melepaskan genggamannya yang melekat di tali leher pengawas itu.
"Baik, tapi sebelum tu..," dan dia berpaling pula ke arahku.
"Aku nak nasihatkan kau, budak baru. Kalau kau tak nak kena macam apa yang jadi dekat Janna tadi, jangan buat macam pagi tu lagi. Dia takkan maafkan kau lagi di lain kali."
Wajahku yang kelihatan semacam itu membuatkan si Adi menghela nafas berat.
"Okey, macam ni. Nama perempuan tadi tu Tijani. Jangan sesekali cari pasal dengan dia. Lagi-lagi dia tengah badmood sebab boyfriend dia masuk hospital."
Aku menganggukkan kepala.
"Dan..." Adi melilau ke kiri dan ke kanan sebelum menyambung.
"Jangan sesekali buat hal dengan dia sebab dia kawan Raja."
"Raja?" Inilah kemuncak kepada rasa ingin tahuku. Pertama kali aku bersuara setelah lama mendiamkan diri di hadapan pertengkaran mereka. Mungkin kerana aku tertarik dengan nama yang disebut-sebut sejak tadi itu. Raja...
"Ya, tapi dia tiada di sekolah buat masa sekarang."
"Siapa dia? Kenapa aku harus takut dengan dia?" Aku menyoal lagi. Adi mengeluh sebelum memandang ke arah pengawas yang bernama Bad tadi. Kali ini Bad pula yang bersuara setelah agak lama mendiamkan diri.
"Percayalah cakap Adi, budak baru. Raja isn't someone that you would want to mess with."
"And kitorang tak boleh bercakap dengan kau lama-lama." Ucap Adi yang kerap kali mencuri pandang ke arah koridor yang masih kosong itu.
"Kenapa?"
"Lupakan dulu. Kau pelajar harian, kan? It means you're safe as for now." Adi menghela nafas lega.
Aku menggeleng. "Aku... Aku dah apply masuk asrama."
Rahang Adi jatuh di situ juga. "Now that's not a good news." Dia dan Bad saling berpandangan selepas itu.
.
.
.
.
.
![](https://img.wattpad.com/cover/131272224-288-k122991.jpg)
YOU ARE READING
Dia Raja Buli
Teen Fiction3 | Ruthless Saviour "Sekolah ni walaupun bukan bapak aku yang punya, aku yang paling berkuasa. This is my territory. Sekali kau pijak lantai sekolah ni, kau, dah jadi milik aku." --- Tengku Adam Naufael. Baru sehari aku belajar di SMK Empirik, d...