M.B.U 1 Daneen Aneesa

383 14 6
                                    

"Daneenn!!"

Masuk ni dah tiga kali Puan Arina melaung-laung nama anaknya agar bangun. Setiap pagi akan menjadi rutin harian buat Puan Arina kejutkan anaknya yang seorang itu.

"Iya umi.. Daneen bangun lah ni."
Dengan bermalasan Daneen bangkit dari perbaringan menuju ke tandas.

Selesai mandi, Daneen menyarung baju lengan panjang berwarna biru dengan seluar slack hitam. Ditambah dengan topi biru langit terletak cantik di atas kepalanya. Pantas Daneen menilik dirinya di cermin.

"Hurm.. Okey cun." Riak puas hati terpapar pada wajahnya.

"Jika kita boleh beli cinta berapa pula harganya..alangkah indah kita di cinta nangis ketawa sama ha.ha.ha.."

Langkah diatur ke meja makan sambil menyanyi kecil lagu nyanyian penyanyi kegemarannya Amy Mastura.

"Haa. Elok lah. Bangun lewat lepas tu je terus makan. Sempat pulak tu dia menyanyi riang dekat sini." Bila Umi dah start enjin mulut dia, kalah bunyi mesin parut nyiur tu.

"Alaa..umi. Rilek la umi. Hidup kena chill. Takkan lari gunung yang dikejar." sambil buat muka sepuluh sen, Daneen cuba menenangkan hati Uminya dengan harapan umi nya senyap. Perit telinga weh nak makan ni.

Puan Arina pantas mendekati Daneen dan menghadiahkan cubitan kasih sayang.

"Aduh.. sakit lah umi.. apa salah Daneen umi?"

"Apa salah Daneen ye sayang? Cuba tengok jam tu pukul berapa dah sekarang." arah Puan Arina.

Daneen kerling kearah jam tangan ice watch ditangan kanannya.

"Oh no!! Umi, Daneen gonna be death! Kenapa umi tak cakap awal-awal dah pukul 10.15 pagi?"

"Eh. Bertuah punya budak. Aku kejut kau sampai nak tercabut anak tekak ni. Boleh pulak kau salahkan aku ya Daneen?" Daneen menyengih tanda mengakui kesilapannya menyalahkan umi.

"Hehehe. Umi..umi.. engkaulah ratu hati ku. Sorry ye umi. Salah Daneen lah bukan salah umi." Daneen menyanyi lagu iklan susu sambil mencium pipi umi tersayang dan dengan sepantas kilat Daneen berlari memakai kasut sneakers dan merempit menuju ke arah kampusnya.

Mana taknya, kelas English Miss Delyla pagi ni. Macam mana dia boleh lupa? Kelas tu penting sebab Miss Delyla tu adalah salah sorang Pensyarah 'singa' dekat Universiti ni.

Daneen belum pernah datang lewat kelas English tu sebab takutkan Miss Delyla tu. Siapa yang datang lewat akan didenda dengan denda 'rahsia' . Denda mengikut mood Miss Delyla. Nasib badan la kalau terkena time mood singa datang. Boleh jadi dia suruh kau berlari sekiling Jabatan Kejuruteraan Mekanikal ni tanpa memakai kasut. Alamat melecet lah kaki jawabnya.

****

"Morning Miss. I'am sorry for being late today." Sampai ke kelas langsung Daneen ketuk pintu seraya memberi salam.

"Give me a reason please." Wajah Daneen direnung tajam.

Reason? Alamak. Mampus lah aku kejap lagi aku ni. Wahai tumit kaki mohon jangan kau melecet ye. Daneen bermonolog. Nafas ditarik dan dengan yakin Daneen memberi alasan.

"I will give a cliche reason Miss but hope that you will understand. I'm never missed or late to your class before Miss Delyla. I have a lot of assignment to finished the night before so, end up me, wake up late this morning." Dengan sekali lafaz Daneen menuturkan alasannya.
"I'am really sorry Miss Delyla." Wajah ditunduk supaya Miss Delyla yakin akan kekesalannya.

"Hurm. Too much talk. Daneen right?"
soal Miss Delyla . Riak wajah Puan Delyla kembali normal. In good mood maybe? Daneen menganggukkan kepalanya.

Miss Brutal UndercoverWhere stories live. Discover now