CHAPTER 9: OSIS

21 2 0
                                    

Hmm, seronok jugak la jadi budak SMP ni. Cuma yang paling aku geram, weyh susah gila pelajarannya weyh! Boleh naik gila aku! Fuh! 

Tiap hari aku ke sekolah, lesu je. Kenape eh?

"Weyh!" 

Aku terkejut. He'elah, budak ni! Orang tengah syok melamun! Bikin kasi kejut jak bah! Naa kau keluar sudah Sabahku XD.

"Ibu suruh kumpul semua SMP!" Kata budak tu. Wait, kenapa nak kumpul? Ada upacara apa pulak ni? Oh kumpul kat kelas 8 rupanya... Ishh, sempit lah tu! Ramai kut SMP!

Setelah semua berkumpul dan berpuas hati dengan ruang tempat duduk masing-masing, Ibu Erweni (salah satu guru SMP) memulakan bicara.

"Anak-anak, sekolah kita telah punya sebuah organisasi yaitu OSIS. Tau kan OSIS itu apa?" kata Ibu Weni. Aku hanya mengangguk walaupun pada dasarnya aku tak seberapa tau pun benda yang bernama 'OSIS' ni.

"OSIS itu seperti yang ada pada lencana baju kalian" tambahnya lagi. Wait, lencana? Aku tercari-cari lencana OSIS kat baju aku. Tak de pun? Tapi kenape kakak kelas ada pulak? Siap dengan bendera Indonesia lagi tu? Mana nak dapat lencana ni? Beli kat sekolah ke? Soalan demi soalan memenuhi pikiranku.

"Yang belum punya, bisa beli di Indonesia. Kalau misalnya ada keluarganya pulang ke Indonesia, minta pesan ke mereka" Ibu Weni macam tau-tau pulak apa yang aku pikir. Haha. For your info, lencana OSIS tu macam pic kat atas tu hah.

Dah tengok? Hah sambung baca.

"Baiklah, sekarang kita akan ada pemilihan ketua OSIS. Temannya bisa mencalonkan temannya yang lain, tetapi bisa juga mencalonkan dirinya sendiri. Ayo, siapa yang mau mencalonkan diri?" kata Ibu Weni lagi. Banyak yang menyebutkan calon yang ingin dipilih. Ibu Damaris pula menulis nama yang disebut. Tiba-tiba, ada orang yang menyebut nama aku. Woi! Huaaa aku tak nak lah! Tapi, nama aku dah pun tertulis dipapan tulis. Ouu shit! Terpaksalah aku maju bersama dengan orang-orang yang tercalon. Dalam hati aku tak henti-henti memaki orang yang pilih aku. Shit! WTF!!

"Baiklah, satu-satu menyatakan sama ada kamu sanggup atau tidak memikul tanggungjawab ini. Ok, pertama, Ain, sila nyatakan sanggup atau tidak" kata Ibu Damaris. WHATTTT???!!! Huaa aku nak nangis woiii!!! Bab---- siapa yang calonkan aku tuh Bod---h!

"Err...ermm...e...aa.....a...." aku gugup. Aku tak mampu nak teruskan woi!

"Kenapa malu-malu, Ain? Sebut jak bah kalau sanggup atau tidak" kata Ibu Damaris lagi.

Aku naik geram dah! Korang tau tak apa aku cakap?

BAB----! AKU TAK NAK JADI KETUA LAH KIM---K APESAL CALONKAN AKU HAH BOD--H SET---N??!!!!!

Eitt! Jangan salah paham. Tu dalam hati aku cakap macam tu ok? Manelah aku berani nak cakap benda tu kat depan semua orang. Ada guru pulak tu? Tak patut langsung!

"Aa...aku... TAK SANGGUP!" aku memberanikan juga bersuara. Padan muka orang yang calonkan aku! Hahaha, harapan kau tak tercapai! Ada hati nak jadikan aku ketua OSIS konon. Puih! Tak sesuai sangat dengan aku ni yang lembik! Organisasi ni besar tau tak?? Besar jugak lah tanggungjawabnya! Huh, I hope it will never be again!!!

Yang lain ada yang cakap sanggup, ada yang tidak. Huh, baguslah!

Setelah disaring, disaring & disaring menggunakan penyaring minyak (hahaha gurau), akhirnya ketua telah pun ditetapkan.

"Ketua OSIS sudah dipilih, yaitu Jefrian." kata Ibu Weni. Aku tak ingat sama ada kitorang tepuk tangan atau pun tak atas pelantikannya itu.

Masa aku kelas 6, OSIS diketuai oleh Muhammad Yusri. Dulu, aku dan Siti selalu je buli dia hahaha!!! Caranya? Rampas botol air dia! Kalau masa nak balik sekolah je lah. Best la tengok dia kena buli XD. Hehe, jahat kan aku? Tapi, dia lebih bijak. Selalu ada je kesempatan walau sedikit, habis kitorang dikejarnya sampai dapat. Laju jugak dia lari ni..

Dia bukan je bijak dari segi mengambil peluang, malah dalam bidang akademik pun power la! Macam Hendrick, budak yang aku akui paling pandai kat kelas, terutama Matematik. JAP! Ni dah lari tajuk part ni!

Aku balik sekolah, aku cerita semuanya kat ibu. Ibu cuma gelak? Hah?! Apa pulak yang lucu ni?

"Kenapa ndak sanggup jak?" tanya ibuku setelah aku habis cerita semuanya.

"Eih, nak terima? Tak maulah. Besarnya tu tanggungjawab ketua OSIS tu. Lagipun, aku mana pernah jadi ketua apa-apa sebelum ni." balasku agak jengkel.

"Hmm suka hatimu lah."

***

Suatu hari, kitorang dah habis makan pada rehat pertama. Tengah tunggu Ibu Weni masuk kelas nak ajar Bahasa Inggris. Tak lama kemudian, Ibu Weni pun masuk dan memulakan sesi mengajar. Selepas dibagi tugas...

"Ain, mau ikut ga masuk dalam Kelab Cinta Bahasa? Ini termasuk dalam OSIS, kamu dengan Lewi" Ibu Weni mengejutkan aku. Apa? Kitorang dua je ke?

"Oh, ermm bisa, Bu.. Err tapi, bolehkah Bu Siti juga ikut?" tanyaku kembali. Aku tak nak pisah dengan BFF aku la....

"Hmm, kalian berdua ini gak bisa berpisah kayaknya. Ya udah deh, ikutkan saja, biar ga cuman kamu dengan Lewi saja" jawab Ibu Weni. Yahooo! Happynya aku!! So, ini bermakna Lewi adalah ketua Kelab Cinta Bahasa, aku dan Siti pula jadi assistant dia.. hehe.. Macam BTS pulak, Kim Namjoon yang first sekali masuk, dia lah yang jadi Leader. Cuma banyak perbezaannya.

Tugas kitorang, membuat Majalah Dinding Sekolah, atau disingkat Mading. Kalau ada acara lah. Contoh macam perayaan Tahun Baru Cina ke, ha buatlah mading tentang perayaan tu, maklumat tentang makanan yang dihidang ketika Tahun Baru Cina atau bahasa Indonesianya "IMLEK", adat yang biasa dilakukan kalau Imlek tiba, dan lain-lain berkaitan dengan perayaan yang tiba.

Ini juga bermakna, aku, Siti & Lewi dah jadi pengurus OSIS! Yeah! Dan ada lagi organisasi-organisasi kecil selain KCB, dan siapa yang masuk kat salah satu organisasi kecil ni, digelar pengurus OSIS. Termasuk juga Bendahara OSIS dan Sekretaris OSIS. Yang tak termasuk jadi pengurus OSIS digelar Anggota OSIS. So, kalau ada meeting OSIS, hanya pengurus sahaja yang ikut serta dalam perbincangan.

Dan sejak itulah, aku sangat sibuk. Sejak masuk dalam kelab ni, macam-macam kitorang kena urus. Nasib baik tak pernah balik lambat, hehe. Last aku balik petang, masa kelas 6. Ada kelas tambahan memandangkan aku dah nak US time tu. Hmm, rindu pulak suasana petang kat sekolah. Best, sunyi, pastu kelas 6 je tu yang balik lambat. Mungkin tahun ni, aku dah tak pernah balik petang lagi kut. Hmm... :)

//HAH! Selesai juga part ni! Aikk, panjang pulak part kali ni ye? Hahaha, lantaklah.//

*Read & vote :)

Kisah Budak Sekolah ImigranWhere stories live. Discover now