CHAPTER 2: Transportation Upgraded

47 3 0
                                    

Genap 4 hari aku bersekolah di sekolah ini. Hari Jumat, penghulu segala hari, begitu panas sekali. Kelihatan dari jauh ayah sedang menungguku untuk turun dari kelas bersama Kiya. Ah, budak tu sudah keluar rupanya! Gumamku dalam hati. Aku ni jenis kuat cemburu juga ya...

Aku lambat turun, karena menyaksikan dulu drama perpisahan sebelum balik sekolah. Perpisahan apa pula ni???

Trisha, kawan sekelas yang baru 4 hari aku kenal, sudah mau pindah ke Filipina. Alaa rileklah, aku baru masuk kut. Baru nak kenal lebih jauh, dah nak pergi... Maka, Ibu Eliana (Kalau sekolah Malaysia panggil 'Cikgu Eliana') pun mengadakan party perpisahan untuk dia. Dan seusai pesta, kami pun berpelukan dan mengucapkan selamat tinggal...

Alamak! Ayah dah lama tunggu tu! Sepantas kilat aku turun tangga dan berlari ke arah ayah dan Kiya. Then, balik rumahlah...

Satu budak lelaki yang aku kenal sebagai Erlan yang juga sekelas aku, kabarnya sih pulang kampung. He'eleh, bahasa Indonesia dah aku ni... Hmm, dia pun juga satu, baru mulai tahun pembelajaran baru, masa tu lah dia balik kampung. Ishh apa lah aku ni! Suka hati dia lah nak balik bila-bila pun!

***

Beberapa minggu telah berlalu sejak aku mulai masuk ke sekolah itu, ayah mula merasa tak logik! Apanya?? Ye lah, takkan nak hantar kami dua ke sekolah tiap hari? Naik bas besar pula tu! Kalau ayah ada kereta tak pe lah juga. Jadi, ibu pun cari bas sekolah yang sanggup menghantar budak sekolah dari tempat tinggal aku ke sekolah aku. Berhari-hari cari, akhirnya ibu jumpa juga satu van sekolah ni. Setelah bla bla bla sudah selesai urusannya, aku pun sahlah jadi penghuni van sekolah ni sehari selepas urusan van tu dah selesai... Aku tak tahu, rupanya aku satu van dengan kawan sekelas aku, Antonius. Itupun aku tahu lepas pak cik van tu pergi ambil dia di rumahnya.

Dan beberapa minggu lagi sejak aku naik van pak cik ni, baru tu juga aku tahu, bukan Antonius je yang satu van dengan aku... Erlan, yang balik kampung tu, dah balik Tawau rupanya! Dan dia rupanya penghuni pertama van pak cik dari sekolah aku! Ooops, lupa pulak! Dengan abangnya sekali, yang dulunya aku tak tahu namanya siapa, yang berbaju putih tiap hari ke sekolah. Aku pun pelik. Sekolah mana dia ni? Eh tapi macam sama pula baju dia dengan beberapa budak lelaki dan perempuan yang aku tengok kat sekolah. Sampai je kat sekolah, abang dia tu pun turun bersama dia dan masuk ke pekarangan sekolah. Maksudnya... Abang dia pun sekolah sini ke?

"Ermm, yang pakai baju kemeja putih tu apa pula?" Tanyaku kepada Fidah, ermm sebenarnya Siti, pada suatu hari.

"Itu SMP, tapi yang ada kat sini cuma SMP 1 je" Jawabnya. Sejak itu, baru aku tahu rupanya ada SMP kat sekolah ni, dan orang yang pakai baju kemeja putih tu sebenarnya budak SMP... Aakh maklumlah aku masih lagi SD (Sekolah Dasar, darjah 1-6)...

Tapi betul, aku happy lah sebab tak payah lagi nak susahkan ayah nak hantar kitorang pergi sekolah, menunggu kitorang selama setengah hari lamanya baru balik sekolah. Kadang, kesian juga aku tengok ayah aku tu... Sekarang ni, kenderaan aku nak pergi sekolah dah diupgrade dah, mungkin peningkatan menurun? Hahaha! Mungkin sesetengah dari kita tak faham apa yang aku cakap ni huhu... Tak ape lah, lupakan saja...



//Jujur, ini kisah benar, dan benar pernah berlaku ke atas diri manusia yang bernama Ain ni...//

*Bagi sesiapa yang perasan akan cerita ni, jangan marah ya kalau ada nama anda terpapar di sini*

Kalau rasa cerita ni bosan, lebih baik tak payah baca kalau hati tu cakap:

TAK PAYAH LAH BACA BUANG MASA JE!

Tapi... Kalau hati berkata sebaliknya, teruskan membaca dan jangan lupa vote...

Kisah Budak Sekolah ImigranWhere stories live. Discover now