1 2

2.3K 231 76
                                    

| Sudut Pandangan Ketiga |

"ARGHHH!" Nyaring dia menjerit bagaikan terkena histeria semenjak tersedar dari pengsan seminit yang lalu. Dalam pada itu, kuat tubuhnya meronta agar pegangan mereka pada badannya menjadi longgar. Namun, usahanya gagal. Cengkaman mereka pada lengan serta kakinya sebegitu kukuh dan utuh. Seperti yang dijangka dari kekuatan lima orang lelaki dewasa. Sekarang, mereka ingin mengikatnya pula di atas katil wad.

"Tahan dan tekan lutut dia!" Teriak seorang lelaki muda berkot putih kepada pembantu-pembantunya. Dahinya kini basah dengan peluh.

"Doktor! Kita kena cepat. Di... Dia terlalu agresif!" Salah seorang daripada empat orang pembantunya mula mengadu keletihan. Kedua belah tangannya mulai kebas. Dari tadi dia diarahkan untuk memegang dan menahan kaki budak perempuan yang sedang naik gila itu. Ini kalau dilepaskan, memang habis semua dia tendang. Silap-silap, boleh huru-hara satu hospital ini nanti angkaranya.

Doktor itu mengeluh berat sebelum membuat keputusan drastik. "Panggilkan Doktor Nur sekarang. ASAP. Bawakan ubat penenang sekali." Pembantunya mengangguk sebelum dia akhirnya keluar dengan tergesa-gesa.

"LEPASKAN AKU! BIAR AKU BUNUH JANTAN TU! HUH KAU TAKKAN TERLEPAS! ARGH!"

Doktor muda itu terpempan mendengar bait-bait sumpahan yang keluar dari mulutnya selepas itu. Apa yang telah terjadi kepadanya sehingga menjadi di luar kawalan seperti ini? Bukan itu sahaja, wajah dan tubuh badannya basah dengan darah. Dari baunya yang agak menyengat rongga hidung itu membuatkan doktor muda itu yakin sekali bahawa itu ialah cecair hemoglobin.

Sempat doktor itu berfikir. Darah ini darah dia ataupun kepunyaan orang lain? Mana mungkin dia tak tertanya-tanya. Ketika anak ini mula-mula ditempatkan di Hospital Xenon tadi, mereka tidak memberitahu doktor muda itu apa-apa. Hanya kata mereka, kes ini adalah kes kecemasan.

"KAU!" Tiba-tiba dia bertempik lantang sambil menunjuk ke arah sesuatu. Matanya tajam mencerlung ke arah sudut yang sama. Doktor muda itu lantas berpaling. Jari telunjuk pesakitnya tegak menuding ke arah seorang lelaki bersut hitam yang berdiri tidak jauh dari tempat mereka berada. Lingkungan umurnya mungkin dalam 40-an. Lelaki itu kelihatan amat muram sekali.

"SEMUA SALAH KAU, ORANG TUA! SALAH KAU!!!" Jeritnya. Amarahnya semakin menjadi-jadi. Nyata, kehadiran lelaki misteri yang tidak diketahui apa hubungannya dengan pesakitnya di dalam bilik wad itu membuatkan suasana menjadi semakin tegang. Mungkinkah lelaki itu sebenarnya punca kepada semua ini?

Doktor itu kemudian cepat-cepat membuat isyarat kepada seorang jururawat wanita yang berada tidak jauh dari tempat dia berdiri. Jururawat wanita itu mengangguk faham lalu melangkah ke arah lelaki bersut hitam tadi.

"Maaf, encik. Mohon keluar dulu. Biar kami yang kendalikan," pujuknya.

Lelaki yang dihampirinya itu meraup wajah dengan penuh kekesalan. Amanah daripada arwah isteri yang sangat dicintainya pada suatu masa dahulu mula terngiang-ngiang di telinga.

"Sayang, Ros dah tak lama dah. Berjanjilah yang sayang akan jaga puteri kita dengan baik. Jagalah bukti cinta kita ini sebaik yang mungkin. Ampunkan Ros kerana Ros tak mampu untuk bertahan lagi."

Baru sekarang dia sedar bahawa dia telah terlambat untuk semua itu. 15 tahun. Dia sudah mensia-siakan 15 tahun itu begitu sahaja. Seperti yang dilihat, anaknya yang satu-satunya telah menjadi gila. Sungguh dia menyesal. Tapi mahu menyesal sekarang pun tidak ada gunanya. Nasi sudahpun menjadi bubur!

Maafkanlah aku, Roserina. Semenjak kau pergi meninggalkan aku, aku...

"Encik?" panggilan jururawat itu mematikan lamunannya.

Lelaki itu akhirnya akur. Dia pun melangkah keluar dari bilik itu dengan lutut yang longlai. Jiwanya semakin berkecamuk angkara diserang oleh pelbagai perasaan yang tidak pernah dirasainya sebelum ini. Perit, sakit. Seakan-akan mahu pecah dadanya ketika itu. Jeritan anak gadisnya yang diselangi dengan tangisan itu perlahan-lahan meruntuhkan tiang kelelakiannya.

Akhirnya, dia jatuh terduduk di atas lantai sambil menangis teresak-esak. Tangannya dilekapkan ke wajah. Orang yang lalu-lalang di laluan itu memandangnya dengan penuh simpati. Rumah sakit sememangnya adalah tempat untuk segala macam rasa terutamanya kesedihan dan kesakitan. Bagi mereka, mungkin lelaki yang sedang menangis ini baru sahaja kehilangan orang yang tersayang.

Tiba-tiba, perhatian mereka beralih ke arah televisyen hospital apabila mendengar satu suara pembaca berita menyiarkan berita yang menggemparkan. Saat mendengar berita itu, mereka menyumpah seranah. Sedikitpun mereka tidak tahu bahawa berita itu sebenarnya mempunyai kaitan dengan lelaki yang sudah terjelopok di lantai itu tadi.

"Seorang lelaki berumur 28 tahun telah ditahan oleh pihak polis atas pertuduhan membunuh dua orang pelajar lelaki dan perempuan. Motif dipercayai kerana dendam tetapi pihak polis masih menjalankan penyiasatan. Seorang lagi pelajar didapati cedera parah apabila ditikam dengan parang namun berjaya diselamatkan. Dimaklumkan terdapat lagi seorang mangsa yang sedang disahkan. Suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut. Kedua-dua mangsa yang dibunuh dipercayai adalah kembar..."

"Ya Allah... Zamhari!" Seseorang tiba-tiba menjerit.

Apabila terdengar namanya dipanggil, lelaki itu menoleh bersama matanya yang basah dan kemerahan.

Hamidi?

"Apa dah jadi ni Zamhari?" Tengku Hamidi terus melutut ke lantai sambil melingkarkan tangannya ke bahu Tengku Zamhari yang sudah terhinjut-hinjut menahan esak tangis.

"A...Anak aku. Anak aku, Ham!"

"Semua ini dugaan," dia memujuk. Matanya berkaca-kaca melihatkan keadaan adik lelakinya itu. Sungguh meruntun hati. Inilah kali pertama dia melihat adik kandungnya sekusut itu setelah kematian isterinya 15 tahun yang lalu.

"Berdiri, Zamhari, berdiri. Jangan lemah. Kuatkan iman dan semangat kau!"

"Semuanya salah aku, Ham. Salah aku..."

"Astaghfirullah, tidak baik begitu, Zamhari. Jangan salahkan diri kau. Semuanya berlaku atas takdir Yang Maha Esa." Tengku Hamidi memeluk adiknya dengan rasa sebak. Apabila terdengar jeritan anak saudara perempuannya di dalam, akhirnya, dia pun menangis jua.

.

.

.

.

.

** Setakat ni, dah dapat klu Queen tu siapa?**

Hai zheyeng sekalian. Saya dah tukar hari update yah. Isnin dengan Jumaat sahaja. Itupun kalau tiada aral melintang. Double updates in the day stated is also possible only if I'm feeling nice :>

Plot twist otw. Korang boleh juga main tebak-tebak nanti tu. Kalau betul, saya bagi gula-gula :D Haha!

Itu saja. Terima kasih kerana membaca!

Dia Raja BuliWhere stories live. Discover now