Ain, seorang budak yang tinggal di Malaysia, khususnya di daerah Tawau, Sabah. Namun, darah yang mengalir dalam dirinya merupakan darah asli Indonesia. Ibu bapanya yang berasal dari Sulawesi Selatan, Indonesia, bertemu ketika mereka merantau mencari kerja. Mereka berkahwin kira-kira pada tahun 1997, dan setahun kemudian, lahirlah anak pertama mereka yang bernama Syafiqah. 5 tahun kemudian, lahir anak kedua mereka, yaitu Ain. Dan 6 tahun kemudian, lahir anak bongsu mereka yang bernama Khairah. Ketiga-tiga anaknya itu lahir di Hospital Besar, Tawau.
Ibu bapa Ain dulunya menggunakan pasport, namun akhirnya pasport mereka mati. Ain pula tidak memiliki surat lahir Malaysia, maupun Indonesia. Ibu bapa Ain belum menjumpai sekolah Indonesia yang sesuai untuk Ain. Kakaknya, yang biasa dipanggil Syasya, menghabiskan sekolahnya hingga tingkatan 5 (tak tau macam mana boleh).
Dari Ain mulai bersekolah hingga duduk di darjah 5, selama itu juga Ain bermati-matian ingat bahawa dia berwarganegara Malaysia. Berapa kali ibunya memberitahunya, namun dia tetap tidak percaya. Hingga akhirnya dia memutuskan persekolahannya sebelum dia naik ke darjah 6. Karena ibunya fikir, tak mungkin Ain akan melanjutkan darjah 6 di sekolah Malaysia (sekolah swasta) sebab memerlukan surat lahir, sedangkan Ain tidak memiliki surat lahir. Jadi, ibunya pun menghantarnya balik ke kampung halaman ayahnya, yaitu di daerah Masamba, Kabupaten Luwu Utara, Sulawesi Selatan. Disana, dia dijaga oleh ayahnya, manakala ibu dan adik-beradiknya yang lain berada di Malaysia.
Selama 6 bulan berada di kampung, selama itu juga dia menghadapi berbagai cabaran hidup, selama itu juga dia merindui ibu dan kakak-adiknya. Tujuan ibunya menyekolahkannya di kampung selama setengah tahun adalah agar Ain mengenali Indonesia dengan lebih lagi. Dan setelah ibunya mengetahui akan adanya sekolah Indonesia yang telah siap dibangun berdekatan bandar Tawau, ibunya berasa gembira. Namun, ibunya tahu bila Ain didaftar di sekolah itu, Ain akan diuji. Dan bila itu berlaku, ibunya ingin agar Ain dapat lulus melalui ujian itu. Itu juga salah satu tujuan ibunya menghantarnya ke kampung.
Setelah semuanya selesai dan berjalan dengan lancar, Ain pun lulus ujian tersebut berkat idea dan doa ibunya selama ini. Adiknya yang biasa dipanggil Kiya, juga didaftar masuk ke sekolah yang sama dan lulus ujian karena pandai membaca tatkala usia baru mencecah 6 tahun. Dia didaftar masuk dalam kelas 1 (darjah 1), manakala Ain didaftar masuk dalam kelas 6. Mereka pun gembira, bakal menempuhi sekolah baru, kawan baru, dan segalanya baru.... di sekolah itu...
YOU ARE READING
Kisah Budak Sekolah Imigran
FanfictionKisah pahit manis selama bersekolah di sekolah PPAI (Pusat Pembelajaran Anak Imigran) Ain lalui dengan berbagai dugaan. Biarpun begitu, Ain tetap bersyukur, walaupun sekolah tersebut bermajoriti non-Muslim. Baginya: "Daripada ndak belajar, lebih bai...