| Sudut Pandangan Ketiga |
Dia duduk mencangkung. Bakul yang menempatkan pakaian kotor dipunggah mendekati baldi yang penuh berisi air paip. Sesekali, dia mengeluh kerana sudah kelenguhan. Namun, berbaki satu helai baju lagi yang harus dia cuci. Atas asbab itu, dia kerahkan jua tangannya untuk bergerak. Inilah dia dugaan hidup di asrama.
Tidak lama, dia terdengar beberapa derapan kasut menapak masuk. Dia tidak menghiraukannya lalu bangun untuk menadah air bersih.
"Tu junior yang baru masuk kan?" Satu suara asing berbicara di dalam bilik air itu.
"Ye do. Suruh jelah dia. Budak Zanna tu dah lari. Babi betul."
Ketika dia duduk semula di bangku kecilnya, satu longgokan pakaian yang kotor dan berbau tiba-tiba jatuh dari atas. Tangannya automatik berhenti memintal. Stoking busuk yang mendarat di atas kepalanya ditepis dengan rasa jijik. Sempat dia memberi komen, "tak basuh sepuluh abad ke apa?"
"Berbau, kan? Cuci sampai bersih ya. Semua sekali."
Dia akhirnya mendongak ke atas. Sebelah keningnya naik kala melihat tiga orang perempuan yang bertubuh gempal mengelilinginya. Hendak dibandingkan dengan dia yang kurus melidi, fuh, memang jauh sekali. Ibarat langit dengan bumi.
Dia masih memandang mereka dengan gaya santai. Sedikitpun ego dia tidak tercalar kerana manusia-manusia yang pemalas ini.
"Kau pahal?" Tanya perempuan yang mengarahnya manasuka tadi. Dia mulai bengang dengan sikap tidak endah junior yang tidak bernama ini. Dari tadi membatu macam patung cendana. Dan dalam keadaan seperti itu, sempat pula dia meniup rambut yang terjuntai ke dahi. Dengan selambanya!
Menjengkelkan!
"Kau pekak ke? Dia suruh kau cuci baju-baju tu kot!" Celah manusia kedua yang mula panas dengannya. Tersarung blazer hitam di tubuhnya, menandakan statusnya sebagai pengawas di sekolah itu. Dan bagi pengawas tak bertauliah sepertinya, setakat junior hingusan macam ini kacang saja hendak buli. Lagi-lagi kerana jawatan ketua biro disiplin dia yang pegang. Sudah pastilah dia digeruni dan ditakuti oleh pelajar-pelajar lain. Junior apatah lagi. Auto tercirit!
"Suruh orang lain. Aku busy." Selamba badak junior itu menyepak longgokan kain itu ke tepi, menjauh daripada tempat dia sedang membasuh baju.
"Dasar pemalas," semburnya lagi.
Inilah kemuncak amarah ketiga-tiga orang gadis itu. Merah padam muka mereka apabila anak hingusan ini dengan beraninya memijak pakaian milik mereka. Dilabel sebagai pemalas pula tu. Harus diajar!
"Hoi!" Bahu junior itu ditolak kasar sehinggakan dia terdorong ke dinding mozek. Junior itu mulai bengang lantas melepaskan dengusan. Main tolak-tolak pula pengawas bangsat ni.
"Kau tak kenal ke ayah aku siapa?" Pengawas senior itu menjerkah. Matanya sudah terbeliak. Sakit hati dengan tingkah junior yang berani melawan ini.
"Kenapa? Mak kau tak bagitau ke?" Terjojol mata mereka mendengar ayat itu keluar daripada mulutnya. Namun tak lama, mereka mula berpandangan sesama mereka sambil menguntum senyum sinis.
Secara tiba-tiba, dua daripada mereka bertindak memegang lengan junior yang dianggap kurang ajar itu. Seorang di kiri, seorang lagi di kanan. Yang berblazer pula sudah sedia menyingsing lengan baju, tanda dia bersedia untuk memberi pengajaran kepada anak kecil ini.
"Inilah bayaran untuk kau sebab berani melawan kitorang!"
Tetapi yang anehnya, ketika dikasari, junior itu langsung tidak melawan. Menunjukkan riak takut apatah lagi. Sebaliknya, saat dia mengangkat kepala, dia hanya tersenyum.
.
.
.
.
.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia Raja Buli
Tienerfictie3 | Ruthless Saviour "Sekolah ni walaupun bukan bapak aku yang punya, aku yang paling berkuasa. This is my territory. Sekali kau pijak lantai sekolah ni, kau, dah jadi milik aku." --- Tengku Adam Naufael. Baru sehari aku belajar di SMK Empirik, d...