"Berdiri semua!!"
"Sebelum kita belajar, marilah kita berdoa mengikut kepercayaan dan keyakinan masing-masing. Berdoa dimulai."
A few seconds later....
"Berdoa selesai. Selamat pagi, Bu Guru!"
Semua siswa-siswi kelas 7 memberi ucapan selamat pagi kepada Ibu Nerisah, guru kelas kami.
"Selamat pagi, semua. Silakan duduk." Balas Ibu Nerisah.
"Terima kasih, Bu Guru!"
"Ok, sebelum Ibu mulakan pelajaran, Ibu mau kasi tau sesuatu. Ermm, Ain dan Maria, nanti rehat turun jumpa Ibu ya." Kata Ibu Nerisah. JAP! Ape hal dipanggil pulak ni?? Kami ada salah apa pulak ni?? Haalaaaa!!!
Setelah blablabla sesi pelajaran Ibu Nerisah pun berakhir. So, kitorang berdua pun pergilah jumpa Ibu Nerisah seperti yang dijanjikan.
"Ain dan Maria, Ibu mau kamu masuk dalam story-telling. Boleh?" kata Ibu Nerisah memulakan perbicaraan. Story-telling? Ape ke bende la pulak tu? Aku dan Maria kebingungan kejap. XD
"Story-telling? Apa tu, Bu?" tanya Maria. Aku hanya berdiri kaku mendengarkan penjelasan selanjutnya.
"Story-telling tu bercerita dalam bahasa inggris. Nanti dipilih diantara kamu dua, siapa yang bagus dalam bercerita boleh bertanding dalam Apkres di KK" terang Ibu Nerisah.
APA??? PERGI KK??? MAKSUDNYA KOTA KINABALU KE?? FULLAMAK WOIII!!!! SEUMUR HIDUP AKU TAK PERNAH JEJAKKAN KAKI KAT KK TU WOII!!! BAPAK AKU JE LAH SATU-SATUNYA AHLI KELUARGA AKU YANG PERNAH PERGI SANA DUH!! KENA USAHA LEBIH NI!!! Tapi.......
Susah ke story-telling tu? XD
"Kamu hafal jak jalan ceritanya, pastu persembahkan di pentas" kata Ibu Nerisah lagi. Wuishh malu lah... Kat pentas kut. Tapi, jawaban kitorang adalah 'ya'. Kami terima jugak cabaran tu.
"Ermm, Bu. Apkres tu apa?"
"Apkres tu singkatan dari Apresiasi dan Kreasi Akademik, Olahraga dan Seni. Ini adalah suatu pertandingan yang mencakup akademik seperti lomba cerdas cermat (LCC), olimpiade sains, olimpiade matematika & karya ilmiah. Juga mencakup olahraga seperti badminton dan pingpong & mencakup seni seperti storytelling, prakarya, memasak, menjahit, menari, menyanyi & pidato. Pertandingan ni diikuti oleh pelajar CLC jenjang SMP sahaja." Terang Ibu Nerisah.
Pergh! Banyak gila pertandingan Apkres ni! Uishh kena usaha lebih lagi ni! Kalau tak, tak dapat lah aku nak ke KK... Ahahahahagagagaga!!!
"Ok, ini ceritanya. Kamu hafal-hafal lah ya" Ibu Nerisah memberikan kami kertas yang berisi cerita bahasa inggris yang mesti dihafal. Fuh! Sikit je ni, hehehe. 'Kelimutu Lake'. Aku membaca tajuk cerita tersebut. Tasik Kelimutu? Kat mana tu? Aku pernah jugak lah dengar pasal benda ni. Katanya, tasik ni ada tiga yang memiliki warna yang berbeza. Dan yang mengejutkan lagi, satu warna biru, satu warna hijau, dan satu lagi warna merah! Uishh, awesome lah!
Sesampainya dirumah...
"WOW! PERGI KK? BIAR BETUL??" Jeritan kakak memekakkan telinga. Eh indaklah bukan pergi KK, sebenarnya pergi lubang hidung kau! *annoying faceu*
"Wah, kalau kau usaha betul-betul, mesti boleh pergi tu! Hei, jangan hampakan harapan Ibu Nerisah! Itu maksudnya dipilih kau sebab Ibu Ner (aku singkat je lah) percayakan kau" kata Ibu. (Author tulis benda ni bukan sebab nak bangga diri ye... Hanya menulis peristiwa yang benar-benar terjadi)
"Ya, iya faham. Uishh sape ndak mau pi KK joo..." kataku.
***
Sesi belajar-mengajar terjadi di kelas aku pada suatu hari dengan castnya adalah siswa-siswi kelas 7 sebagai pelajar dan Ibu Weni sebagai pengajar (he'elah main cast-cast pulak ingat lakonan ke ape).
"Kalian mau ga ikut kegiatan Apkres? Ini pergi ke KK lho! Best ini!" kata Ibu Weni. Aku meneruskan menulis sebab aku dah tau pun pasal benda ni. Yang lain berfikir sejenak. Aku syak mesti diorang fikir 'ape bende tu A...ak..pres? Akpres?' Hahaha!! Sejak tu lah sebutan 'APKRES' telah berubah menjadi 'AKPRES' sampai aku pun dah lali panggil 'AKPRES' je lagi senang daripada terbelit lidah jadinya.
***
Suatu hari, aku dan Hendrick dipanggil oleh Pak Achmad, pengelola CLC SMPT Holy Trinity dan guru yang kadang buat sakit hati pun ada XD. Jahat kan aku. Tujuan Pak Achmad (kadang aku tergelak dengar nama cikgu lelaki ni, nape tak 'Ahmad' je, nak tambah huruf 'c' pulak lain tau didengar kalau kat Malaysia. Tapi kalau korang pergi Indonesia jangan heran lah kalau terjumpa nama-nama yang agak asing kat telinga korang eh. Jangan ketawakan pulak kang kecik hati orang nanti). Eh kat mana dah tadi? Oh kat sini, hehe. Tujuan Pak Achmad (XD) memanggil kami nak cakap kejap tentang LCC. Ishh, ape pulak aku yang kena? Aku kan storytelling. Jangan cakap Pak Guru suruh aku ikut LCC....
"Ain sama Hendrick, kalian belajar banyak-banyak ya. Bapak mau kalian masuk dalam lomba cerdas cermat di Apkres." kata Pak Achmad.
Bagi aku berteriak dulu. Tapi dalam hati je lah. WHAATTT???!!!!!!!!!!!!!!! U joking rite? Ai don beliv it!
Apa semua ni??? Boleh stress lah macam ni!!! Satu nak aku masuk storytelling. Satu nak aku masuk LCC! Dua-dua tu sebenarnya aku tak nak langsung! Pertama, storytelling. Kenapa? Sebab buat persembahan kat pentas lah! Banyak pasang mata kut yang nampak! Kedua, LCC! Kenapa? Sebab benda ni main soal-soal! Aku bukannya pandai macam Hendrick tu! Arghh!!
***
'Aduh, apa lah jugak aku mau buat sekarang ni?' Aku memerhatikan kertas soal-soal LCC Pak Achmad beri tadi yang berjumlah 700 SOALAN LEBIH???!!! SURUH HAFAL PULAK TU??! Kadang aku selalu pikir, Pak Guru ni cuma main-main je kot. Nak hafal 700 SOALAN tu, macam mendera pulak aku rasa XD.
Pak Achmad sudah melampau! Melampau, melampau & MELAMPAU! Aku nak fokus yang mana satu ni hah??? Yang mana satu aku tanya korang?? YANG MANA???!!
Repeat, INI SEMUA MELAMPAU!!!!
//Hahaha, part ni stress pulak yang banyak sikit... Haishh, kalau author kenang balik peristiwa tu, stress gila author sampai menangis author dibuatnya. Tambah lagi ujian, pelajaran lagi author nak kena ingat selalu... :'(//
Read, vote, comment :)
YOU ARE READING
Kisah Budak Sekolah Imigran
FanfictionKisah pahit manis selama bersekolah di sekolah PPAI (Pusat Pembelajaran Anak Imigran) Ain lalui dengan berbagai dugaan. Biarpun begitu, Ain tetap bersyukur, walaupun sekolah tersebut bermajoriti non-Muslim. Baginya: "Daripada ndak belajar, lebih bai...