CHAPTER 16: Gagal

5 2 0
                                    

Malang tidak berbau. Keesokan harinya, kami bersiap-siap untuk memulai hari yang penuh cabaran. Tapi hari tu lah hari yang teruk. First, aku mandi. Ok, banyak orang. Nasib baik ada lah juga dibuat tandas kayu lebih. Cepat sikit, kan. Dengan baju sekolah dan tudung yang full dengan kekusutan sebab tak de seterika (ada tapi tak pandai guna kalau tak de meja seterika XD) aku bawa sekali ke tandas. Terpaksa. Basah sikit la. Time tu aku tak ingat hari ke berapa dah aku uzur, so aku tengok tak de jadi aku mandi wajib la. Rimas tau pakai tu pad XD. Time makan tu (sarapan), aku pergi cek balik sebab ye lah faham-fahamlah, ada terasa sikit. And dia datang balik. Aku cakap kat situ "Time macam ni lah 'kau' menyusahkan aku!". Eishh!

Ok, masih pagi. Kira-kira jam 8, 9 lah gitu, opening ceremony diadakan. Bendera Merah Putih Indonesia gergasi dikibarkan. Wow. Dan di situ aku mula bosan sebab penat duduk menonton acara pembukaan tu. Best juga la tapi ada juga rasa bosan-bosan sikit.

LCC dimulai jam 2 petang. Masa giliran kami bertanding, nervous tahap dewa memang. Malang tidak berbaunya belum sampai lagi ye, guys. Dan masa tu kitorang disuruh masuk ke salah satu kelas di mana LCC diadakan. Peraturan lomba diberitahu oleh guru yang ada di sana seperti kalau kita tau jawabannya kena tekan tombol kat atas meja tu tapi sayangnya tak semua berfungsi dengan baik jadi kitorang just angkat tangan je kalau tau jawabannya. Pastu soal demi soal mula diberikan. Sengit. Sampailah sudah malang tidak berbau kat sini. Kami tau jawaban bagi satu soal ni, TETAPI aku tak tahu rupanya dalam setiap sekolah (3 peserta LCC dalam 1 sekolah) kena ada macam apa ye... Macam begini. Diantara kami tiga orang, Luthfi yang menjadi penjawab soalan sedangkan kami yang lain menjadi pencari jawaban. TAPI aku yang memang jenis kelam kabut, tanpa segan silu menjawab soalan tersebut. Jawaban aku tu dah betul, tapi tak diterima. Aku masa tu rasa "WHY??". Aku memang tak tahu, seriously tak tahu rupanya Luthfi yang kena jawab. Arghh!! And korang nak tahu? Perbedaan CLC Holy Trinity dengan CLC Kota Kinabalu just 1 mark! 1 MARK! BUKAN MARK GOT7! MARKAH!! Kalau tak, mesti sekolah aku yang menang masuk final, maybe. Tapi disebabkan AKU, AKU GUYS, AKU, sekolah aku gagal. G-A-G-A-L, GAGAL!! Aku menangis habis sampai bengkak mata. Nak masuk penginapan pun tutup muka. Pastu aku call my mother, aku mengadu la kat situ. Aku cakap "Bu, aku gagal, aku gagal!!". Hancur. 

Sepanjang siang tu aku badmood. Ibu Nerisah membawa kami jalan-jalan pada malam harinya memandangkan CLC Holy Trinity sudah tidak ada lomba lagi yang ingin dilombakan. Semua kalah. Shit. Aku walaupun berjalan di KK tu, tapi tetap badmood. Ya, luaran maybe nampak okay, tapi actually badmood habis.

Dan aku tak ingat berapa hari aku habiskan di SIKK tu, masa hari Sabtu, Closing Ceremony diadakan XD. Ya, penutupan acara. Malamnya jalan lagi. Kat situ aku dah tak badmood dah, malah happy semacam. Pastu keesokan paginya barulah kami pulang tanpa kemenangan. Pulang tanpa kejayaan. Pulang tanpa medali. Pulang dengan tangan kosong. Pulang dengan kekalahan yang tiada arti. Keluar dari SIKK dengan perut kosong sebab tak de makanan sehingga semuanya mabuk dalam bas. Ada yang hampir muntah sampai dah ready dah plastik hitam kat tangan. Nasib baik la driver bas tu bagi kitorang singgah kejap kat sebuah tempat, and beli makanan pastu blah. Kat jalanan begitu banyak masalah. Kalau tak salah macam langgar kereta orang. Tak la sampai accident teruk, tapi makan masa sejam lebih la baru selesai. Sempat aku tidur masa tu. And bangun tidur je, bas masih belum jalan. Apa kes!

Kemudian beberapa lama bas berjalan, aku tertidur lagi. pastu bangun tengok jam dah menunjukkan pukul 5 petang. Pastu aku tanya Sherina, kawan sekelas aku yang duduk di sebelah aku.

"She, kita di mana sudah?" tanya ku masih mamai.

"Sampai sudah kita di Tawau." katanya. Aku terus membuka mata luas-luas, tapi setelah aku perhatikan, apesal Tawau ni lain macam? Sejak bila jalan ke KK-TAWAU ni melewati tepi lapangan terbang Tawau? Dan ternyata aku di prank.

"HAHAHA!! Kena tipu!! Kita baru di Lahad Datu, la Ain..." Sherina sudah mengilai menertawakan aku yang berjaya ditipu olehnya. Aku pun apalagi, buat muka annoying la. Heyyy nak pula aku membebel kat Sherina ni tapi banyak orang la. Hahahaha!!

Pastu, kitorang sampai di Tawau kira-kira jam 7 malam. And belum lagi sampai kat sekolah kitorang, bas tu mengalami kerosakan enjin. FUCK! Tak boleh gerak langsung sampai terpaksa panggil bas ganti, yaitu bas yang aku naiki semasa pergi. For your info, time balik Tawau ni kami naik bas TransTEDAR juga, warna merah. Kalau masa pergi kan warna hitam.

Akhirnya, dengan bas ganti tersebut kami telah tiba di sekolah. Keluargaku semuanya sudah menantiku dari jam 4 petang lagi. Aduh kesian sekali... Kemudian kami balik rumah menaiki kereta anak tuan rumah aku. Sherina pun join aku sekali, sebab tak de sesiapa yang hantar dia balik. Family dia tak de datang menjemput. Sibuk kut.

Akhirnya, aku sampai rumah jam 8 setengah malam dan terus tidur untuk cuba melupakan segala benda yang berlaku semasa di KK.

Kisah Budak Sekolah ImigranWhere stories live. Discover now